Friday, May 28, 2010

Promosi Jun : Football Fever!


Makan Bola
Tido Bola
Ole Ole Ole Ole
Kita menang Kitalah juara!

Demam bola melanda seluruh warga muka bumi. Tua, Muda, Miskin, Kaya
semuanya gembira menyambut musim ini , Dill Cakes ingin turut bersama-sama meraikan sukan ini yang dikatakan mempunyai peminat paling ramai dibandingkan dengan sukan yang lain.
Dill Cakes akan mengadakan promosi jualan semua tempahan dengan tema BOLA SEPAK layak untuk menerima diskaun sebanyak 15%. Promosi berjalan sepanjang Bulan Jun. Untuk tempahan sila email fadzilsalleh@yahoo.com

Tuesday, May 25, 2010

!8 inc x 18 inc: 14kg

Kek ini hampir memenuhi separuh bonet kereta pelanggan saya. Kek Choc Moist dengan saiz 18inc x 18 inc . Berat kek ini hampir 14 kilo. Thanks Arleen atas tempahan kek besar ini. Arleen mahu saya letakkan gambar kungfu Panda dan anaknya di atas kek. Saiz Edible Image ini adalah dalam bentuk saiz A3. Edible Image design dan dicetak oleh Kedai Edible Image saya.. Kepada pelanggan yang mungkin berminat mendapatkan kek dalam saiz besar,boleh dapatkan dari saya dengan email fadzilsalleh@yahoo.com.

Mungkin ada yang bertanya saya berapa Rm kek 14 kg ini?
Harga Kek RM 250
Harga Edible A3 size: RM 35


Berbaloi2kan?

Tuesday, May 18, 2010

Bank Rakyat Meraikan Hari Guru

Ahad yang lelah!
Large order dr Bank Rakyat Damansara Utama sempena hari Guru.
20 biji cake square shape " choc moist dengan choc topping dan edible image
Sabtu malam membakar..dan sepanjang ahad memasak choc topping dan seterusnya sesi melepa kek . Mmg memenatkan. Alhamdulillah misi berjaya.
Seawal 8 pagi Isnin saya telah sampai ke Bank Rakyat DU untuk menghantar kesemua kek..
Kepada semua guru Selamat Hari Guru!

Edible image dari edibleshop

Thursday, May 13, 2010

Cenderahati Mempelai

Opsssssssss!!! Saya tidak menjual pizza yer..........
Saya baru sahaja selesai menyiapkan large order dari Su yang akan melangsungkan perkahwinan di Jerantut Pahang. Su menempah Choc Almond Brownies dan fruits cakes sebagai cenderahati untuk majlis perkahwinan nya.Dengan saiz loyang 12inc, saya menyiapkan 26 loyang brownies dan fruits cakes ini. Saya memasukkan brownies dan fruits cake ini dalam kotak pizza supaya menjimatkan ruang  dan juga dapat memastikan kek masih dalam keadaan fresh.
Beginilah paras rupa brownies dan fruits cake yang biasa saya sediakan untuk door gift. Dengan kotak istimewa, ia nampak simple tetapi bergaya. Gambar brownies agak blur. Yang berminat untuk menjadikan contoh dibawah sebagai wedding gift, sila email saya

Monday, May 10, 2010

Khaleeda with her smarties

Thanks Sabfrina atas tempahan kek untuk anaknya Khaleeda yang berusia 4 tahun.
Rasanya ini adalah kali ke dua saya membuat kek untuk anaknya beliau.
Tq atas tempahan.

Saturday, May 8, 2010

Simple tetapi bermakna

Selamat hari ibu untuk semua ibu disana. Saya dah lama tiada ibu disisi. Tetapi kasihnya terasa begitu dekat di hati. Tq Cikgu Ita atas tempahan kek ini.

Friday, May 7, 2010

Senyum disana -sini

Adakalanya perkataan yang diluah tidak mampu untuk meluahkan perasaan yang ada.
Dengan kek bergambar smiley disana sini dan juga ucapan TQ..pastinya membuat sipenerima tersenyum kegirangan..
Tq Shahran

Edible photo by Edibleshop

Monday, May 3, 2010

Promosi Hari Ibu: Diskaun 20%

Sempena menyambut Hari Ibu di bulan May ini, Dill Cakes akan mengadakan promosi hebat sempena hari ibu. Diskaun 20% untuk semua tempahan yang berkaitan dengan hari ibu. Untuk ibu yang jauh dimata juga Dill Cakes menyediakan delivery ke seluruh Malaysia ( choc Almond Brownie @ Fruits Cakes sahaja. Saiz 12" x 12'). Caj penghantaran hanya RM 13 . Promosi berjalan sepanjang May ini.

Email saya untuk tempahan.