Monday, May 19, 2008

Nilai Sebuah Kasih Sayang

Bulan Mei antara Bulan yang agak sibuk.Ramai mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga .Banyak juga tempahan kek hantaran dan kek perkahwinan yang saya terima. Terimakasih kepada semua customer yang menghargai hasil kerja saya. Juga terima kasih kepada customer yg membantu mempromosi hasil kerja tangan saya ini kepada rakan2 serta saudara mara. Semoga Allah mebalas setiap kebaikan yang dibuat itu.
Entry kali ini saya sertakan beberapa tempahan baru2 ini.Walaupun tajuk saya NILAI SEBUAH KASIH SAYANG, namun saya percaya kek saya tidak mampu memberi nilai sebenar kepada kasih sayang...

Kek dari Fairos untuk suami.Kek ini adalah kejutan untuk husband beliau.Untuk tidak menghampakan Fairos saya sanggup membuat penghantaran hingga ke Pelabuhan Kelang untuk memastikan Fairos dan suami gembira......


Kek dari Nooriah dan Khasif untuk kakak tersayang.Kek ini lambang rasa gembira atas perkahwinan Kak Pah...


Zie sengaja nak beri kejutan kepada suami atas bday suaminya Syam ke 31.Gambar perkahwinan mereka.Bagai pinang dibelah dua Z dan Syam ni.Kek ini juga sempena Ulangtahun perkahwinan ke 2 mereka.Untuk Syam dan Z,semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....

No comments: