Saturday, November 29, 2008

Jumaat yang Lelah

Saya agak keletihan selepas menyiapkan 7 kek 3 tingkat sepanjang Jumaat ..Mujurla design diminta tidak rumit....Sebahagian gambar sahaja saya upload dalam blog ini...Sempena promosi kek perkahwinan sehingga 30 Dis 2008, semua kek dibawah telah diberi potongan harga 10%...Ok ttime to sleep(qada tdo...)......ZZZzzzzzZZZZZ

Sebahagian kek yang telah siap.Sebahagian belum siap...

Kuntuman ros memenuhi kek biru..kata orang biru itu cinta....Ni namanya bunga2 cinta!!


Biru cream with roses dari buttercream

Baby pink mmg sweet color...

saya suka color ini..tema cream..sesuci kasih ke jinjang pelamin..

Coklat pilihan Anna..Kek dibawa jauh hingga Sg Besar Selangor..

Thursday, November 27, 2008

Bila tauke Herbalife naik pelamin

Selamat pengantin baru Zura....
Setelah begitu lama beliau meninjau dari satu kedai kek ke satu kedai kek di alam siber ini untuk memilih sesuatu yang istimewa di hari bahagianya..akhirnya Zura memilih dill Cakes sebagai pilihan hati....Zura ni toke herbalife. Jom visit blog beliau http://herbalife4allz.blogspot.com/ Dengan tema peach orange Zura minta saya buatkan 2 tier wedding cake...Harap Zura berpuas hati....Maaf gambar tak sharp sgt..Idea deco dari gambar yg diberi oleh pengantin...


Kek sebelum sampai ke tangan pengantin.Masih dalam kotak

Zura dan pasangan. Gambar ini tak jelas sgt,perasan tak kek tu tak berwarna peach dan orange....tapi pengantin maintain ayu!


Kek 2 tingkat yang telah dipacakkan. sebenarnya kek itu dipacak dengan tiang terbalik. Tapi takde orang perasan tiang tu terbalik..hhee.hhee ..takper la...Zura kata org tak pro yang pacakkkan...asalkan selamat ok ajerr

Monday, November 24, 2008

Pujian itu semangat,teguran itu membina

Alhamdulillah sekian lama dalam bidang ini,pelbagai rakan pelanggan yang saya temui.
Ramai diantara mereka adalah customer setia saya, Tempahan berulang saya anggap sbg pelanggan setia saya. Saya jarang bertanya mengapa mereka masih setia mengorder dari saya..kerana bagi saya hak masing2 untuk mencuba pelbagai rasa dan gaya dari bakers yang berlainan ..Namun email dari seorang pelanggan baru menyejukkan jiwa dan perasaan saya...Namun begitu saya tetap mengalu-alukan teguran yg membina dari customer...teguran sangat penting supaya saya dapat membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa..

daripada: Mazlita Mohamad
Subjek: Cupcakes
Kepada: fadzilsalleh@yahoo.com
Tarikh: Isnin, 17 November, 2008, 6:28 PM

Assalamualaikum,
Saya Ita adik Kak Lin (mazlita uitm)
Saya suka dill cupcakes moist compared to other & cream pun tak manis sangat.
saya dah try 3,4 bakers.

Nak tau boleh ke buat design lain?? saya attached kan gambar kalau boleh la..
Kalau susah boleh bagi idea tak?? Birthday husband saya ahad ni..23/11
kalau available saya datang ambil atau kak lin ambil lepas pukul 3pm..

Thanks
Ita



Cupcake yang ditempah ita.Design ini adalah permintaannya....


Ini pula ditempah oleh rakan baik kami sekluarga, Azah Pensyarah di Unisel.Azah beberapa kali menangguhkan order ini ..akhirnya dapat juga.Simple design with sweet color.Happy Belated Bday to Azah

Saturday, November 22, 2008

Wajah Kesayangan Hamba

Teringat lagu Hail Amir 'Wajah Kesayangan hamba'
Sesuai dengan entry kali ini......
tempahan yang diterima dari ibu2 penyayang yang mengabadikan gambar anak mereka
diatas kek . Sangat istimewa dan pastinya menjadi episod indah ibu dan anak......

