Showing posts with label Cupcake hantaran. Show all posts
Showing posts with label Cupcake hantaran. Show all posts

Saturday, April 21, 2018

Cup Cake Comel Sebagai Hantaran

Tahniah Suzy dan Fizy
Majlis berlangsung di Banting.
Cupcake hantaran
Biru dan pink menjadi pilihan
Pengantin minta saya sediakan koak siap berhias
Saya fikir sesuatu yang simple tetapi elegant .
Saya buatkan bow menggunakan riben dusty pink.
Menambah seri dengan batu permata(ha ha) kebiruan.

Berminat:
http://www.wasap.my/60126335073
http://www.wasap.my/60126336793







Friday, March 21, 2014

Bersepuh emas nya

Tq Harita Hidzir atas tempahan set hantaran cupcake ini. Dalam tema gold .
Semoga majlis bertambah serinya dengan cupcake ini
16 biji cupcake choc moist.Berminat email saya



Tuesday, May 28, 2013

Cupcake kahwin + Birthday

Cupcake menghiasi sebuah perkahwinan. 
Bertempat di perbadanan Putrajaya. 
Tq Salwa atas tempahan ini.

Wednesday, April 10, 2013

Merah Hitam dan Putih



Tq Atti atas tempahan CC ni. Atti ni merupakan jiran saya. Dia antara customer yg selalu order dari saya sejak bertahun2 lamanya. Itu sbbnya walaupun kdg2 ordernya less 24 hours, tak sampai ati nak tolong tempahan. Tq Atti atas tempahan ini. Tema hitam merah dan putih!

Saturday, February 4, 2012

Pastel Pilihan Hati

Terima kasih Puan Syarifah dari Bukit Bandaraya Shah Alam kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada Dill Cakes untuk turut sama meraikan pertunangan anak keduanya. Beliau hanya mahukan sesuatu yang simple dengan warna-warna pastel.

Puan Syarifah turut menempah kotak istimewa cupcake kami.Diperbuat daripada material yang berkualiti serta amat kemas pembuatannya. Harga sgt reasonable.Jom tengok gamabr2 yang sempat diambil.




Tuesday, September 20, 2011

Sejuk Mata Memandang

Warna yang redup
Sejuk mata memandang.
Hijau sinonim dengan kedamaian.
Didoakan semoga kehidupan berumahtangga pengantin aman damai sepanjang usia.

Friday, December 24, 2010

Bakal Menantu

Cupcake hantaran ditempah oleh Puan Rohani Hamzah untuk majlis pertunangan anaknya.
Agak kelam kabut pagi tadi sampai saya lupa untuk snap gambar..
Pakai Hp sahaja dan cupcake dalam kotak.
Nampak gambar agak gelap...:-(((((

Anyway untuk Puan Rohani Selamat Mendapat Bakal Menantu...
semoga majlis berjalan dengan lancar


Saturday, July 10, 2010

Cinta bersulam kasih

Cinta bersulam kasih
Bahagia hingga ke jinjang pelamin
3tiers cupcakes with heart shape mewarnai saat indah perkahwinan
kedua mempelai.
Tempahan dari D'Sore Cafe and Catering
Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, July 6, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Perutusan Raja Sehari

Antara pilihan untuk diatur dalam senarai barangan hantaran ialah si comel kek cawan.
Jika anda berminat dengan kek cawan sebagai hantaran, pelbagai pilihan tersedia..
Ada pelanggan yang minta disediakan juga kotak hantaran..senangkan tak payah nak meredah Jalan Tar semata2 mencari kotak untuk diisi si comel ini. Dengan harga yang sangat berpatutan, kami bergembira melihat anda bersanding di singgahsana.
Terima kasih kepada Wan Amalina yang tidak jemu2 mendapatkan buah tangan dari saya.
Nak tahu harga si comel dan kotak berhias ini?
Kek Comel 16 biji: RM 75
Kotak berhias : Rm 35

