Monday, December 28, 2009

Sin Chan Oh! Sin Chan

Irma dari Bdr Puteri Klang nampak sgt teliti orangnya. Begitu detail beliau menerangkan kepada saya bagaiman kek yang dimahukan sempena hari lahir anak kesayangannya...dari rasa kek,bentuk kek hingga tona warna yang akan menyelimuti kek, kesemuanya diperincikan dalam telefon dan juga email.

Dan inilah kiriman email dari Irma yang membuatkan saya menarik nafas penuh kelegaan

Thanks so much…cake B’Day anak saya sgt menarik & lezat…smua org suka.
Thanks
Irma Anas.







 

 

Wednesday, December 23, 2009

Sepakan sudut

Tempahan dari Armee dari Bukit Jelutong. Armee n family peminat no 1 buttercake saya, adakalanya hampir saban minggu beliau menempah buttercake dari saya.

Kali ini tempahan untuk kek anak beliau. Tema bola dengan pasukan pilihan Chelsea. Beliau menyerahkan kepada saya untuk mencurahkan apa saja kreativiti(jika ada la) pada kek ini. Bla fikir2 balik penggunaan edible mcm dah common sgt, penggunaan set pemain pun ramai yang dah buat, akhirnya saya beri fokus kepada sepakan sudut ajer la...corner kick ini saja saya buat untuk mencipta sedikit kelainan. Dikeliling kek saya tampal logo Chelsea supaya aura Chelsea tu bergabung dgn tema bola ini.

Anda ada komen atau idea pada kek ini? Boleh la tulis ruangan komen di bawah untuk kita suka2 bercerita ttg kek ini.....

Kepada tuan punya kek , Puan Armee..tq atas sokongan berterusan dengan kek2 saya...


 


Tuesday, December 22, 2009

Rona Ungu Menghiasi Majlis

Tempahan kek hantaran dari Kafe D'Sore Sek 7 Shah Alam.
Ini saya panggil kek selimut..sbb atas bdan kek ada selimut!
Dalam rona purple kek ini berbentuk segiempat dengan ukuran 8inc.
Dihiasi dengan bunga ros dan taburan manik dihiasi keliling kek.
Berat kek ini 2kg++.
Harga RM 180 sahaja.
Tq Puan Rozita di atas order ini.










Thursday, December 17, 2009

Meredup Kasih

Surya sangat risau jika saya tidak dapat mengambil tempahan beliau.Walaupun untuk tempahan ini saya tidak dapat membuat delivery, Surya sanggup datang untuk mengambil cake perkahwinan 2 tingkatnya dan 16 biji cupcake hantaran.

Surya turut menempah kotak istimewa untuk cupcake ini. Kotak dari kertas bermutu tinggi dihiasi dengan bunga bungaan yg cantik dipandang seirama dengan pengantin yang manis dipinang....Kepada yang berminat menempah cupcake beserta dengan kotak boleh email kepada saya...Jom jamu mata dengan cupcake surya..warna hijau yang begitu damai dan redup memandangnya...

p/s: fast sale cupcake telah dijual kepada .Maaf saya terlupa nama yang membeli...anyway tq.


Wednesday, December 16, 2009

Fast Sale Cupcakes Ben 10

Kepada yang berminat untuk mendapatkan 10 biji Cupcakes dengan harga murah.
Details:
10 biji Cupcakes perisa Choc Moist
(7 biji gambar Ben 10, 3 biji deco with buttercream )

Normal Price : RM27
Fast Sale price: RM 20 sahaja

Self pickup di Seksyen U11 Taman Bukit Bandaraya Shah Alam
(Near sek 8 dan Taman Pertanian Bukit Cherakah)

Berminat hubungi:
0162210039
0126336793
0355115848

Thursday, December 10, 2009

Ria Si Kecil

Anak-anak kecil begitu gembira bila karakter kegemaran mereka menjadi kenangan di hari lahir. Dua kartun dibawah antara yang sgt diminati si gadis kecil. Watak comel Hello Kitty menjadi pilihan Latifah dari KL. Ini merupakan tempahan ketiga beliau dari Dill Cakes. 50 biji Cupcakes untuk dihadiahkan kepada rakan indianya yang menyambut hari lahir anak kecil yg comel.
Kartun Princess pula menjadi pilihan Nila dari Cheras. Nila sebenarnya mengandung dan mengidam makan cupcake with fresh cream topping. Biasanya saya menggunakan buttercream untuk topping cupcake..tapi disebabkan melayan karenah ibu mengandung ini, saya turutkan permintaannya untuk menggunakan fresh cream.

