Tuesday, April 28, 2009

Laluan Kasih UK -Serdang

Apalah nilainya harga kek dibandingkan lautan kasih sayang untuk ibu!
Mungkin itulah yang dirasai oleh Noraida dari UK. Menyedari dirinya begitu jauh jasad dari ibunya,namun dihati sangat hampir bagai tidak bercelah.....

Sempena hari lahir ibunya pada 28 April 2009, Noraida mengajak saya untuk menyertai misi rahsianya untuk membuat kejutan pada hari lahir ibunya.Sebagai hadiah hari lahir, Noraida menghadiahkan ibunya kek kegemaran ibunya iaitu cheese kek.Dihiasi dengan gmbr edible Noraida bersama ibu ,membuatkan kek ini menjadi lebih istimewa.

Berpandukan google map ke rumah Noraida(Thanks Google..memudahkan hidup ku!),perjalanan ke Taman Sri Serdang terasa dekat benar dengan Shah Alam..wahh..saya pulak rasa debarannya!Setibanya dihalaman rumah yg tersergam indah, ibu Noraida begitu terkejut menerima pemberian kek hari lahir dari anaknya yang jauh dimata...Tersenyum riang bila anak yang dikandung 9 bulan tidak melupai ibunya walau jauh beribu batu......

Feedback dari Noraida dan kakaknya Nadia:Mak mereka sangat menyukai cheese kek itu..
alhamdulillah!




Wednesday, April 22, 2009

MU anak teruna Raja Zaida

Raja Zaida dari Sek 9 begitu excited menempah kek Manchester United untuk birthday anak terunanya. Rupanya Raja Zaida ni kawan kepada jiran saya. Kek choc moist dengan choc ganache menjadi pilihan...Kek ini beratnya 2.7 kg!


Monday, April 20, 2009

Mother's Day Promotion

Promosi Hari Ibu kembali lagi!
Hadiahkan kegembiraan untuk ibu anda dimana sahaja berada.
Dill Cakes ingin turut sama memeriahkan hari ibu ini dengan mengadakan promosi sepanjang Mei ini.

Detail Promosi
1. Cheese kek (plain,carrot,blueberry)
Saiz 10"
Harga RM73.00 (normal price RM 83.00)

2. Cute Cupcake
Saiz medium Souffle Cup
Harga RM 40.00/25pcs (normal price RM 45.00/25pcs)

3. Choc Almond Brownies
Saiz 12" (1.8 kg)
Harga RM 43.00 (normal price RM 47.00)
Delivery pos laju : RM 15.00


Untuk edible photo pilihan sendiri tambah RM 20 untuk kek dan RM 1.00 untuk cupcake.
Penghantaran keseluruh Malaysia melalui pos laju hanya untuk brownies sahaja.Email saya untuk tampahan. Promosi dari 1 Mei hingga 31 mei 2009



Saturday, April 18, 2009

farewell n hantaran

Jom jamu mata dengan cupcake simple untuk majlis berbeza..
farewell dan hantaran


Wednesday, April 15, 2009

Choc paut pilihan hati

Kek dengan hiasan choc parut antara yang sering menjadi pilihan pengantin.Tapi kali ini Salwa dari Subang Jaya menempah kek dngan choc parut untuk sesi makan2 ajer. Hiasan ringkas dengan plate choc tertulis nama2 rakan2 beliau.

Friday, April 10, 2009

Sayang Anak, Kasih Bapa

Saya terharu bila org dari jauh sanggup datang kerumah sayadi Shah Alam untuk mendapatkan kek saya.Bila terima order2 begini saya rasa amat dihargai dan juga merasakan betapa perlunya menghargai customer.Supaya perjalanan jauh pergi dan balik untuk mendapatkan kek saya benar2 berbaloi...
Feeza dari Taman Pinggiran Batu Caves..meluahkan sayang pada anak dan kasih kepada bapa melalui kek. Kebetulan anaknya dan bapanya berkongsi hari lahir bersama.
Untuk ayah pilihan oreo cheese kek bersama frosting buttercream dipilih.Tema pilihan padang golf. Manakala untuk anak choc moist dengan gambar pilihan Ben 10...


Sedikit titik2 hitam ditas kek adalah serpihan oreo yang diadun sekali dalam bancuhan cheese

Tuesday, April 7, 2009

Bila Saudagar Cendawan Mengahwinkan Anak

Salam
Perkahwinan anak Saudagar Cendawan di Jalan Jambu Meru Klang.Dill Cakes ditugaskan untuk menyediakan dua set cupcakes, 1 kek hantaran dan kek perkahwinan 3 tingkat. dengan tema pink dan purple, gaya ringkas menjadi pilihan.Untuk yang berminat mendapatkan cendawan segar dan terbaik..boleh la ke Jalan Jambu Meru,Klang dan berjumpa dengan Saudagar Cendawan...!



Friday, April 3, 2009

Vote For NABIL:ABPBH 2008

Salam
Tempahan dari org jauh diutara..Minta saya hantarkan borang undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 terus ke Unit Hiburan Berita Harian.Wah..mcm mat DHL saya ni..:-).Beliau telah mengirim borang undian melalui pos laju ke rumah saya!Selain itu beliau juga minta saya buatkan 1 set cupcake untuk diberikan kepada unit Hiburan BH. Tema VOTE NABIL.....saya turut bergembira untuk sama-sama menjayakan misi beliau,sbb Nabil ni jugak artis peberet saya(tapi saya tak kuasa lak mengundi ABPBH ni).Sampai di NSTP saya terkejut kerana tiba-tiba ada org menyapa saya.."En Dill kan?Buat apa disini...?Rupanyanya customer yg pernah order brownies dari saya masih ingat saya...alhamdulillah..Dengan bantuan beliau perjalanan saya ke Unit Hiburan menjadi lebih mudah..Thanks Azlina(NSTP Bangsar).

Untuk Azura dari Kedah saya doakan Nabil akan menang. Saya juga doakan Azura akan menjadi pemenang bertuah dan akan menrima hadiah utama.Amin.Jom layan VOTE FOR NABIL...Lu Pikirlah Sendiri..

p/s: BACA BERITA HARIAN RUANGAN HIBURAN TARIKH 6 APRIL 2009.CERITA RINGKAS TTG CUPCAKE INI

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20090406080226/Article/index_html