Monday, December 28, 2009

Sin Chan Oh! Sin Chan

Irma dari Bdr Puteri Klang nampak sgt teliti orangnya. Begitu detail beliau menerangkan kepada saya bagaiman kek yang dimahukan sempena hari lahir anak kesayangannya...dari rasa kek,bentuk kek hingga tona warna yang akan menyelimuti kek, kesemuanya diperincikan dalam telefon dan juga email.

Dan inilah kiriman email dari Irma yang membuatkan saya menarik nafas penuh kelegaan

Thanks so much…cake B’Day anak saya sgt menarik & lezat…smua org suka.
Thanks
Irma Anas.







 

 

Wednesday, December 23, 2009

Sepakan sudut

Tempahan dari Armee dari Bukit Jelutong. Armee n family peminat no 1 buttercake saya, adakalanya hampir saban minggu beliau menempah buttercake dari saya.

Kali ini tempahan untuk kek anak beliau. Tema bola dengan pasukan pilihan Chelsea. Beliau menyerahkan kepada saya untuk mencurahkan apa saja kreativiti(jika ada la) pada kek ini. Bla fikir2 balik penggunaan edible mcm dah common sgt, penggunaan set pemain pun ramai yang dah buat, akhirnya saya beri fokus kepada sepakan sudut ajer la...corner kick ini saja saya buat untuk mencipta sedikit kelainan. Dikeliling kek saya tampal logo Chelsea supaya aura Chelsea tu bergabung dgn tema bola ini.

Anda ada komen atau idea pada kek ini? Boleh la tulis ruangan komen di bawah untuk kita suka2 bercerita ttg kek ini.....

Kepada tuan punya kek , Puan Armee..tq atas sokongan berterusan dengan kek2 saya...


 


Tuesday, December 22, 2009

Rona Ungu Menghiasi Majlis

Tempahan kek hantaran dari Kafe D'Sore Sek 7 Shah Alam.
Ini saya panggil kek selimut..sbb atas bdan kek ada selimut!
Dalam rona purple kek ini berbentuk segiempat dengan ukuran 8inc.
Dihiasi dengan bunga ros dan taburan manik dihiasi keliling kek.
Berat kek ini 2kg++.
Harga RM 180 sahaja.
Tq Puan Rozita di atas order ini.










Thursday, December 17, 2009

Meredup Kasih

Surya sangat risau jika saya tidak dapat mengambil tempahan beliau.Walaupun untuk tempahan ini saya tidak dapat membuat delivery, Surya sanggup datang untuk mengambil cake perkahwinan 2 tingkatnya dan 16 biji cupcake hantaran.

Surya turut menempah kotak istimewa untuk cupcake ini. Kotak dari kertas bermutu tinggi dihiasi dengan bunga bungaan yg cantik dipandang seirama dengan pengantin yang manis dipinang....Kepada yang berminat menempah cupcake beserta dengan kotak boleh email kepada saya...Jom jamu mata dengan cupcake surya..warna hijau yang begitu damai dan redup memandangnya...

p/s: fast sale cupcake telah dijual kepada .Maaf saya terlupa nama yang membeli...anyway tq.


Wednesday, December 16, 2009

Fast Sale Cupcakes Ben 10

Kepada yang berminat untuk mendapatkan 10 biji Cupcakes dengan harga murah.
Details:
10 biji Cupcakes perisa Choc Moist
(7 biji gambar Ben 10, 3 biji deco with buttercream )

Normal Price : RM27
Fast Sale price: RM 20 sahaja

Self pickup di Seksyen U11 Taman Bukit Bandaraya Shah Alam
(Near sek 8 dan Taman Pertanian Bukit Cherakah)

Berminat hubungi:
0162210039
0126336793
0355115848

Thursday, December 10, 2009

Ria Si Kecil

Anak-anak kecil begitu gembira bila karakter kegemaran mereka menjadi kenangan di hari lahir. Dua kartun dibawah antara yang sgt diminati si gadis kecil. Watak comel Hello Kitty menjadi pilihan Latifah dari KL. Ini merupakan tempahan ketiga beliau dari Dill Cakes. 50 biji Cupcakes untuk dihadiahkan kepada rakan indianya yang menyambut hari lahir anak kecil yg comel.
Kartun Princess pula menjadi pilihan Nila dari Cheras. Nila sebenarnya mengandung dan mengidam makan cupcake with fresh cream topping. Biasanya saya menggunakan buttercream untuk topping cupcake..tapi disebabkan melayan karenah ibu mengandung ini, saya turutkan permintaannya untuk menggunakan fresh cream.

Kepada Latifah dan Nila..terimakasih atas tempahan

Tuesday, December 8, 2009

Bahagia Dirisik

Cuppies ini di order oleh Intan dari PharmaNiaga. Ianya adalah sebagai tanda hati kepada rombongan merisik beliau untuk dijadikan permaisuri hati..amboii seronoknya diri dirisik. Intan minta buatkan simple cupcakes sahaja...Untuk majlis bertunang atau kahwin nanti baru grand! Kepada Intan semoga jodoh berpanjangan.Teringat lagu Syarifah Aini " Hati ku dicuri lagi"

Thursday, December 3, 2009

Romantis Jiwa

3 tiers stack wedding cake ini ditempah oleh Puan Raha dari Vila Pengantin. Majlis yang berlangsung di Dewan Banquet UPM penuh dengan rasa romantis. Terima kasih Puan Raha atas tempahan kek ini.

Notes: Year End Sale Cheese Cake untuk semua pelanggan. Dapatkan harga cheese kek dengan diskaun hebat. Maklumat lanjut lihat disini.


Wednesday, December 2, 2009

Year End Sale 2009: Cheese Cake

Pesta Makan Cheese Cake kembali lagi.
Sempena Year End Sale dan musim cuti sekolah ini dapatkan harga hebat untuk pembelian cheese cake dari Dill Cakes sepanjang December 2009.

Saiz :10inc
Berat :2kg++
Normal Price : RM 83.00
Harga diskaun Y.E.S : RM70.00


Dapatkan cheese cake yang lazat dengan pelbagai rasa dari Dill Cakes.
Dibuat dari solid cheese dan menggunakan bahan2 yang bermutu tinggi .
Pelbagai perisa seperti carrot cheese  cake, marble cheese,blueberrycheese ,plain cheese dan sbgnya.
Insyaallah tidak mengecewakan. Tawaran berakhir 31 December 2009.