Kepada Latifah dan Nila..terimakasih atas tempahan

Tuesday, December 8, 2009

Bahagia Dirisik

Cuppies ini di order oleh Intan dari PharmaNiaga. Ianya adalah sebagai tanda hati kepada rombongan merisik beliau untuk dijadikan permaisuri hati..amboii seronoknya diri dirisik. Intan minta buatkan simple cupcakes sahaja...Untuk majlis bertunang atau kahwin nanti baru grand! Kepada Intan semoga jodoh berpanjangan.Teringat lagu Syarifah Aini " Hati ku dicuri lagi"

Thursday, December 3, 2009

Romantis Jiwa

3 tiers stack wedding cake ini ditempah oleh Puan Raha dari Vila Pengantin. Majlis yang berlangsung di Dewan Banquet UPM penuh dengan rasa romantis. Terima kasih Puan Raha atas tempahan kek ini.

Notes: Year End Sale Cheese Cake untuk semua pelanggan. Dapatkan harga cheese kek dengan diskaun hebat. Maklumat lanjut lihat disini.


Wednesday, December 2, 2009

Year End Sale 2009: Cheese Cake

Pesta Makan Cheese Cake kembali lagi.
Sempena Year End Sale dan musim cuti sekolah ini dapatkan harga hebat untuk pembelian cheese cake dari Dill Cakes sepanjang December 2009.

Saiz :10inc
Berat :2kg++
Normal Price : RM 83.00
Harga diskaun Y.E.S : RM70.00


Dapatkan cheese cake yang lazat dengan pelbagai rasa dari Dill Cakes.
Dibuat dari solid cheese dan menggunakan bahan2 yang bermutu tinggi .
Pelbagai perisa seperti carrot cheese  cake, marble cheese,blueberrycheese ,plain cheese dan sbgnya.
Insyaallah tidak mengecewakan. Tawaran berakhir 31 December 2009.

Friday, November 27, 2009

Salam Idul Adha

Kepada semua pengunjung ,Dill Cakes mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha. Semoga kita semua akan lebih menghayati makna pengorbanan .
Kepada yang pulang ke kampung berhati-hati memandu. Kepada pelanggan dan bakal pelanggan Dill Cakes nantikan promosi hebat Bulan Disember ini yang akan saya masukkan dalam entry akan datang.
Saya bercuti 29 November hingga 1 Disember.


Antara kek Idul Adha yang sempat dirakamkan. Tempahan dari Wan Amalina.

Wednesday, November 25, 2009

KUIS

Kek untuk satu majlis di KUIS.Kek ini ditempah oleh RZ Catering
yang menyediakan makanan bagi jamuan di Majlis tersebut.

Dengan menggunakan logo KUIS saya hiasi dengan bunga kecil di atas kek. Hiasan kek sengaja saya biarkan agak minima supaya ianya lebih berimej korporat.Kek ini saiz 12" x 12". Perisa Choc Blueberry dengan fresh cream.
Ada cerita lucu disebalik kek ini.....:-)


Friday, November 20, 2009

Bahagia di Usia 72 tahun

Bahagia pakcik ini diusia 72 tahun . Dikelilingi anak cucu dan keluarga yang saling sayang menyayangi. Pakcik ini ialah ayah kepada Puan Linda dari Seksyen 3 Shah Alam. Blueberry Cheese cake ini dengan saiz 10", berat 2kg+ dan diserikan dengan gambar ayahanda tersayang.....
Alangkah bagusnya kalau kita semua menjadi seperti Puan Linda yang sentiasa mengingati dan meraikan hari lahir ayahnya...:-)

Dan esoknya Puan Linda menelefon saya dan minta buatkan sebiji lagi blueberry cheese ini kerana katanya kek semalam tidak cukup..dan yang penting Birthday boy suka dengan kek itu....

