Showing posts with label Cartoon Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cartoon Cupcakes. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Bila Si Ganas dan Si Ayu bersatu

Bila Si ganas dan si Ayu disatukan dalam sebiji kek!
Inilah yang terjadi pada watak Dragon Ball dan Ana Muslim
Kek ini ditempah oleh Puan Rosnah Kasah untuk anak saudara kembarnya.
Memilih watak kegemaran mereka untuk diletakkan atas kek sebagai kenangan.Kek pilihan Cheese kek!
Puan Rosnah juga menempah 25 biji cupcake dengan watak dragon ball dan Ana Muslim juga

Untuk Puan Rosnah tq atas tempahan





Tuesday, April 13, 2010

Mode Pesta

Dill Cakes masih dalam mode pesta edible cupcakes!
Watak Alvin n Chipmunks pula memberi seri atas kek kecil.
Untuk pengunjung baru, Sepanjang Bulan April ini Dill Cakes mengadakan promosi istimewa cupcakes with edible Image. Potongan harga yang sangat menarik. 25 biji cupcake saiz medium cuma RM 60 (Normal Price RM 75)
Email saya untuk tempahan.

Monday, March 1, 2010

Welcome to Dill's Edible Shop

Selepas begitu lama saya mendapatkan edible image dari supplier diluar sana, akhirnya dengan bangganya saya telah mengeluarkan sendiri edible image untuk kegunaan sendiri mahupun untuk kegunaan baker lain.Banyak perkara yang saya pertimbangkan semula memulakan bisness ini. Antaranya kesibukan untuk menguruskan perniagaan kek, PA System dan Edible Image sekali gus.Tetapi selepas saya mencongak, mengira secara hisabnya belanja yang saya telah keluarkan hanya untuk membeli edible diluar, maka saya rasa jalan terbaik adalah dengan memiliki printer edible sendiri. Bukan sahaja mengenangkan beratus-ratus ringgit dihabiskan saban bulan untuk membeli edible image sahaja, tetapi juga berapa banyak masa saya terbuang untuk collect edible ini....

Hampir 8 tahun dalam bidang kek ini , alhamdulillah saya mempunyai ramai customer yang sentiasa menempah dari saya. Ini menyebabkan saya tak mampu menolak tempahan walaupun hanya dibuat sehari sebelum. Just imagine jika tempahannya adalah edible cake.....terkejar2 saya untuk collect edible dari supplier lain
 
Dan inilah baby sulung saya....edible pertama yang saya buat untuk customer saya. Nora Kaeyzael menempah cupcake dengan image Disney The Cars. Saya edit gambar ini dengan menambah wording seperti yang diminta oleh Nora. Nora merupakan pelanggan setia saya. Beliau pernah menempah kek dengan tema hidupan laut . Kek itu  sgt bermakna untuk saya...Lihat kek Nora Kaeyzael disini
 
Kepada yang berminat mendapatkan edible image dari saya boleh la layari Dill's Edible Shop . Jumpa lagi. Selamat Malam!


Thursday, December 10, 2009

Ria Si Kecil

Anak-anak kecil begitu gembira bila karakter kegemaran mereka menjadi kenangan di hari lahir. Dua kartun dibawah antara yang sgt diminati si gadis kecil. Watak comel Hello Kitty menjadi pilihan Latifah dari KL. Ini merupakan tempahan ketiga beliau dari Dill Cakes. 50 biji Cupcakes untuk dihadiahkan kepada rakan indianya yang menyambut hari lahir anak kecil yg comel.
Kartun Princess pula menjadi pilihan Nila dari Cheras. Nila sebenarnya mengandung dan mengidam makan cupcake with fresh cream topping. Biasanya saya menggunakan buttercream untuk topping cupcake..tapi disebabkan melayan karenah ibu mengandung ini, saya turutkan permintaannya untuk menggunakan fresh cream.

Kepada Latifah dan Nila..terimakasih atas tempahan

Friday, November 6, 2009

Hello Kitty Cupcake

My_za hanya memberi email pada saya mengenai tempahan ini..punya la terujanya beliau sampai siap bayar online sebelum saya beri pengesahan order ..Anyway saya harap My_za suka dengan CC ini.Walaupun permintaan asalnya adalah kartun teddy bear diatas cupcakes, namun sebab kehabisan stok saya terpaksa mengantikkannya dengan Hello Kitty.

Cupcake ini adalah hadiah untuk rakannya Fatehah di Taman Bt Tiga Shah Alam..Atas permintaanya saya membuat delivery untuk beliau. :-). Juga beliau minta saya buatkan note ini utk fatehah.(nama macam watak dalam Wadi Unung pulak..:-) )
To Ehah,
Happy Belated Birthday
Enjoy this day with ur lovely hubby
Miss u much
From
Myza&Hubby



Saturday, August 1, 2009

Transformers freak

Kak Jun dari Malaysian Airline System menempah kek ini untuk anak beliau.Rupanya the whole family menggemari transformer.....Spt kata Kak Jun "reminisce the old childhood memories. My husband and I basically grew up watching this cartoon. Tak sangka jadi movie pulak"...bgitu la hebatnya penangan watak ini.

Saya terlupa untuk mengambil gambar kek ini. Thanks Kak Jun atas kiriman gambar ini.
Kek ini dibawa dari Sek 8 Shah Alam Ke Port Dickson!


