Wednesday, May 28, 2008

Selamat Berbahagia Hingga ke Akhir Hayat

Semua kek di bawah ditempah oleh pelanggan yang sama pada tarikh yang sama.
Ini adalah kek hantaran dari pengantin perempuan kepada pihak lelaki.Memilih tema klasik lihat la comelnya pengantin dizaman kanak2nya...


Ini pula hantaran dari lelaki kepada pihak perempuan.Punya la klasik gambar ini hingga kertasnya juga sudah agak kekuningan.tapi saya suka gambar ini...benar2 mengingatkan kita kehidupan masa lampau :-)


Ini pula antara cupcakes yang ditempah pengantin perempuan. Cupcakes ini adalah untuk diberi kepada penghuni rumah anak yatim..Just a simple cuppies...


Kek perkahwinan 3 tingkat dengan tema light purple.Design oleh pengantin sendiri.
Pilihan flavour seperti permintaan pengantin selepas mengambil kira taste rakan taulan dan saudara mara!:-)
12' : Butter Cake
10' : Carrot Cake
8' : Cheese cake

Saturday, May 24, 2008

Hey Chocolate lover....

Chocolate lover....
Apa lagi...Antara kek Choc Moist terkini dengan berbagai design
seperti yang ditempah oleh customer...rasanya pasti berbeza dengan kek choc dalam pasaran..resepi yang sihat dengan mengurangkan penggunaan telur dan gula serta tiada butter@margerin digunakan.....Khasiat minyak jagung terkandung dalam kek ini..
Antara kek Dill cakes yang paling laris.....





Monday, May 19, 2008

Nilai Sebuah Kasih Sayang

Bulan Mei antara Bulan yang agak sibuk.Ramai mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga .Banyak juga tempahan kek hantaran dan kek perkahwinan yang saya terima. Terimakasih kepada semua customer yang menghargai hasil kerja saya. Juga terima kasih kepada customer yg membantu mempromosi hasil kerja tangan saya ini kepada rakan2 serta saudara mara. Semoga Allah mebalas setiap kebaikan yang dibuat itu.
Entry kali ini saya sertakan beberapa tempahan baru2 ini.Walaupun tajuk saya NILAI SEBUAH KASIH SAYANG, namun saya percaya kek saya tidak mampu memberi nilai sebenar kepada kasih sayang...

Kek dari Fairos untuk suami.Kek ini adalah kejutan untuk husband beliau.Untuk tidak menghampakan Fairos saya sanggup membuat penghantaran hingga ke Pelabuhan Kelang untuk memastikan Fairos dan suami gembira......


Kek dari Nooriah dan Khasif untuk kakak tersayang.Kek ini lambang rasa gembira atas perkahwinan Kak Pah...


Zie sengaja nak beri kejutan kepada suami atas bday suaminya Syam ke 31.Gambar perkahwinan mereka.Bagai pinang dibelah dua Z dan Syam ni.Kek ini juga sempena Ulangtahun perkahwinan ke 2 mereka.Untuk Syam dan Z,semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....

Monday, May 12, 2008

Biar jasad berpisah..Kasih tetap subur dihati



Sebahagian dari Brownies yang siap dibungkus...untuk dipos

Salam,
Alhamdulillah banyak tempahan brownies saya terima sempena hari ibu ini.Untuk makluman semua promosi masih berjalan sepanjang Mi ini.Kalau ada yang nak tempah lagi silakan.
Saya begitu tertarik dengan tempahan dari Fadzilah(Damansara Utama) Beliau menempah 3biji brownies untuk diberi kepada ibunya.Rasanya tak perlulah saya menceritakan dengan panjang lebar bagaimana Fadzilah ada sehingga 3 ibu...dan kenapa ketiga2 ibu beliau amat istimewa baginya...Saya pun tak pernah bertanya..dan Fadzilah pun tak pernah bercerita..tetapi kata2 indah di kad ini merungkaikan segala persoalan di hati saya....

Kad yang -no.1

Assalammualaikum…buat Emak tersayang,
Sawiyah bt Kassim…..