Dari Hafizah Shell KL.Anaknya menjadi Poweruff Girl


Dari Farah SUK Shah Alam,second time order dari saya....:-)The girl dikelilingi princess yang cantik2


Dari member Ogy, jiran saya di bkt Bandaraya...Ramai sungguh opismate Ogy tempah kek dari saya..thanks Ogy....

Thursday, November 20, 2008

Wedding Series

Musim cuti sek ramai yang mengambil kesempatan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.Dill Cakes turut mengadakan promosi dengan diskaun 5%-10% atas setiap tempahan perkahwinan/pertunangan . Promosi hingga 31 Dis 2008

2 kek 3 tier di bawah adalah tempahan dari toke katering Mutiara services Puan Bat.Puan Bat org yang simple dan sgt senang deal dengan beliau. Kek ini adalah untuk customer beliau. Kepada yang masih tercari-cari katering mana hendak dipilih untuk sebarang majlis, apa kata cuba mutiara services Sila lawat http://www.mutiaraservices.com



Cupcakes hantaran order dari Pn June Selayang. Untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya. Design pilihan Puan June sendiri


Simple cupcake sbg doorgift untuk 1000 tetamu.Order Puan Azah dari Seri Kembangan

Tuesday, November 11, 2008

Melayan Karenah Si teruna(part2)

Order dari Aimi lagi!. Jika minggu lepas saya diminta oleh Aimi untuk menatarias (chehhhh mcam jurusolek artis pulak) kek anak teruna nya, minggu ini saya diberi kepercayaan lagi untuk membuat kek anak teruna yang lain pula... Masih mengekalkan konsep yang sama...kek 12', kek 8' dan cupcake...kali ini tema sama tapi tak serupa. Minat kedua adik beradik ni pada kartun yang serupa iaitu Ben 10. Tapi saya diingatkan oleh Aimi anaknya tak nak gambar yg sama dengan adiknya(baca sbg pose berbeza). Kalau si adik tak suka choc, abang pula suka choc. Untuk kek 8' saya buat kek choc dengan choc topping...gambar pilihan pula adalah bola rugbi...
Untuk Aimi..thanks a lot for the orders!



Saturday, November 8, 2008

Promosi kek perkahwinan dan PA system

Musim Cuti sekolah nampaknya akan bermula.
Dill Cakes mengambil kesempatan ini mengadakan promosi harga rendah bagi semua produk perkahwinan yang ditempah dari Dill Cakes. Ini merangkumi kek kahwin,hantaran,cupcake dan doorgifts.Selain itu saya turut menyediakan PA System untuk semua majlis. Tempahan Cake membolehkan pelanggan mendapat harga PA system pada harga hebat.Promosi sah dari 15 Nov - 31 Disember 2008

Kek perkahwinan 3tier: Diskaun 10%
Kek perkahwinan 2tier : Diskaun 7%
Kek perkahwinan 1 tier : Diskaun 5%

Door Gift >1000pcs : Diskaun 10%
Door Gift 500-1000 : Diskaun 7%
Door Gift 100-500 : Diskaun 5%

Tuesday, November 4, 2008

Melayan karenah si teruna

Aimi dari SS7 Kelana Jaya sms saya minta dibuatkan kek untuk 10 org dengan gambar Ben10.Disebabkan order last minute saya minta pertimbangan Aimi jika gambar lain dipilih sbb tak pasti gambar Ben10 ada atau tidak.Aimi berjanji akan kol balik selepas berbincang dengan terunanya. Selepas berbincang Aimi msg saya menyatakan anaknya tak mahu kartun lain...dia nak BEn10 jugak..tak mo hiasan warna coklat...nak warna light sahaja....wahhhhh..ada taste jugak anak teruna ini..baru 5 tahun!

Disebabkan kehendak anak Aimi ,saya terpaksa menyelongkar satu stor mencari kot2 ada gambar Edible Ben 10...alhamdulillah..ada! mujur yg tinggal gambar agak besar so sesuai la dengan kek 12' yang akan saya buat...Aimi juga order cupppies untuk dihadiah kepada cikgu tadika....Juga sebiji kek dengan tema bola....gambar bola tu saya lukis sendiri