Monday, May 25, 2009

XXL Size

Salam
Ini antara kek yang besar yg ditempah pelanggan.
berat hampir 7 kilo dengan size 18"x9", 20"x10"

Kek ditempah oleh Taski Integrasi Al Muslim Sek 8 Shah Alam sempenan sambutan Hari Ibu dan Hari Guru.



Kek ini untuk PALAPES UITM. Ditempah Oleh Cafe D'Sore Sek 7 Shah Alam.


Kek ini juga ditempah oleh Cafe D'Sore Sek 7 Shah Alam.
Kek untuk satu majlis perkahwinan.

Tuesday, May 19, 2009

He was so surprised!

Salam untuk semua.
Banyak email/sms/ dan panggilan telefon saya terima bertanyakan sama ada saya ada buat delivery atau tidak.
Jawapan:
Yes....saya buat.Bayaran dikenakan bergantung pada lokasi tempat.Tetapi ada ketikanya saya tidak sempat membuat delivery kerana begitu bz.Oleh itu kepada sesiapa yang menempah kek dan memerlukan penghantaran sila maklumkan kepada saya tarikh dan lokasi. Jika bersetuju dengan harga dikenakan insyaallah saya akan membuat delivery.

Entry kali ini adalah paparan tempahan Puan Shaliza. Beliau menempah 1 set cupcake sempena hari guru untuk anaknya membawa kesekolah.Selain itu beliau juga menempah satu set cupcake dengan tema Arsenal sempena Birthday husband beliau. Untuk CC Hari Guru Puan Shaliza datang sendiri ke Shah Alam untuk mengambil cupcake ini.CC birthday husband pula saya membuat special delivery ke ofis husband beliau di Klang!Puan Shaliza turut meminta saya menghantar sekali kad birthday untuk suami tersayang.
SMS dari Puan Shaliza meleraikan kepenatan saya hari ini.
My husband received the cupcakes.He was so surprised and told me that the cc was nicely done.Thank You very much.
Shaliza

Thanks a lot

1 set 25pcs cupcake hari guru.



Cupcake untuk husband Shaliza dengan imej Arsenal.

Saturday, May 16, 2009

Watak comel meriangkan

Seperti biasa bila tibanya hari lahir anak2, ibulah paling sibuk menyediakan persiapan untuk sambutan hari lahir.Pilihan cake atau cupcake seperti benda wajib yang ada!
Dengan pelbagai pilihan design yang ada pada hari, ibu bapa boleh bertanya selera sendiri apakah yang terbaik untuk anak anda..selebihnya serahkan kepada pembuat2 kek yang ada dimerata Malaysia ini untuk merealisasikannya..

Antara pilihan yang selalu dibuat ialah kek Mickey Mouse dan watak kartun Dora....

Monday, May 11, 2009

Sama Tapi Tak Serupa

2 kek dengan perasa yang sama, warna yang sama dan pilihan gambar yang sama.Yang berbeza cuma kek kedua ada fesh strawberry.Tahun ini gambar Princess menjadi pilihan disukai ramai oleh customer saya untuk anak perempuan mereka. Ada sesetenghnya boleh didapati dengan mudah dikedai kek. Dan ada sesetengahnya perlu ditempah. Princess di bawah perlu ditempah !

Jiran Saya Ogy di Bukit Bandaraya order kek dengan pilihan gmbr princess. Berat kek 2.4kg! Arisa dah 6 tahun.


Kek ini pula ditempah oleh Safbrina dari Sek 10 Shah Alam.Sama dengan kek Ogy cuma ditambah dengan fresh strawberry. Khaleeda dah 3 tahun.Berat Kek 2.7 kg

Thursday, May 7, 2009

Merahnya Cherry...




Apa berlaku kalau kek blackforest tanpa cherry?
jarang saya melihat kek blackforest tanpa cherry yang merah.....
Meraikan hari lahir 3 beradik dengan sebiji kek saiz 10 inci dan berat 2.4 kg.
Harga??? M 65 sahaja....
Untuk Junita SIRIM Shah Alam..tq atas order..kek ini dibawa jauh ke Negeri Sembilan..

Sunday, May 3, 2009

Thousand Apologies

Saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada Yanti dari Banting yang melangsungkan perkahwinannya pada 2 Mei 2009. Ini kerana akibat salah faham komunikasi, saya tidak membuat tempahan cupcake hantaran perkahwinan beliau. Yanti email saya dan membuat tempahan kek perkahwinan 2 tingkat dan 1 set cupcake hantaran. Kek perkahwinan 2 tingkat mmg telah confirm dari awal. cuma cupcake tidak diconfirmkan kerana Yanti masih memilih design yang sesuai pilihannya.Mungkin kerana kelemahan saya gagal untuk mengesahkan order ini (atau saya tidak perasan email beliau???).Saya cuba check dalam inbox mana tau saya terlepas pandang email beliau tapi saya gagal mengesan email pengesahan order cupcake ini.Kasihan Yanti terpaksa membeli kek hantaran segera di kedai untuk menggantikan cupcake hantaran tersebut.....Disebabkan Yanti datang pada hari kahwin beliau saya tidak sempat untuk membuat set hantaran tersebut.Kalau Yanti datang hari sebelumnya insyaallah sedaya mungkin saya akan membuat set cupcake hantaran itu... Walau apa pun kepada Yanti Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia hingga ke akhir Hayat...

Jom tgk antara tempahan perkahwinan hujung April. Maaf ada gambar yang lupa saya ambil(termasuk kek kahwin 2 tkt Yanti). Disebabkan terlalu bz menyiapkan tempahan saya hanya sempat snap sedikit sahaja hasil kerja saya...:-(


Kek ini ditempah oleh Hanis dari Sek 4 Shah Alam. dengan tema kuning,
kek ini berlainan perisa.
choc moist, choc blueberry dan carrot walnut jadi pilihan.
Hanis turut menempah satu set cupcake hantaran(gmbr saya lupa snap).


Kek hantaran perkahwinan Liza dari Kota Damansara. Dihiasi dengan gambar beliau dan suami sewaktu kecil.Saya tambah nilai romantik dalam kek ini dengan meletak taburan bunga dikeliling kek.Comel mereka berdua masa kecil.Kek saiz 9'.Disebabkan Liza ni customer lama saya, saya bagi special price untuk beliau.



Kek bentuk love dengan size 9' di tempah oleh Suhaila


cupcake comel untuk hantarn.Tempahan dari Jun Selayang. This is second time Jun order cupcake hantaran.Kali ini untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinan


Wedding kek 3tiers fondant dari Batrisyia Mutiara Catering
Ini adalah antara sebahagian kek yang ditempah beliau. Warna merah putih mejadi pilihan. Saya tidak tidur malam menyiapkan 6 set kek 3 tingkat beliau.Thanks a lot . Seperti biasa saya memberi special price untuk beliau!