Mak terima kasih kerana sudi angggap iela sebagai anak mak dah 8tahun iela mengenali mak. Emak cukup baik dgn keluarga iela…….
Iela harap kasih dan sayang mak pada iela dan aiman hingga ke akhir hayat kami berdua mak… walaupun waktu menghambat kita tetapi kasih sayang iela pada mak sama seperti adanya anak mak dulu…..arwah ridzuan….
Terima kasih emak dulu sudi terima iela sebagai menantu….. terima kasih kerana sudi jaga anak iela masa mak iela sakit…… terima kasih juga kerana mak sudi memdoakan iela dgn mahathir bertemu jodoh sebagai suami isteri…
Hadir mak bagai cahaya yang menerangi alam..hidup iela yg kelam dan gelap satu ketika dulu…. Iela hampir’ putus asa dengan hidup…..
Untuk kesekian kalinya terimalah kasih dan sayang iela, mahathir & aiman yg tak seberapa ini mak sebagai hadiah yang tiada nilai diatas muka bumi ini. Kami bertiga sayang pada emak…..


Yang ikhlas anakmu,
Mahathir, iela & aiman
Salam sayang penuh kerinduan……



Kad yg ke-2,

Assalammualaiku…buat Emak tersayang,
Hajah Gemalawati bt Hj Awang Teh…..

Salam sayang dari iela dan keluarga buat mak……..yang dikasihi
Mak terima kasih kerana sudi terima iela untuk menjadi sebahagian dari ahli keluarga emak…..
Emak terima kasih yang tak terhingga dari iela..Emak insyaAllah iela berjanji dengan mak iela akan jaga anak mak sebagaimana mak jaga anak emak…..iela akan beri yang kasih sayang yang ikhlas buat anak emak…..hingga akhir hayat iela.Emak andainya ada iela melukakan hati dan perasaan emak iela mintak ampun dan maaf dari ujung rambut sehingga ujung kaki mak. Untuk kesekian kalinya terimalah kasih dan sayang iela & aiman yg tak seberapa ini mak sebagai hadiah yang tiada nilai diatas muka bumi ini. Kami bertiga sayang pada emak…..

Yang ikhlas anakmu,
Mahathir, iela & aiman
Salam sayang penuh kerinduan...


Kad Ke 3
and last sekali tak tulis mak saya tak reti baca...

Tuesday, May 6, 2008

Meraikan hari bahagia

Tahniah Pada Kak Noni USJ kerana menerima menantu sulung....
nampak ceria sungguh Kak Noni jadi mak mertua(sementelah Kak Noni mmg seorang yg sangat ceria)Kek Choc dengan gaya serba light purple....


Juga tq pada Syahiriah atas tempahan kek perkahwinan dengan tema cream + Brown...Majlis yang diadakan di Dewan Wisma Sejarah Jalan Tun Razak(Sebelah Hotel Putra).Kepada yang berminat untuk menghadiri Kursus Kahwin sila hubungi Syahiriah
syahriah@lppkn.gov.my


Last minute order from Arnina.Cuppies untuk majlis Aqiqah anak sedara beliau

Saturday, May 3, 2008

Pinknya kek ini

Salam.
Tugasan dari Sheik dan Lia untk bday puteri sulung mereka.Yg bestnya si ayah(sheik) la yg nampak beria2 dengan tempahan ini.2 biji kek(satu untuk dibawa ke tadika satu lagi majlis dirumah.Tema'PINKNYA KEK INI'.Sheik minta dibuatkan kek berwarna pink sepenhnya.tak mau langsung ada palitan warna lain selain pink.Pesannya'Biar bila org tgk kek ini,terus berkata PINKNYA KEK INI.Disebabkan choc kek bukan peberet keluarga ini,maka pilihan kek adalah vanilla dan strawberry.Taksubnya Sheik dan anaknya dengan karakter kartun Barbie dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan edible khas karakter terbaru Barbie(saya pun tak ingat namanya).Happy Birthday Ayesha ke 5..