Saturday, July 24, 2010

Bila Perdana Menteri Malaysia memotong kek saya

Saya biasa membuat kek dalam saiz yang besar. Tetapi membuat kek yang ini membuatkan saya sedikit gementar plus teruja. Maklumlah kek untuk Pembesar No 1 negara. Konsep, pemilihan warna perlu diambil kira. Pihak penaja menyerahkan sepenuhnya kepada saya berkenaan design . Yang penting cantik dan SEDAP!

Akhirnya saya memilih design yang saya kira simple tetapi elegant. As usual imej 'semak2' bukanlah trademark kek saya.Dengan size 24 inc x 12 inc Kek Choc Blueberry ini saya warnakan dengan warna kuning air. Dihiasi dengan kuntuman bunga merah dan Edible Image dari Dill EdibleShop. Gabungan warna kuning air, merah dan biru ini saya kira sesuai untuk sebiji kek bagi sebuah majlis rasmi seperti ini.Gambar Perdana Menteri, Logo Penaja( POS Malaysia) dan bendera malaysia melatari Edibble Image ini. Terimakasih kepada adik saya Hanif kerana membuat design edible ini dengan cantik sekali.

Kek ini ditempah oleh POS Malysia melalui Felda D'Saji Catering sempena hari lahir Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Tun Razak ke 57 pada 23 Julai 2010. Majlis potong kek diadakan di Pejabat Perdana Menteri sempena perjumpaan POS Malaysia dengan PErdana Menteri.

Note: Saya gembira kek saya di potong oleh PM! :-). Gembira bila pihak penaja sangat bergembira dengan kek saya...Gembira kerana hasil kerja saya semakin dihargai dan diterima ramai...Tq pada semua yang membuat sokongan berterusan terhadap perniagaan saya ini...

Gambar ini diambil dari Berita Harian Online 23 Julai 2010

Saturday, July 17, 2010

Menguji Kesabaran

Membuat kek besar serta tinggi dan berat pastinya benar2 menguji kesabaran.
Pengalaman, ketelitian sangat penting dalam mengendalikan kek sebegini.
Kalau tidak kena caranya kek akan roboh dek kerana berat.Terima kasih D'Sore Cafe and Catering atas big order ini.Kek ini beratnya hampir 20kg!

Friday, July 16, 2010

Bila Aulia 5 Tahun


Tahniah Aulia For ur 5th Bday
Anak dara Cikgu Ita ni mmg ada taste tersendiri.
Kek Mini Mouse pilihan hati.
Ok jadi anak yg soleh yer

Wednesday, July 14, 2010

Bila hati sudah suka

Tempahan ini telah lama saya terima. Rasanya hampir 8 bulan lepas.
Pengantin melihat salah satu contoh kek dalam blog saya lalu beliau minta dibuatkan seperti itu sama dan serupa. Cuma tema warna ditukar dari pink ke warna biru.
Untuk Nana, Selamat Pengantin Baru.
Semoga pasangan ini dirahmati Allah selalu.

Saturday, July 10, 2010

Cinta bersulam kasih

Cinta bersulam kasih
Bahagia hingga ke jinjang pelamin
3tiers cupcakes with heart shape mewarnai saat indah perkahwinan
kedua mempelai.
Tempahan dari D'Sore Cafe and Catering
Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, July 6, 2010

Thursday, July 1, 2010

Jom Jumpa Dill Cakes

JUMPA DILL CAKES DI KARNIVAL JUALAN PUSPANITA KOMPLEKS KERAJAAN JALAN DUTA PADA 2 JULAI 2010 (JUMAAT). DARI JAM 8 PAGI HINGGA 6 PETANG. DATANG BERAMAI2 YA. JUMPA DISANA!