Monday, December 26, 2011

Hingga Ke Jinjang Pelamin

Kek dengan imej pasangan bakal pengantin pelengkap set hantaran pasangan ini.
Jauh berlangsungnya majlis di Pahang. Dengan tema pink dan purple. Saya minimakan dekorasi untuk memberi laluan tumpuan pada gambar bakal mempelai. Semoga hingga ke jinjang pelamin. :-)




Tuesday, December 20, 2011

Jumpa Dill Cakes di Plaza Perangsang Shah Alam


Dill Cakes akan mengadakan jualan slice cake di Dataran Bangunan Peransang Shah Alam ( Quality Hotel) pada 20 dan 21 Dec 2011 (Selasa dan Rabu). Dapatkan cheese kek , choc moist dan carrot cake pada harga diskaun. Tempahan semua jenis kek disana juga layak menerima 15% diskaun. Jumpa disana!

Saturday, December 17, 2011

Bila Si Ganas dan Si Ayu bersatu

Bila Si ganas dan si Ayu disatukan dalam sebiji kek!
Inilah yang terjadi pada watak Dragon Ball dan Ana Muslim
Kek ini ditempah oleh Puan Rosnah Kasah untuk anak saudara kembarnya.
Memilih watak kegemaran mereka untuk diletakkan atas kek sebagai kenangan.Kek pilihan Cheese kek!
Puan Rosnah juga menempah 25 biji cupcake dengan watak dragon ball dan Ana Muslim juga

Untuk Puan Rosnah tq atas tempahan





Tuesday, December 13, 2011

Ini Smurfs la

Thanks you Puan Farah Hasnina atas tempahan kek Smurfs ini.
Kek ini saiz 9 inc. Didalamnya Choc cake.
Semepena meraikan Jamuan akhir tahun di tadika anaknya.

Saturday, December 10, 2011

Hasya, Angry Bird and Smurf

Tempahan dari Puan HAzmeen dari Bukit Jelutong.
25 biji Cupcake dihiasi gambar anaknya Julia Hasya la serta watak kartun Angry Bird and Smurf.
Penuh warna warni cupcake ini sesuai dengan majlis yang dihadiri oleh kanan-kanak.
Si Julia Hasya la yang bijak sangat comel dalam berbagai aksi dari kecil sehingga umur 7 tahun.

Kepada Puan Hazmeen terima kasih atas tempahan ini






Tuesday, December 6, 2011

Aura yang simple

Kek 5 tingkat dengan tema biru putih menjadi penyeri majlis perkahwinan anak Ybhg Tan Sri Dato Sri Dr Wan Abdul Aziz Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia bertempat di PICC Putrajaya.

Hiasan dewan begitu cantik dan gah. Disana sini aroma mewangi bunga segar serta binaan pelamin yang sangat mengkagumkan. Dan kek ini dalam aura yang simple tetapi bersatu dalam majlis yang gemilang.
Kepada Pengantin semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.


Friday, December 2, 2011

Bila Syella Kahwin.....

Gempar seketika bumi Malaya.
Dek perkahwinan artis Syella yang mana dikatakan kos perkahwinannya RM 15 juta.
Wow hebat betul artis malaysia..15 juta tu makan berapa keturunan baru habis?

Dan tak sangka rupanya kek saya terlibat sama dalam projek 15 juta ini.
Pengantin menempah 2 set kek 5 tingkat.Setiap satu dengan saiz 18 inc, 16 inc, 12 inc, 10 inc dan 8 inc dengan ketinggian setiap satu 5 inc.. Ini merupakan kek paling berat dan besar pernah saya buat.Berat semua kelima-lima tingkat ini hampir 40 kilo

Jangan tanya saya siapa suami Syella ni sbb saya pun tak tau!Kalau nak tau juga google ajer dalam internet..kot2 boleh tau nama suaminya (atau pelanduk 2 serupa)
Apa2 pun kepada Syella terima kasih atas tempahan. Semoga bahagia hingga akhir hayat!

p/s: Ada nak tau berapa saya charge harga kek ini!. saya hanya tau nilai perkahwinan ini RM 15 juta selepas membaca akhbar shj...:-) :-)




Thursday, November 24, 2011

Berseri majlis

Tq Izzaura atas tempahan kek perkahwinan dua tingkat ini.
Pink dan putih mewarnai majlis perkahwinanIzzaura mahukan sesuatu yang simple ajer.
Dan saya buatkan kek yang simple tetapi masih dalam gaya mempelai sehari...:-)



Friday, November 11, 2011

Siputeri yang anggun lagi bergaya

Jarang pelanggan menempah Babrie Doll dengan warna hijau.Tetapi pelanggan saya ini menempah sicantik puteri ini dengan persalinan putih hijau. Nampak kelainan. Tetapi hijau tetap anggun dan bergaya!