Jika berminat hubungi saya fadzilsalleh@yahoo.com

** harga mungkin berbeza berdasarkan design dan material diguna.

Monday, February 15, 2010

Merah jambu buat cintaku

Norhazura dari Sek 8 Shah Alam memberikan saya bekas hantaran berbentuk hati kepada saya. Minta saya buatkan kek/cupcake sebagai hantaran di majlis besarnya.Memandangkan bekas tidak sepadan dengan loyang heart shape saya, maka saya mengambil keputusan untuk membuat cupcake dalam rona putih merah jambu yang disusun indah dalam kotak hantaran. Kepada pengantin semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


 

  

 

Friday, January 1, 2010

Farewell to 2009 n Welcome 2010


Selamat datang 2010, Selamat Tinggal 2009.
mAsa berlalu begitu cepat meninggalkan kita. Diam tak diam dah masuk 2010,
rasanya macam br ajer bermula 2009.Banyak kenangan pahit manis dikutip sepanjang 2009...

Anyway Kepada semua pengunjung blog ini Wishing the 2010 new year brings u and ur family new hope, great health, bountiful wealth with tremendous joy and happiness all around, all year round without bound.

Jom tgk antara tempahan 2009 yang sempat saya rakam di lensa kamera. Tempahan dari Puan Norlida Subang Jaya.Ini merupakan tempahan kedua dari beliau.Tq Puan Norlida. Cupcake hantaran bunga bungaan.....






Thursday, December 17, 2009

Meredup Kasih

Surya sangat risau jika saya tidak dapat mengambil tempahan beliau.Walaupun untuk tempahan ini saya tidak dapat membuat delivery, Surya sanggup datang untuk mengambil cake perkahwinan 2 tingkatnya dan 16 biji cupcake hantaran.

Surya turut menempah kotak istimewa untuk cupcake ini. Kotak dari kertas bermutu tinggi dihiasi dengan bunga bungaan yg cantik dipandang seirama dengan pengantin yang manis dipinang....Kepada yang berminat menempah cupcake beserta dengan kotak boleh email kepada saya...Jom jamu mata dengan cupcake surya..warna hijau yang begitu damai dan redup memandangnya...

p/s: fast sale cupcake telah dijual kepada .Maaf saya terlupa nama yang membeli...anyway tq.


Tuesday, December 8, 2009

Bahagia Dirisik

Cuppies ini di order oleh Intan dari PharmaNiaga. Ianya adalah sebagai tanda hati kepada rombongan merisik beliau untuk dijadikan permaisuri hati..amboii seronoknya diri dirisik. Intan minta buatkan simple cupcakes sahaja...Untuk majlis bertunang atau kahwin nanti baru grand! Kepada Intan semoga jodoh berpanjangan.Teringat lagu Syarifah Aini " Hati ku dicuri lagi"

Friday, September 25, 2009

Selamat Menjadi tunangan orang

Salam Aidilfitri.Selamat menjamu selera dengan aneka kuih raya,rendang,lemang,ketupat di atas meja. Mungkin masih ramai yang meneruskan cuti hingga hujung mingu ini. Bagi yang masih bercuti selamat bercuti dan yang telah memulakan tugas selamat bertugas. Dill Cakes telah beroperasi sejak hari selasa lalu untuk menyiapkan tempahan pelanggan sepanjang minggu ini.

Anatara yang menyambut hari bahagia di awal syawal ini ialah Riyana dari Desa Aman 2 Pantai Dalam Kuala Lumpur. Memilih 7 Syawal sebagai tarikh menjadi tunangan orang, Riyana menempah 1 set cupcakes hantaran dengan tema biru Chelsea . Selain itu beliau turut menempah kek hantaran fondant bagi pihak suami serta choc almond brownies sebagai doorgift kepada tetamu seramai 200 orang.

Untuk cupcakes ini,Riyana turut menempah kotak istimewa.'Safety Box' ini dihias cantik sesuai dengan tema majlis pertunangan beliau. Kepada Yana dan Firdaus semoga bahagia di alam pertunangan sementara  menanti December 2009 sebagai tarikh  keramat pengikat jiwa....


Saturday, September 12, 2009

Kek Kecil Penyeri Majlis

Kek kecil@kek cawan antara fenomena terkini. Sama ada diletakkan diatas meja hidangan pengantin, sebagai hantaran bukti kasih cinta, mewarnai bahagia di hari lahir,memujuk lara hari yang rajuk atau sekadar majlis santai2 sambil makan-makan.

