Tuesday, July 29, 2008

Different Shape!

Pernah tgk kek black forest dalam bentuk square?
Sata tak pernah tgk dikedai..tak tau la kalau ada yang pernah tgk dan pernah buat....Cumanya baru2 ini saya mendapat order dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat kek Black Forest dalam bentuk square,Rasa tercabar juga sbb biasa black forest dalam bentuk bulat..so saya berkira2 macam mana la nak letak buah ceri tu....Dan inilah hasilnya....


Ini pula Dora dan Elmo..hasil lukisan tangan dari saya.Secara jujurnya saya ni tak la pandai melukis...harap2 hasilnya memuaskan hati ......Kek Choc moist..Atasnya saya sapu sikit Fresh cream di atas kek supaya senang untuk dilukis

Sunday, July 20, 2008

Mcm2 gambar

Powerpuffgirl,Princess dan Mickey Mouse.Ketiga2 kartun ni saya pernah tgk kartun Mickey sahaja..Yang lain2 saya tak pernah tgk.Tapi saya terima banyak order untuk kek dengan gambar Princess dan PowerPuff Girl....Glamour agaknya siri kartun ni.Ada masa saya nak tgk jugak kartun ni..Best sgt ke sapa kanak2 gila sangat dengan karakter ni....Sebelum tu moh tgk kek2 saya dulu




Yang ini memang team peberet saya....

Sunday, July 13, 2008

Happy Birthday Nadia Sofea


Salam
Kek dibawah adalah tempahan dari Syahiriah dari Sri Hartamas.
Syahiriah merupakan pelanggan setia saya. Banyak kek yang telah diorder dari saya.:-)
Tqvm kerana menaruh kepercayaan pada saya. Kek di bawah adalah Blueberry Cheese.Atas permintaan Syahiriah saya hias dengan strawberry segar dari Cold Storage dan hiasan dari fresh cream. Gambar adalah birthday girl Nadia Sofea.Keluarga Syahiriah ni saya rasa mmg suka cheese kek sbb banyak order adalah cheese kek!

Saturday, July 5, 2008

My Specially Homemade Fruits Cake

Salam hujung minggu....Tq kepada semua pengunjung fp dan blog saya...Sokongan semua amat saya hargai.Ada yang tidak percaya saya adalah lelaki..ada juga yang menyangka Dill adalah singkatan untuk nama Fadzilah... :-D .Untuk makluman semua saya adalah baker lelaki yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan....... ;-) .Gambar2 dalam blog ini semuanya saya yang buat...Isteri saya tidak pandai langsung buat kek.... 8-)

Ok..entry kali ini adalah fruits cake!!Kepada yang mungkin tercari2 door gift yang simple,enak,murah dan senang dijaga(without cream2)..boleh la mencuba fruits cake dari Dill Cakes .Fruits Cake kami lembut dan kaya dengan buah-buahan. Tiada bahan anti kulat, tiada preservative dan specially home made.Kek ini dibakar dan tahan hampir sebulan! Sesuai sebagai Door Gift untuk sebarang majlis perkahwinan,cukur jambul,aqiqah dsb......dengan menggunakan bekas gold,pastinya door gift ini tampak mewah. Pemilihan deco bekas bergantung kepada kehendak serta budget customer.....Jom lihat door gift majlis perkahwinan Wahida.....Untuk Aidilfitri akan datang juga kami akan membuat jualan fruits cakes.Penghantaran ke seluruh negara.

Special Box for fruits cake.Warna gold dan silver..


Cake yang telah dipotong dan dimasukkan dalam kotak


Fruits cake yang baru masak dan telah dipotong.