Thanks Eim atas tempahan puteri ini;
Testimony dari Eim:
thanks to dill-cakes..kek barbie doll ikut pattern yg saya minta ala2 secret recipe..puas hati..cakes? lovely taste..nyumm..nyum..





Sunday, October 30, 2011

Dari Dewan Seri Endon

Kek perkahwinan 3 tingkat sempena Majlis perkahwinan Ku Ahmad Shihan B. Dato’ Ku Jaafar dengan Farah Hidayu Nordin bertempat di Dewan Puspanitapuri Putra Jaya.Kek ini size 12 inc , 9 inc dan 7 inc dengan ketinggian 5 inc setiap satu. Warna tema gold

Friday, October 28, 2011

Arianna is 5

Tq Puan MAslinda dari Bangi yang telah menempah kek babrie Doll ini untuk anak sulung beliau.

Semoga Arianna akan menjadi anak yang solehah serta dapat menjaga kedua ibu bapanya kelak



Wednesday, September 28, 2011

Media Hiburan


Kek ini menyerikan majlis di Kumpulan Karangkraf.Tempahan dari Fuza Abas.
Kek ini dikira kek yang besar dengan saiz 20 inc x 10 inc. Berat hampir 7kg++
Edible dari http://edibleshop.blogspot.com

Sunday, September 25, 2011

Suasana HAri Raya

Tempahan Dari LHDN Cawangan Wangsa Maju sempena sambutan Majlis Aidilfitri.
Dengan tema hari raya, kek ini saiz 20 inc x 10 inc dan berat hampir 8 kg

Tuesday, September 20, 2011

Sejuk Mata Memandang

Warna yang redup
Sejuk mata memandang.
Hijau sinonim dengan kedamaian.
Didoakan semoga kehidupan berumahtangga pengantin aman damai sepanjang usia.

Mickey Mouse Club!


Mickey Mouse Club!
Kek saiz 18 inc x 9 inc.
Berat 5 kg.
Sengaja saya gunakan warna kuning untuk frosting fresh cream
supaya gambar nampak cantik!

Wednesday, September 14, 2011

Go Barcelona

Kek ini ditempah oleh Puan julie Ardilla dan Encik Zainal Azam dari Gombak. BArcelona pasukan pilihan anaknya. Kek Choc moist menjadi pilihan

Tuesday, September 6, 2011

PROMOSI SYAWAL

PROMOSI SYAWAL:

Sempena meraikan Syawal dan memeriahkan lagi rumah terbuka anda semua,
Dapatkan diskaun 10% untuk semua tempahan di bulan Syawal
(kecuali kek perkahwinan)

Sunday, August 7, 2011

Warna Warni Kek Cawan

Tempahan awal Julai lepas.Sempena majlis perkahwinan my customer.
Ianya dijadikan sebagai door gift.
Untuk makluman tempahan dalam kuantiti yang banyak mendapat harga diskaun..:-)





Friday, July 22, 2011

Pengumuman

Assalamualaikum wbr.

Untuk makluman semua Dill Cakes tidak menerima tempahan sepanjang tempoh 23 Julai 2011 hingga 7 Ogos 2011. Kami juga tidak dapat menerima email/ call dalam tempoh tersebut. Semua email akan dijawab selepas 7 Ogos 2011.

Tempahan dibuka semula 8 Ogos 2011. Kepada semua selamat mengerjakan amal ibadah di bulan penuh barakah Ramadan ini. Tq

Tuesday, July 5, 2011

Cinta mu Muzik Di Hatiku

Kek bentuk piano untuk menggimbirakan hati anak gadis
Kek bentuk 3D memang agak mencabar.
Untuk mendapatkan bentuk sebuah piano saya perlu membakar dua biji kek dalam saiz yang besar. Perisa kek adalah red velvet!
Apa2 pun terima kasih Puan Azima dari Taman Bukit Bandaraya Shah Alam atas tempahan kek ini





Friday, July 1, 2011

Pilihan tersendiri

Tq Sery untuk tempahan kek ini.
dengan tema huruf P dan Q bersama-sama dengan gmbr anak Sery yang sangat comel.
Alhamdulillah kek ini dalam keadaan baik walaupun dibawa jauh diselatan tanah air dengan menaiki keretapi. Penggunaan freshcream nampaknya tak menjejaskan paras rupa kek ini walaupun dalam perjalanan jauh.Seronok berurusniaga dengan Sery. Punyai taste tersendiri tetapi tidak cerewet!




Saturday, June 25, 2011

Seindah taman

Seronok membuat cupcake ini
dengan tema flora dan fauna cupcake ini penuh warna warni.
Bunga-bungaan yang mekar berkembang, cendawan yang melata atas rumput
memberi suasana penuh ceria bagi menyambut birthday party ke 6 adik Aymeen Jessenia.
Tq Abg Jem atas tempahan ini