Monday, December 26, 2011

Hingga Ke Jinjang Pelamin

Kek dengan imej pasangan bakal pengantin pelengkap set hantaran pasangan ini.
Jauh berlangsungnya majlis di Pahang. Dengan tema pink dan purple. Saya minimakan dekorasi untuk memberi laluan tumpuan pada gambar bakal mempelai. Semoga hingga ke jinjang pelamin. :-)




Tuesday, December 20, 2011

Jumpa Dill Cakes di Plaza Perangsang Shah Alam


Dill Cakes akan mengadakan jualan slice cake di Dataran Bangunan Peransang Shah Alam ( Quality Hotel) pada 20 dan 21 Dec 2011 (Selasa dan Rabu). Dapatkan cheese kek , choc moist dan carrot cake pada harga diskaun. Tempahan semua jenis kek disana juga layak menerima 15% diskaun. Jumpa disana!

Saturday, December 17, 2011

Bila Si Ganas dan Si Ayu bersatu

Bila Si ganas dan si Ayu disatukan dalam sebiji kek!
Inilah yang terjadi pada watak Dragon Ball dan Ana Muslim
Kek ini ditempah oleh Puan Rosnah Kasah untuk anak saudara kembarnya.
Memilih watak kegemaran mereka untuk diletakkan atas kek sebagai kenangan.Kek pilihan Cheese kek!
Puan Rosnah juga menempah 25 biji cupcake dengan watak dragon ball dan Ana Muslim juga

Untuk Puan Rosnah tq atas tempahan





Tuesday, December 13, 2011

Ini Smurfs la

Thanks you Puan Farah Hasnina atas tempahan kek Smurfs ini.
Kek ini saiz 9 inc. Didalamnya Choc cake.
Semepena meraikan Jamuan akhir tahun di tadika anaknya.

Saturday, December 10, 2011

Hasya, Angry Bird and Smurf

Tempahan dari Puan HAzmeen dari Bukit Jelutong.
25 biji Cupcake dihiasi gambar anaknya Julia Hasya la serta watak kartun Angry Bird and Smurf.
Penuh warna warni cupcake ini sesuai dengan majlis yang dihadiri oleh kanan-kanak.
Si Julia Hasya la yang bijak sangat comel dalam berbagai aksi dari kecil sehingga umur 7 tahun.

Kepada Puan Hazmeen terima kasih atas tempahan ini






Tuesday, December 6, 2011

Aura yang simple

Kek 5 tingkat dengan tema biru putih menjadi penyeri majlis perkahwinan anak Ybhg Tan Sri Dato Sri Dr Wan Abdul Aziz Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia bertempat di PICC Putrajaya.

Hiasan dewan begitu cantik dan gah. Disana sini aroma mewangi bunga segar serta binaan pelamin yang sangat mengkagumkan. Dan kek ini dalam aura yang simple tetapi bersatu dalam majlis yang gemilang.
Kepada Pengantin semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.


Friday, December 2, 2011

Bila Syella Kahwin.....

Gempar seketika bumi Malaya.
Dek perkahwinan artis Syella yang mana dikatakan kos perkahwinannya RM 15 juta.
Wow hebat betul artis malaysia..15 juta tu makan berapa keturunan baru habis?

Dan tak sangka rupanya kek saya terlibat sama dalam projek 15 juta ini.
Pengantin menempah 2 set kek 5 tingkat.Setiap satu dengan saiz 18 inc, 16 inc, 12 inc, 10 inc dan 8 inc dengan ketinggian setiap satu 5 inc.. Ini merupakan kek paling berat dan besar pernah saya buat.Berat semua kelima-lima tingkat ini hampir 40 kilo

Jangan tanya saya siapa suami Syella ni sbb saya pun tak tau!Kalau nak tau juga google ajer dalam internet..kot2 boleh tau nama suaminya (atau pelanduk 2 serupa)
Apa2 pun kepada Syella terima kasih atas tempahan. Semoga bahagia hingga akhir hayat!

p/s: Ada nak tau berapa saya charge harga kek ini!. saya hanya tau nilai perkahwinan ini RM 15 juta selepas membaca akhbar shj...:-) :-)