Tuesday, November 17, 2009

Hati Syikin

Kek hantaran heart shape ini ditempah oleh Syikin dari UPM Serdang. Selepas beberapa kali menukar design dan warna ,akhirnya syikin mmeilih design ini dengan tema maroon putih
Kepada Shikin semoga berbahagia selalu...




Monday, November 16, 2009

Menjejaki Angka 25

Tempahan dari Ct Aishah untuk kakak angkat tersayang...ini adalah surprised gift untuk kakak angkatnya...da seperti biasa saya diminta untuk membuat penghantaran dan mengsurprised kan penerima..:-)
Pemilik gambar cantik manis di atas kek ini ialah Suzie Ardiana binti Ghapar
dari Taman Medan.

Semoga penerima dan yang menempah kek bergembira dengan kek ini.

Friday, November 13, 2009

Ben 10 Series

Banyak tempahan saya terima untuk kartun Ben 10...dan ini adalah sebahagiannya....
Rasanya tahun 2009 Ben 10 mendominasi karekter yg paling diminati pelanggan yg menempah kek dari saya

Wednesday, November 11, 2009

Mariposa oh Mariposa

Kek dengan gambar MAriposa ni di tempah oleh Azura dari Klang
. Biasanya saya akan menggunakan warna pink keseluruhan untuk kek ni
tapi Azura minta saya buatkan kolor coklat ditepinya.
Gembira bila membaca komen Azura..Azura thanks for the order!

Sms dari Azura:
salam.Tq for delicious cake tu.Guest suka sangat sampai ulang makan 2x. Kids lagilah...i like d icing ..mcm icecream rasanya. Tq. will rekemen 2 kwn2 lain ni
.

Nota: Saya menggunakan freshcream untuk semua kek saya kecuali kek kahwin atau choc ganache!Freshcream mmg sedap macam ice cream....

Monday, November 9, 2009

Bagaikan Raja

Bila disebut diraja, pasti warna kuning terlintas di fikiran. Warna kuning sememangnya warna yang cantik dan sesuai untuk majlis perkahwinan. Sesuai dengan gelaran Raja Sehari..pengantik nampak cantik dan serasi dengan tema warna ini .

Kek 3 tingkat ini merupakan kek perkahwinan anak Imam Besar Masjid Kajang.
Memilih warna kuning sebagai tema warna...Ia kelihatan begitu anggun
dipdankan dengan baju pengantin,pelamin,khemah dan segalanya dalam majlis besar itu....



Friday, November 6, 2009

Hello Kitty Cupcake

My_za hanya memberi email pada saya mengenai tempahan ini..punya la terujanya beliau sampai siap bayar online sebelum saya beri pengesahan order ..Anyway saya harap My_za suka dengan CC ini.Walaupun permintaan asalnya adalah kartun teddy bear diatas cupcakes, namun sebab kehabisan stok saya terpaksa mengantikkannya dengan Hello Kitty.

Cupcake ini adalah hadiah untuk rakannya Fatehah di Taman Bt Tiga Shah Alam..Atas permintaanya saya membuat delivery untuk beliau. :-). Juga beliau minta saya buatkan note ini utk fatehah.(nama macam watak dalam Wadi Unung pulak..:-) )
To Ehah,
Happy Belated Birthday
Enjoy this day with ur lovely hubby
Miss u much
From
Myza&Hubby



Sunday, November 1, 2009

Sama Jiwa Sama Rasa

Kebiasaannya tempahan kek adalah berdasarkan tema warna majlis perkahwinan.
Majlis yang berlangsung di Dewan Komuniti Tun Abd Razak ini menjadikan peach sebagai tema warna majlis. Tempahan kek ini dibuat oleh RZ Catering.
Alas meja dan kek senada melagukan irama meriahnyanya majlis..:-)

Wednesday, October 28, 2009

Nidal is 2

Tempahan dari Ita EPF Jalan Raja Laut. Disebabkan terlalu sibuk dengan hal keluarga saya terlupa membeli/menempah gambar Thomas n Frens yang besar yang sesuai untuk kek size 12" x 8".
Mujurlah Ita happy dengan kek ini. Gambar Thomas round Shape dengan size yang agak kecil ini saya dapat dari stok lama yg ada. Mujur kualiti gambar masih baik. Untuk gambar ini saya bagi free ajer pada Mazlita. semoga Nidal happy dengan kek ini...

