Tuesday, March 29, 2011

Mocha Cheese Cupcake

Kepada penggemar kopi dan cheese mungkin boleh mencuba Mocha Cheese dari Dill Cakes.
Rasa lemak-lemak manis cheese ditambah dengan aroma mocha yang pasti membuka selera.
Tempahan untuk kek mahupun cupcake.

Friday, March 25, 2011

Chenta Ati

Thanks Izza atas order kek ini...
Kembali saja dari oversea..terus Izza kerumah saya untuk mengambil kek yang telah lama ditempahnya.
Izza beria2 meminta saya memasukkan elemen cinta dalam kek ini...
Walaupun dengan gaya simple, saya harap Izza suka dengan heart shape yg saya letak atas kek itu.

Gembira bila Izza email beritahu selama ni dia tak makan krim atas kek kerana tak menyukai rasanya. Tapi untuk kek saya dia merasa krim diguna berlainan dan enak bangat! :-)

Maaf Gambar tersebut tersebut say delete. PErmintaan dari empunya diri.Alhamdulillah assalamualaikum, en fadzil.. maafkan sy kerana mengganggu.. sangat2 memerlukan bantuan dan jasa baik dari pihak en fadzil... boleh tak en fadzil delete my cake pic sprti yg dibawah ini yg sy tempah pada encik? di facebook dan juga blog... maaf ye... sebab gambar tu ada yg mendedahkan aurat sy... zaman2 jahiliah dulu... maafkan saya kerana menyusahkan encik

Friday, March 18, 2011

Enak dan berkhasiat

Nyum Nyum Nyum....
Kepada penggemar choc jgn miss untuk merasa choc cupcake dari Dill Cakes
Rasa lemak coklat, tekstur yang lembut serta kurang manis....
Cupcake dan choc dimasak menggunakan minyak jagung..
sangat baik untuk jantung anda..



Monday, March 14, 2011

Warna Tema Cinta

Membiru cinta ku...
Kek perkahwinan 4 tingkat untuk mempelai yang sama cantik sama padan.
Dengan tema warna cinta, kek ini menghiasi perkahwinan yang penuh dengan keindahan.


Friday, March 11, 2011

Apabila Tun Mahathir memotong kek saya

Saat manis bila Perdana Menteri ke 4 negara Tun Dr Mahathir memotong kek dari Dill Cakes! Lihatla reaksi wajahnya semasa memotong kek itu...kelakar dan ceria...:-)
Tun M dijemput merasmikan persidangan Biosains yang diadakan di sebuah Hotel di Subang Jaya.

Saya gembira dengan pencapaian saya setakat ini. Sehinga kini telah 3 PM Malaysia memotong kek saya...iaitu Tun M, Pak Lah, dan Datuk Seri Najib....Andainya 3 PM yang lain masih hidup, saya juga berharap mereka berkesempatan memotong kek dari Dill Cakes..:-)

Keletihan membuat kek ini hilang apabila pihak penganjur menyatakan Tun amat menyukai kek saya...:-)

Sedang mendengar ucapan MC kot Tun ni...kusyuk ajer...

Kenapa la Tun macam geram sangat dengan kek ini...:-) kelakar wajahnya...

MAsih dengan aksi kelakarnya

Apalah agaknya yang dikatakan oleh pihak penganjur..kusyuk Tun mendengar...agaknya penganjur tgh promo kek saya dengan Tun..:-)

Tun macam tak puas ajer tengok kek saya...:-)

dan ini lah kek nya...taraannngggggggggggggg


Tuesday, March 8, 2011

Setinggi Kasihku

Kek 4 tingkat heart shape.
Dalam tema pink biru.
Saiz kek 12 inc, 10 inc, 9 inc dan 7 inc


Saturday, March 5, 2011

Meraikan Staff

Jadi satu trend syarikat menyambut hari lahir semua staff.
Bila dah ramai2 kek harus besar.
Kek dibawah untuk Syarikat KUB di Kelana Centre Point
Majlis hari jadi ini disambut beramai2...
Kek saiz 24 inc x 12 inc seberat hampir 10 kg