Boleh ditempah dengan pelbagai gaya dan rupa.Koleksi dibawah sebahagian yang ditempah oleh pelanggan .



Wednesday, June 10, 2009

Santapan Raja Sehari

Musim cuti sek ramai yang melangsungkan perkahwinan.Dan kenduri perkahwinan pulak dengan pelbagai gaya.Ada unsur tradisional yang dipertahankan. Ada juga ciri2 moden yang diperkenalkan.
Antaranya cupcake sebagai hidangan desert di meja pengantin!. Dibawah antara sebahagian daripada cupcake yang ditempah dari saya untuk 11 majlis santapan santapan raja sehari.
Thanks Amylia





Sunday, May 3, 2009

Thousand Apologies

Saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada Yanti dari Banting yang melangsungkan perkahwinannya pada 2 Mei 2009. Ini kerana akibat salah faham komunikasi, saya tidak membuat tempahan cupcake hantaran perkahwinan beliau. Yanti email saya dan membuat tempahan kek perkahwinan 2 tingkat dan 1 set cupcake hantaran. Kek perkahwinan 2 tingkat mmg telah confirm dari awal. cuma cupcake tidak diconfirmkan kerana Yanti masih memilih design yang sesuai pilihannya.Mungkin kerana kelemahan saya gagal untuk mengesahkan order ini (atau saya tidak perasan email beliau???).Saya cuba check dalam inbox mana tau saya terlepas pandang email beliau tapi saya gagal mengesan email pengesahan order cupcake ini.Kasihan Yanti terpaksa membeli kek hantaran segera di kedai untuk menggantikan cupcake hantaran tersebut.....Disebabkan Yanti datang pada hari kahwin beliau saya tidak sempat untuk membuat set hantaran tersebut.Kalau Yanti datang hari sebelumnya insyaallah sedaya mungkin saya akan membuat set cupcake hantaran itu... Walau apa pun kepada Yanti Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia hingga ke akhir Hayat...

Jom tgk antara tempahan perkahwinan hujung April. Maaf ada gambar yang lupa saya ambil(termasuk kek kahwin 2 tkt Yanti). Disebabkan terlalu bz menyiapkan tempahan saya hanya sempat snap sedikit sahaja hasil kerja saya...:-(


Kek ini ditempah oleh Hanis dari Sek 4 Shah Alam. dengan tema kuning,
kek ini berlainan perisa.
choc moist, choc blueberry dan carrot walnut jadi pilihan.
Hanis turut menempah satu set cupcake hantaran(gmbr saya lupa snap).


Kek hantaran perkahwinan Liza dari Kota Damansara. Dihiasi dengan gambar beliau dan suami sewaktu kecil.Saya tambah nilai romantik dalam kek ini dengan meletak taburan bunga dikeliling kek.Comel mereka berdua masa kecil.Kek saiz 9'.Disebabkan Liza ni customer lama saya, saya bagi special price untuk beliau.



Kek bentuk love dengan size 9' di tempah oleh Suhaila


cupcake comel untuk hantarn.Tempahan dari Jun Selayang. This is second time Jun order cupcake hantaran.Kali ini untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinan


Wedding kek 3tiers fondant dari Batrisyia Mutiara Catering
Ini adalah antara sebahagian kek yang ditempah beliau. Warna merah putih mejadi pilihan. Saya tidak tidur malam menyiapkan 6 set kek 3 tingkat beliau.Thanks a lot . Seperti biasa saya memberi special price untuk beliau!

Saturday, April 18, 2009

farewell n hantaran

Jom jamu mata dengan cupcake simple untuk majlis berbeza..
farewell dan hantaran


Saturday, March 14, 2009

Pesona Hijau

Hijau menjadi plihan ramai pengantin.Selain warna yang lembut ia juga sesuai sebagai tema warna perkahwinan kerana selain ianya cantik dilihat didalam majlis ia juga begitu mempesonakan dalam rakaman lensa kamera.

Kek hantaran hijau ini ditempah oleh Salwa dari Subang Jaya.


Cupcake dengan tema hijau ini ditempah oleh Rozita dari Sek7 Shah Alam