Komen dari Mazlita:
tahniah en fadzil n isteri.. Sorry saya xreturn call pasal gambar kek thomas.tp dunworry anak saya suka sgt tgk thomas tu. Ramai puji kek sedap.insyaAllah lain kali saya order lg.
-mazlita




Monday, October 19, 2009

Menyambut Menantu

Bila customer tidak mempunyai sebarang pilihan design dan tugasan itu diserahkan kepada saya, adakalanya ia amat mengujakan dan selebihnya memberi ruang kreativiti lebih menyerlah.

Kek ini belum diletak bunga. Dengan tema hijau, kek ini mewarnai perkahwinan indah.
Tempahan dari Kak Bahyah dari Sek 11 untuk perkahwinan anaknya yang berlangsung di Kelab Selangor Shah Alam

Monday, October 12, 2009

Orang Baru

Alhamdulilah 091009 lepas saya menerima cahayamata lelaki.
Disebabkan terpaksa menguruskan banyak perkara saya memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak tempahan dari pelanggan.

Untuk makluman, tempahan dibuka semula. Untuk yang berminat sila email saya fadzilsalleh@yahoo.com untuk tempahan kek. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima atas ucapan tahniah dan doa dari semua pelanggan, pengunjung Dill-Cakes ,pengunjung wedding cottage,pengunjung facebook,email,sms,telefon dsb.

Muhammad Ammar Zharif

Wednesday, October 7, 2009

Simple bergaya


Kek hantaran dengan rona putih ditempah oleh Salwa dari suteraweddings.Dengan tema putih kek ini dibuat simple tetapi masih mengekalkan gaya yang elegan. Tidak perlu terlalu sarat kerana hiasan minimum adakala memberi gaya yang lebih menawan.
Untuk lebih banyak kek kahwin/hantaran sila ke blog kek kahwin saya  di weddingcottage

K

Friday, October 2, 2009

Genius Aulad

Rozita dari UITM Shah Alam begitu teruja menempah kek untuk anak beliau sempena jamuan Aidilfitri di tadika anaknya. Pilihan gambar Hasbullah Haimi dan logo tadika menyeri rupa sebiji kek....
Semoga Rozita berpuas hati....






Tuesday, September 29, 2009

Ikatan bersatu


 Bila tempahan dibuat last minute adakalanya sukar untuk mencari atau menyediakan bahan yang sebaiknya dalam pembuatan kek. Tempahan dari Haryanti Datuk Khalid dari Kota Damansara Disebabkan masa yang begitu singkat saya tidak sempat menyediakan bunga dari sugarpaste.Saya suggest pada pengantin untuk menggunakan fresh flower. Tetapi customer rupanya alah kepada fresh flower. Artificial flower akhirnya menjadi pilihan. Kek 3 tingkat  square shape dengan pilihan warna hijau dan cream.
Kek ini adalah kek pernikahan beliau...:-)


Friday, September 25, 2009

Selamat Menjadi tunangan orang

Salam Aidilfitri.Selamat menjamu selera dengan aneka kuih raya,rendang,lemang,ketupat di atas meja. Mungkin masih ramai yang meneruskan cuti hingga hujung mingu ini. Bagi yang masih bercuti selamat bercuti dan yang telah memulakan tugas selamat bertugas. Dill Cakes telah beroperasi sejak hari selasa lalu untuk menyiapkan tempahan pelanggan sepanjang minggu ini.

Anatara yang menyambut hari bahagia di awal syawal ini ialah Riyana dari Desa Aman 2 Pantai Dalam Kuala Lumpur. Memilih 7 Syawal sebagai tarikh menjadi tunangan orang, Riyana menempah 1 set cupcakes hantaran dengan tema biru Chelsea . Selain itu beliau turut menempah kek hantaran fondant bagi pihak suami serta choc almond brownies sebagai doorgift kepada tetamu seramai 200 orang.

Untuk cupcakes ini,Riyana turut menempah kotak istimewa.'Safety Box' ini dihias cantik sesuai dengan tema majlis pertunangan beliau. Kepada Yana dan Firdaus semoga bahagia di alam pertunangan sementara  menanti December 2009 sebagai tarikh  keramat pengikat jiwa....