Juga 60 nos optimus & bee !

Thanks Kak Jun atas kiriman SMS:
Hi Dill, my son is really happy with the cake,-of course d bb &op r his heroes,But d most important r my whole familysuka -sedapt sgt kata diorg,sampai krim pun diaorg makan.My Kak Lang yang x suka kek krim pun suka yr kek.Siap promote kat sume org suruh makan termasuk krim.My family really appr good foos.Tq.Kak June

Sunday, July 5, 2009

Rindu Antara Benua

Salam.
Saya enjoy berniaga dalam alam siber ni.
Ini kerana customer bukan sahaja dari kawasan setempat tetapi juga jauh melangkau merata alam...hingga sampai antara benua!

Sya dari UK minta saya buatkan cupcake with strawberry . Beliau juga minta saya buatkan delivery ke rumah parentsnya di Sek 10 Shah Alam. Sek 10 cuma about 5km saja dari rumah saya..so delivery FOC. Senyum simpul familynya bile saya muncul dipagar rumah menghantar sajian rindu dari Eropah.....:-)

Sya menitipkan pesanan supaya dituliskan di kotak cupcake ayat dibawah..

Choc moist cupcakes with choc topping and strawberi


Ini pula tempahan dari Hawa (Jaatan Agama Islam Selangor).Kiut anaknya....Suka benar Hawa dengan CC ini. Hawa turut menempah Choc Almond Brownies..lupa pulak saya ambil gmbr brownies


Fazila dari Bdr Seri Permaisuri menempah CC untuk dihadiahkan kepada husbandnya


Nor jiran saya menempah CC dengan gambar mickey n minnie untuk di bawa anak tungalnya ke nursery.


Kepada semua thank you atas order.

Sunday, June 21, 2009

Jangan makan sicomel ini

2 cupcake ini ditempah oleh Roslinda dari Bukit Kemuning Shah Alam.Design juga dipilih oleh Roslinda sendiri dari koleksi galeri saya.Tak tau la ada ke yang sanggup mengunyah sicomel Fahim ni. Sangat la comel sampai rasa nak cubit2 pipinya.
Senyuman nampak sangat manja dan menawan.Harap2 takde la yg sangggup menggigit si Fahim ni.Kalau teringin cupcake keluarla gambarnya dulu..walaupun gambarnya boleh dimakan!.Mungkin agaknya Fahim ni minat transformer maka ibunya menempah satu set transformer juga!Thanks Linda atas tempahan ini.Your boy sgt cute la....

Cupcake dengan imej Fahim dalam rona biru



Transformer dalam rona merah

Tuesday, October 28, 2008

Sorry and thanks Kak Lin

Salam Semua...
Dah reda ke jalan2 open house?
Mesti ramai yang letih makan sepanjang syawal ni....

Cuppies di bawah ditempah oleh Kak Lin
Pensyarah fakulti Undang2 UITM....
sebenarnya saya rasa sgt bersalah dengan Kak Lin
2 minggu lepas beliau menempah fruits cake dari saya...
Ntah macamana saya terlupa beli mixfruits dari kedai...pagi2 esoknya kak lin nak datang ambil....What to do.....hanya ucapan maaf banyak kepada Kak Lin kerana tercicir order beliau

Anyway nampaknya Kak Lin tak serik dengan saya..alhamdulillah...Dua hari lepas beliau menempah cupcake dengan karektor Elmo...Saya mmg terus masukkan dalam planner bila terima sahaja order ni!!!!!!!!!!!!!!1tak mo pisang berbuah dua kali....
Dan kebetulan ada lebih cupcake dengan flavor fruitscake dari tempahan pertunangan..mmg rezeki kak Lin...saya beri percuma fruitscake tu utk Kak Lin...harap kak lin tak serik order dengan Dill Cakes lagi!

Thanks Kak Lin yang peramah!


Saturday, October 18, 2008

Open House bersama Thomas n Frens

Salam.
Syawal bulan makan? betul ke?rasa macam betul ajer.Tiap hari ada je org buat jamuan.Hujung minggu tak payah cakap la.....sampai ada yg terpaksa ditinggalkan dari senarai..Inilah penangan budaya baru rakyat malaysia..OPEN HOUSE!

Saya menerima tempahan kek dan cupcake dari toke mutiara services(www.mutiaraservices.com) syarikat catering yang beroperasi di Taman Tun Dr Ismail.
Spt yg telah saya war2kan sebelum ini,Bulan Syawal promosi 10%. Belian >rM 200
customer akan menerima hadiah sebiji kek blueberry bernilai RM40!

Tq kerana Puan Amylia atas order di atas. Puan Amylia telah menerima diskaun 10% atas semua belian dan hadiah sebiji kek blueberry.Jom tgk Thomas n Frens...


Saturday, March 15, 2008

Cup Cakes with photo














Salam,
Entry kali ini saya himpun antara beberapa koleksi cuppies dengan photo yg sempat saya rakamkan.Customer juga boleh membuat pilihan gambar peribadi...

Monday, January 28, 2008

Cute Cupcakes


























Cupcakes cute dan comel. Sesuai untuk apa sahaja majlis.
Harga RM -1.80- RM 4.00
Bergantung kepada deco.