Monday, May 12, 2008
Biar jasad berpisah..Kasih tetap subur dihati
Sebahagian dari Brownies yang siap dibungkus...untuk dipos
Salam,
Alhamdulillah banyak tempahan brownies saya terima sempena hari ibu ini.Untuk makluman semua promosi masih berjalan sepanjang Mi ini.Kalau ada yang nak tempah lagi silakan.
Saya begitu tertarik dengan tempahan dari Fadzilah(Damansara Utama) Beliau menempah 3biji brownies untuk diberi kepada ibunya.Rasanya tak perlulah saya menceritakan dengan panjang lebar bagaimana Fadzilah ada sehingga 3 ibu...dan kenapa ketiga2 ibu beliau amat istimewa baginya...Saya pun tak pernah bertanya..dan Fadzilah pun tak pernah bercerita..tetapi kata2 indah di kad ini merungkaikan segala persoalan di hati saya....
Kad yang -no.1
Assalammualaikum…buat Emak tersayang,
Sawiyah bt Kassim…..
Mak terima kasih kerana sudi angggap iela sebagai anak mak dah 8tahun iela mengenali mak. Emak cukup baik dgn keluarga iela…….
Iela harap kasih dan sayang mak pada iela dan aiman hingga ke akhir hayat kami berdua mak… walaupun waktu menghambat kita tetapi kasih sayang iela pada mak sama seperti adanya anak mak dulu…..arwah ridzuan….
Terima kasih emak dulu sudi terima iela sebagai menantu….. terima kasih kerana sudi jaga anak iela masa mak iela sakit…… terima kasih juga kerana mak sudi memdoakan iela dgn mahathir bertemu jodoh sebagai suami isteri…
Hadir mak bagai cahaya yang menerangi alam..hidup iela yg kelam dan gelap satu ketika dulu…. Iela hampir’ putus asa dengan hidup…..
Untuk kesekian kalinya terimalah kasih dan sayang iela, mahathir & aiman yg tak seberapa ini mak sebagai hadiah yang tiada nilai diatas muka bumi ini. Kami bertiga sayang pada emak…..
Yang ikhlas anakmu,
Mahathir, iela & aiman
Salam sayang penuh kerinduan……
Kad yg ke-2,
Assalammualaiku…buat Emak tersayang,
Hajah Gemalawati bt Hj Awang Teh…..
Salam sayang dari iela dan keluarga buat mak……..yang dikasihi
Mak terima kasih kerana sudi terima iela untuk menjadi sebahagian dari ahli keluarga emak…..
Emak terima kasih yang tak terhingga dari iela..Emak insyaAllah iela berjanji dengan mak iela akan jaga anak mak sebagaimana mak jaga anak emak…..iela akan beri yang kasih sayang yang ikhlas buat anak emak…..hingga akhir hayat iela.Emak andainya ada iela melukakan hati dan perasaan emak iela mintak ampun dan maaf dari ujung rambut sehingga ujung kaki mak. Untuk kesekian kalinya terimalah kasih dan sayang iela & aiman yg tak seberapa ini mak sebagai hadiah yang tiada nilai diatas muka bumi ini. Kami bertiga sayang pada emak…..
Yang ikhlas anakmu,
Mahathir, iela & aiman
Salam sayang penuh kerinduan...
Kad Ke 3
and last sekali tak tulis mak saya tak reti baca...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment