Showing posts with label Corporate Order. Show all posts
Showing posts with label Corporate Order. Show all posts

Friday, March 21, 2014

35 Years Strong LHDN

Sempena 35 tahun servis di Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Tahniah Tan Sri Dr Shukor CEO LHDN.Kek dalam bentuk kot,kemeja,tie,nametag.
Tq atas tempahan.
Kek butter vanilla dan choc moist
Size 12 inc dan 9 inc











Thursday, August 29, 2013

My Rainbow CAke

Tempahan sempena sambutan hari raya dari Ram Holdings Sdn Bhd dari Mid Valley City. Rainbow kek 4kg++. Tq atas tempahan. Dengar cerita begitu meriah sambutan hari raya company ini dengan tema Middle East Theme. Mujur sempat snap gambar sebelum kek habis dimakan.Thanks Intan!

Sunday, September 16, 2012

35 kg lah

Apabila mendapat job yang sukar, tambah2 last minute punya order kadang-kadang saya berfikir banyak kali untuk menerima. Pertamanya masa mungkin tidak mencukupi. Keduanya mungkin bahan yang diperlukan tidak sempat untuk dicari. dan ketiganya sesuatu yang sukar tanpa ada pengalaman tidak mudah untuk membuatnya. Tapi panggilan telefon kurang 15 jam dari tarikh untuk menyiapkan kek ini membuatkan saya menerima tanpa berfikir panjang. Pertamanya inilah peluang yang ada untuk saya membuktikan saya mampu untuk membuat kek walau sebesar mana pun. Saya juga tanpa berfikir panjang menerima kerana pemanggil merayu saya menerima kerana baker yang sebelum ini menerima tempahan ini membatalkan tempahan sehari sebelum majlis ini kerana tidak bersedia dengan tempahan kek besar ini. Pertama yang dibuat ialah membakar kek. Kemudian kek ini memerlukan saya menggergaji plywood kerana board kek untuk size ini tidak dijual dimana-mana. (setahu saya). Selepas itu saya perlu membalut kek dengan kertas board itu(mujur ada stok dirumah). Sementara menunggu kek sejuk saya memutar fresh cream serta menyiapkan bahan2 untuk hiasan kek termasuk edible image. (mujurla saya ada printer untuk edible image ini.)

Tengah2 malam menggergaji plywood

Huhhh hampir tak muat masuk kereta. Seat belakang terpaksa dibaringkan. Kalau tak muat juga mujur saya ada van, Tak perlu risau

Kek dengan lambang bendera Malaysia, UKM dan serangkap pantun

Majlis berlangsung di Dewan Canselor DECTAR UKM Terimakasih kepada yang menempah. Alhamdulillah segalanya berjalan baik. Saay memecah rekod membuat kek besar (1 biji) dengan berat 35Kg( paling berat saya pernah buat sebelum ini 28 kg)

Tuesday, June 5, 2012

Selamat Hari Ibu

Tq Unisel atas tempahan ini. Majlis berlangsung di Concorde Hotel Shah Alam dan dipotong oleh isteri YB Dato Menteri Besar Selangor



Sunday, April 8, 2012

Lautan Biru Zon 3 Digit

Bersama Meneroka Lautan Biru. Zon 3 Digit! Terima kasih Bahagian Siatan Khas, Jabatan Siasatan LHDNM. Kek black forest. Tema lautan biru saya apply pada sisi kek dimana krim kebiru-biruan benggambarkan lautan sedikit tambahan siput2 dan karang untuk menambahkan unsur-unsur laut. Tq atas tempahan ini






Saturday, February 18, 2012

Brainy Bunch Islamic Montessori

Happy Menyiapkan cheese kek yang ditempah oleh Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori Shah Alam. Tq Aunty Muna for the Order..


Wednesday, September 28, 2011

Media Hiburan


Kek ini menyerikan majlis di Kumpulan Karangkraf.Tempahan dari Fuza Abas.
Kek ini dikira kek yang besar dengan saiz 20 inc x 10 inc. Berat hampir 7kg++
Edible dari http://edibleshop.blogspot.com

Sunday, September 25, 2011

Suasana HAri Raya

Tempahan Dari LHDN Cawangan Wangsa Maju sempena sambutan Majlis Aidilfitri.
Dengan tema hari raya, kek ini saiz 20 inc x 10 inc dan berat hampir 8 kg

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!


Terima kasih Cikgu Feeza dari Sek Mem Pendidikan Khas Vakasional Shah Alam atas tempahan kek besar ini!

Saturday, April 23, 2011

Istana Hinggap

Ini tak tau la kalau boleh dikatakan istana
mungkin sekadar istana hinggap.
Memenuhi tempahan kurang dari 24 jam sememangnya amat meletihkan.
Dengan idea yg kurang, masa yang terhad, material yg serba tak cukup.
Tapi saya gagahkan juga buat simple castle ini sebagai memenuhi tempahan last minute dari USIM.....
Anyway Tq atas tempahan



Saturday, April 9, 2011

Menjadi Sarapan Putrajaya

Sarapan dengan kek dari Dill Cakes?
Itulah sebahagian menu Jabatan Perdana Menteri untuk satu majlis sarapan rasmi.
Blackforest kek dalam saiz yang besar...
Sesudah subuh terus berkejar saya ke Putraya menunaikan tempahan ini..:-)



Sunday, April 3, 2011

Tribute to Roshidah Abdullah

Tempahan Korporat dari Syarikat PharmaniagaLogistic Sdn Bhd sempena farewell untuk staffnya.
Saiz kek 24 inc x 12 inc
Edible image dari kedai edible saya


Friday, March 11, 2011

Apabila Tun Mahathir memotong kek saya

Saat manis bila Perdana Menteri ke 4 negara Tun Dr Mahathir memotong kek dari Dill Cakes! Lihatla reaksi wajahnya semasa memotong kek itu...kelakar dan ceria...:-)
Tun M dijemput merasmikan persidangan Biosains yang diadakan di sebuah Hotel di Subang Jaya.

Saya gembira dengan pencapaian saya setakat ini. Sehinga kini telah 3 PM Malaysia memotong kek saya...iaitu Tun M, Pak Lah, dan Datuk Seri Najib....Andainya 3 PM yang lain masih hidup, saya juga berharap mereka berkesempatan memotong kek dari Dill Cakes..:-)

Keletihan membuat kek ini hilang apabila pihak penganjur menyatakan Tun amat menyukai kek saya...:-)

Sedang mendengar ucapan MC kot Tun ni...kusyuk ajer...

Kenapa la Tun macam geram sangat dengan kek ini...:-) kelakar wajahnya...

MAsih dengan aksi kelakarnya

Apalah agaknya yang dikatakan oleh pihak penganjur..kusyuk Tun mendengar...agaknya penganjur tgh promo kek saya dengan Tun..:-)

Tun macam tak puas ajer tengok kek saya...:-)

dan ini lah kek nya...taraannngggggggggggggg


Saturday, March 5, 2011

Meraikan Staff

Jadi satu trend syarikat menyambut hari lahir semua staff.
Bila dah ramai2 kek harus besar.
Kek dibawah untuk Syarikat KUB di Kelana Centre Point
Majlis hari jadi ini disambut beramai2...
Kek saiz 24 inc x 12 inc seberat hampir 10 kg



Saturday, July 24, 2010

Bila Perdana Menteri Malaysia memotong kek saya

Saya biasa membuat kek dalam saiz yang besar. Tetapi membuat kek yang ini membuatkan saya sedikit gementar plus teruja. Maklumlah kek untuk Pembesar No 1 negara. Konsep, pemilihan warna perlu diambil kira. Pihak penaja menyerahkan sepenuhnya kepada saya berkenaan design . Yang penting cantik dan SEDAP!

Akhirnya saya memilih design yang saya kira simple tetapi elegant. As usual imej 'semak2' bukanlah trademark kek saya.Dengan size 24 inc x 12 inc Kek Choc Blueberry ini saya warnakan dengan warna kuning air. Dihiasi dengan kuntuman bunga merah dan Edible Image dari Dill EdibleShop. Gabungan warna kuning air, merah dan biru ini saya kira sesuai untuk sebiji kek bagi sebuah majlis rasmi seperti ini.Gambar Perdana Menteri, Logo Penaja( POS Malaysia) dan bendera malaysia melatari Edibble Image ini. Terimakasih kepada adik saya Hanif kerana membuat design edible ini dengan cantik sekali.

Kek ini ditempah oleh POS Malysia melalui Felda D'Saji Catering sempena hari lahir Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Tun Razak ke 57 pada 23 Julai 2010. Majlis potong kek diadakan di Pejabat Perdana Menteri sempena perjumpaan POS Malaysia dengan PErdana Menteri.

Note: Saya gembira kek saya di potong oleh PM! :-). Gembira bila pihak penaja sangat bergembira dengan kek saya...Gembira kerana hasil kerja saya semakin dihargai dan diterima ramai...Tq pada semua yang membuat sokongan berterusan terhadap perniagaan saya ini...

Gambar ini diambil dari Berita Harian Online 23 Julai 2010

Tuesday, May 18, 2010

Bank Rakyat Meraikan Hari Guru

Ahad yang lelah!
Large order dr Bank Rakyat Damansara Utama sempena hari Guru.
20 biji cake square shape " choc moist dengan choc topping dan edible image
Sabtu malam membakar..dan sepanjang ahad memasak choc topping dan seterusnya sesi melepa kek . Mmg memenatkan. Alhamdulillah misi berjaya.
Seawal 8 pagi Isnin saya telah sampai ke Bank Rakyat DU untuk menghantar kesemua kek..
Kepada semua guru Selamat Hari Guru!

Edible image dari edibleshop