Friday, December 31, 2010

Kasihnya Isteri

Terharu saya menerima tempahan ini. Dari jauh di utara Puan Siti HAwa menempah carrot cake untuk suami tersayang yang sedang berkursus di Quality Hotel Shah Alam. Saya teruja membuat kek ini kerana Puan Siti sangat excited mahu memberi kejutan kepada suami.......Kek ini sebagai tanda betapa dalamnya kasih isteri kepada suami

Bila saya membuat delivery kek , Suami Puan Siti begitu terkejut.Agaknya tak menyangka isteri jauh dimata sanggup menempah kek secara online semata2 untuk meraikan hari lahir suami. Dan kawan2 suami beliau yang sama kursus begitu sporting dengan menyanyikan lagu Happy Birthday untuknya.....
KAsih sayang itu ada dimana2..sama ada kita mahu menunjukkannya atau tidak sahaja...:-)

Kek baru sampai hotel. Suami Puan Siti yang berjanggut itu. Member2 semua sporting

Friday, December 24, 2010

Bakal Menantu

Cupcake hantaran ditempah oleh Puan Rohani Hamzah untuk majlis pertunangan anaknya.
Agak kelam kabut pagi tadi sampai saya lupa untuk snap gambar..
Pakai Hp sahaja dan cupcake dalam kotak.
Nampak gambar agak gelap...:-(((((

Anyway untuk Puan Rohani Selamat Mendapat Bakal Menantu...
semoga majlis berjalan dengan lancar


Saturday, December 18, 2010

Persandingan Penuh Gaya

Persandingan penuh gaya di Felda villa
Dengan tema persandingan dalam taman....
Pelamin dihiasi indah......
Renyai hujan di petang hari menyejukkan suasana majlis persandingan ini yang di adakan di malam hari....
Kepada Natasha dan pasangan Selamat Pengantin Baru.
Semoga bahagia hingga akhir hayat....

Psssttt: Berat kek ini hampir 14 kg!



Wednesday, December 15, 2010

Bila jodoh tiba

Kek ini menghiasi majlis perkahwinan pasangan pengantin dari Klang
Berat kek hampir 10 kg
Dengan tema purple putih
Kepada pengantin semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Wednesday, December 8, 2010

Puteri bergaya

Tq salina atas order kek Barbie ini
Tema putih pink..
Semoga beliau gembira dengan kek ini


Friday, December 3, 2010

Red Box Pavillion KL

Adakalanya kerja saya ni bukan membuat kek ajer..tapi turut terlibat dalam memberi surprised kepada org lain..

Untuk ini saya diminta untuk menghantar kek ini ke Red Box Pavillion Kuala Lumpur. Dah lama tak ronda2 Kl tengah-tengah malam. Sekali sekala best juga...

Kek untuk meraikan hari lahir seseorang... Harap2 ia memberi kejutan walaupun cuma sebiji kek yang simple.....

Thursday, December 2, 2010

Dan Inilah Pemenangnya

Tahniah kepada Azli dari Bandar Sri Damansara kerana berjaya menjadi pengunjung ke 200 ribu dan seterusnya memenangi 2 tiket lunch di Menara Kl. Kepada yang telah mengunjungi blog saya diucapkan terima kasih. Sila jenguk lagi kerana banyak diskaun serta hadiah yang akan saya beri dari semasa ke semasa.

Saya sedang berkira2 untuk mengadakan Super Sale untuk pelanggan yang pernah order dari saya...
Any suggestions???


Tuesday, November 23, 2010

Pengunjung ke 200,000

Jadilah pengunjung ke 200,000 blog saya
Dapatkan 2 tiket makan tengahari di Menara KL

Cara-cara memasuki peraduan:
1. Masuk ke dalam blog Dill Cakes  http://dill-cakes.blogspot.com

2. Jika anda pengunjung ke 200,000 sila 'Copy Paste' screen shot blog Dill Cakes yang menunjukkan anda adalah pengunjung ke 200,000

3. Email kepada saya 'Copy dan Paste' screen shot tersebut bersama nama penuh dan no telefon kepada fadzilsalleh@yahoo.com . Sertakan juga blog/website (jika ada), gambar serta alamat .

4. Anda boleh memilih mana-mana tarikh untuk menjamu selera di Menara KL ( bergantung kepada kekosongan pada tarikh tersebut)

5. Tiket ini boleh dipindah milik kepada orang lain.:-) :-)

6. Hadiah tidak boleh di tukar dengan wang tunai

Tunggu apa lagiiiiiiiiiiiiiiiii

Dalam Rona Peach

Berbahagia pengantin
Dewan yang cantik...
Pelamin yang indah
Makanan yang enak....
Tetamu yang ramai dan bergembira...
Memberi makna indahnya sebuah perkahwinan
Dan ianya diserikan dengan kek perkahwinan 4 tingkat dengan tema peach putih
Perkahwinan berlangsung di Dewan Banquet UPM.
Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga akhir hayat

Friday, November 19, 2010

Photo Cake ! Photo Cake!

Sebahagian dari kek2 yang menggabungkan edible image.
Selain mementingkan kek yang cantik kami juga tidak mengabaikan rasa kek.
Diperbuat dari bahan yang halal serta tinggi kualitinya.
Jika berminat email kepada kami beserta soft copy gambar (jika mempunyai pilihan gambar sendiri)

Gambar di bawah di edit dari edibleshop saya.






