Sunday, December 28, 2008

Utara dan Selatan

Salam Semua

Cuppies hantaran ditempah oleh kawan Ana Flextronik Bukit Raja.Beliau telah memberi sample deco kepada saya.Kek dengan tema pink dan dihiasi 3 kuntum kecil ros putih.Beliau turut menempah bekas cupcake seperti dalam gambar di bawah.Jauh cuppies ini dibawa ke Sg Petani




Kek dibawah tempahan dari Kak Sham Seksyen 19 Shah Alam. Kek pertunangan ini untuk dihadiahkan sempena pertunangan anak kawan baiknya.Kek ini jauh dibawa ke selatan iaitu Johor Baharu
Kepada yang berminat untuk menempah sebarang jenis kek sila email saya fadzilsalleh@yahoo.com

Friday, December 26, 2008

Muzikal Kek

High School Musical!
Selma menempah kek ini utk birthday anaknya
bersesuaian dengan tema musical saya memasukkan music note dalam deco.
Warna peach menjadi pilihan saya kali ini
Thanks Selma tolong ambil gambar kek ini.....


Wednesday, December 24, 2008

Tempahan Korporat

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog saya serta pelanggan yang setia.Kepada semua yang beragama islam selamat menyambut Maal Hijrah 29 Dec ini.

Entry kali ini berkisar tempahan korporat yang saya terima dari sebuah syarikat korporat serta Kerajaan Negeri Selangor

Choc Blueberry dengan berat hampir 3kilo menjadi pilihan Jabatan Pembangunan Peserta Felcra Berhad Setapak Jaya


Ini pula order dari Jabatan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Kek ini beratnya 4 kilo Merah putih menjadi pilihan untuk Disember ini!

Monday, December 22, 2008

kek cawan penyeri majlis

Tempahan dari Myra Sek 4 Shah Alam.Walaupun last minute order saya tak mampu menolak tempahan ini memandangkan dia kawan sheik(kwn saya).Myra minta dituliskan nama anaknya Elsa dan Umar.Juga request gambar edible.Dalam stok saya cuma ada gambar Barbie dan 1 Thomas..walaupun sikit saya deco juga untuk Myra.Salam perkenalan untuk Myra


Dua cupcake dengan tema choc ini ditempah oleh IdaZiana yang melangsungkan perkahwinan di Hutan Melintang Perak.Suami pengantin bekerja di Dubai. Nampaknya jadi suami isteri jarak jauh mereka ni!



3 setcupcake dibawah ditempah oleh Kak CtRamlah dari U5Subang.Selain menempah cupcake ,kak ct juga minta saya buatkan mini muffin dan choc almond brownies...Thanks Kak Ct


Sunday, December 21, 2008

Thanks Shaliza

Memenuhi tempahan Pn Shaliza membuatkan saya sedikit bimbang. Dari email yg diberi saya merasakan Pn Shaliza seorang yang sangat mementingkan kualiti..Setiap emailnya beliau tidak lupa untuk mengingatkan saya spec yang diminta...Tetapi secara ikhlas saya harus berterima kasih kepada pelanggan seperti Puan Shaliza...Tempahan sebegini membuatkan saya lebih menumpukan perhatian kepada kemasan dan kualiti serta rasa produk.Tempahan yang diminta adalah Kek Kartun Barbie serta 25 cupcakes dengan tema pink dan purple.


dan email feedback dari Puan Shaliza meleraikan keletihan saya sepanjang minggu...:-)
Thank you very much for the lovely Princess cake you made. My daughter was really happy she had the Princess bday cake. My guests commented that the birthday cake was very pretty and the cupcakes looked lovely. Happy to say that you've got one very satisfied client :-)

Wednesday, December 17, 2008

dari Shah Alam ke Gombak,Klang dan singgah di JB

Cetusan idea customer serta inspirasi dari sentuhan kak mis.

Laila dari Gombak dengan kek tema pink

Yani membawa kek hijau nya ke JB

Azlina dari Klang dengan kek 2 tier untuk adik tersayang

Monday, December 15, 2008

Happy Birthday Zahraa

Begitu excited ibu muda (amylia ) dalam membuat persiapan birthday pertama anaknya.Kek no 1 menjadi pilihan.Warna light purple sebagai tema kek. Juga 250 cupcakes dengan tema biru muda.Kek ini dihantar jauh ke Greenwood Gombak.Kepada Amylia thanks a lot atas tempahan ini. Ini bukan pertama kali tempahan dengan Dill Cakes. Sebelum ini pun Amy pernah order dari saya.Semoga kek dan Cupcake ini menceriakan majlis harijadi Rania Zahraa.....



Saturday, December 13, 2008

Kasihnya kakak

Saya berkesempatan berurusniaga dengan dua orang kakak yang masih muda yang berusaha keras memastikan hari bahagia adik mereka seindah yang diimpikan.Laila Ashikin dari Taman Harmonis Gombak dan Azlina dari Taman Seri Andalas Klang begitu gembira dalam membuat persiapan hari bahagia adik tersayang. Laila telah lama menempah cupcake di bawah. Azlina seminggu sebelum majlis. Saya cuba juga masukkan slot untuk Azlina dalam planner saya .Alhamdulillah saya berjaya menyiapakan tempahan ini.Mereka juga menempah kek hantaran dan kek kahwin. Saya akan masukkan gambar dalam entry akan datang....Semua cuppies ini mendapat diskaun dari Dill Cakes sempena promosi kek dan cupcake perkahwinan sehingga 31 Disember 2008


Tema putih pink yang ditempah Azlina



Tema Biru dan pink dari Laila

Tuesday, December 9, 2008

Gaya lama,orang baru

Saya agak teruja membuat kek ini.Agak lama memikirkan apa konsep sebaiknya untuk kek ini.Gambar hitam putih yang diberikan agak membataskan ruang karya saya dalam memainkan warna.Asalnya saya ingin menggunakan warna agak cerah..pink,orange atau merah..tapi rasa konsep gitu mcm terlalu biasa.
Akhirnya saya memilih choc ganache untuk frosting...Saya cuba mengadunkan color hitam putih supaya ianya nampak klasik.Sementelah tuan punya gambar pun sgt ayu,so saya rasa sentuhan klasik amat sesuai untuk kek ini.Ditambah dengan strawberry segar untuk menampakkan kesan romantika....Kek ini dihadiahkan oleh pasangan suami isteri Emma dan Mie untuk adik mereka seorang pramugari....
Saiz kek: 9'
kek : Choc Moist
Topping : Choc
Berat : 2kg++



Friday, December 5, 2008

Kek itu kasih sayang

Kek itu kasih sayang...
memang betul ungkapan di atas..kerana kek biasa nya adalah untuk meraikan apa juga hari yang dianggap bahagia...
dan ia diraikan untuk orang tersayang dalam apa sahaja bentuk majlis...
Kek2 dibawah adalah untuk org tersayang..dari ibu pada anak...dari mama dan anak kepada abah..dan dari makcik kepada anak saudara tersayang....
Kalau kek saya boleh buat orang bahagia...maka saya turut bahagia.....:-)
Untuk makluman,semua kek dibawah menggunakan fresh cream untuk frosting......

Kek dari Yah, syakir dan Syamil untuk abah tersayang Baharin. Mereka sekeluarga tinggal di Puchong Perdana



Kek dari Linda Bank Rakyat Damansara Utamauntuk anak tersayang Kusya...


Kek dari Ros yang tinggal di Nilai untuk anak saudara kembarnya (gambar Ben 10) serta anak saudara perempuannya(gambar princess). Kek ini dibawa jauh ke Taiping...



Kek dari Rozi Bank Islam Shah Alam. Gambar mickey jadi pilihan

Tuesday, December 2, 2008

Merpati dua sejoli

Imah n Azmi .
Merpati dua sejoli ini keduanya dari Perak.
Meraikan hari bahagia dengan tema hijau.
Untuk majlis ini Dill Cakes menyediakan doorgift,wedding cake+cupcakes dan juga cupcake hantaram....Jom tengokkk

Ini adalah antara doorgift yang ditawarkan oleh Dill Cakes. Fruits cake yang lazat dimasukkan dalam kotak gold dan dihias dengan riben. Sangat sesuai untuk sebarang majlis. Mudah dijaga dan tahan lama. Sehingga 31 Dis diskaun 10%


Kotak diserikan dengan riben yang comel


Pengantin berseri2 meraikan hari bahagia...


2 tier cake n cupcakes
tema hijau, cupcake banana dan choc. Kek choc fondant..Simple but i hope sweet!



Ini adalah cupcake hantaran. butter cake dan dihias dengan gumpaste flower..gambar kurang jelas..rushing kejar waktu tak sempat snap cantik2...



Kepada pasangan pengantin kami ucapkan selamat Pengantin Baru, Semoga bahagia hingga akhir hayat...