Sunday, November 14, 2010

Meraikan perkongsian

Perkongsian perniagaan antara Menara Kl an Restoren Felda D'Saji
Pakej perkahwinan kayangan di Menara KL
Kepada bakal2 pengantin check it out!

Majlis perasmian kerjasama ini diserikan dengan cupcake dari Dill cakes. :-)

Friday, November 5, 2010

Ke Menara

Kek yang simple
Majlis juga simple
Tapi ditempat yag bergaya....
Majlis di Menara KL
Meraikan sesuatu
dengan teman sweet pink...
Tak tau la cukup sweet atau tak

Saturday, October 30, 2010

Secantik puteri Barbie



Tempahan dari Shazmeen.
Tema Barbie
Rm 85
saiz 9 inc
Berat 2kg+
Happy Birthday Damia

Sunday, October 24, 2010

Gembira Si Kecil

Ada yang bertanya kenapa lately ni blog lambat update.
Minta maaf pada semua...
Kebelakangan in i mmg agak busy..tambahan kebanyakan kek adalah yg pernah dimasukkan dalam blog ini...ala2 takder yang baru sgt la..Walau bagaimana [pun terimakasih atas email tuan puan.

Little Hana gembira menyambut hari lahir baru-baru ini. Barbie Doll Cake menjadi pilihan.
TQ Puan Hazmeen atas kiriman gambar semasa Birthday Party ini.
Kalau tak silap party ini dibuat di Taska Oren Bangunan Matrade Jalan Duta.
Melihat anak2 gembira dengan kek ini benar2 membuatkan saya sentiasa teruja,...:-)

Sunday, October 10, 2010

Yang disukai

Edible Image begitu diminati kini.
Produk yang halal dan terjamin kesuciannya.
Customer boleh edit gambar sendiri
Atau jika ingin kami edit, berikan saya detail..insyaallah impian akan terlaksana...
Untuk mana2 peniaga kek ingin mendapatkan edible ini, boleh membuat tempahan di kedai edible saya Dill's Edible shop


Saturday, October 2, 2010

Blueberry Cheese


Blueberry cheese cake with lilac flower.
Tempahan Rosnita dari Jalan Duta.
Saiz kek ini 8 inc. Berat 1kg+
Harga RM 53

Thursday, September 23, 2010

Untuk anak bujang

Tempahan dari fatimah Petaling Jaya.
Imej Toy Story jadi pilihan untuk anak bujangnya yg berusia 4 tahun.
Tq Fatimah atas temopahan ini,.
Senang berurusan dengannya yg tak cerewet..:-)

Thursday, September 16, 2010

Melayan Selera

Masih dalam mood raya.
Sana sini open house....
diet sebulan nampaknya dimusnahkan oleh raya sehari..seterusnya seminggu dan seterusnya sebulan...:-)
Tapi takpe la..raya kan setahun sekali.

Kepada yang ingin membuat tempahan apa jua kek atau cupcake untuk dijamu kepada tetamu yang berkunjung ke rumah boleh la email kepada saya at fadzilsalleh@yahoo.com
Potongan harga istimewa akan diberi bagi belian melebihi RM 80 ringgit. Potongan harga terhad sepanjang bulan SYawal(tidak termasuk kek perkahwinan)


untuk yang ingin menempah kek perkahwinan/ pertunangan, tempahan masih dibuka.
Gambar lama yg belum sempat saya update dalam blog ini. Tempahan dari Salwa untuk perkahwinan pelanggannya.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Kepada semua pengunjung blog saya, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan batin atas setiap kesilapan yg disengajakan atau tidak.
Untuk yang memandu berhati-hati di jalan raya.
Saya akan bercuti dari 8 September hingga 16 September.
Kembara raya dari utara ke selatan( Perak - Johor).
Semua dijemput datang kerumah saya di Shah Alam.

Tuesday, August 31, 2010

You'll never walk alone

Kasih isteri..
beria2 meraikan hari istimewa cik suami.....
gabungan pasukan favorite pilihan, player kegilaan ramai serta moment indah bersama isteri dan anak....disatukan dengan kek choc moist menggiur rasa...
Thanks Nurul atas tempahan kek ini.

Friday, August 27, 2010

Menunggu Azan Berkumandang

Bila order kek di Bulan Ramadan ni pastinya menunggu sepanjang hari untuk memotong kek ini. Yang meraikan hari lahir di Bulan Ramadan biasanya kena menunggu berkumandangnya azan maghrib barulah dapat menikati kek ini. Walaupun apa masa dan waktunya hajat untuk menyambut birthday tetap dilaksanakan.

Kek Barbie ini ditempah oleh rakan isteri saya....Masih dengan tema pink.
Semoga bergembira dengan kek ini.
(Muka Barbie ini mmg saya tutup dgn plastik sewaktu dihantar pada customer)

Thursday, August 19, 2010

Promosi Syawa(Part 1)

Assalamualaikum wbr
Salam Ramadan untuk semua.Semoga bulan penuh keberkatan ini dapat kita jalani sebaik mungkin.
Ramai yang bertanya ttg jualan kek /cookies sempena hari raya ini. Untuk makluman untuk 2010 saya membuka tempahan terhad untuk semua.Berikut Promosi Syawal 2010 dari Dill Cakes

Choc Almond Brownies:
Size 12' X 12' : RM 50 (harga biasa Rm 55)
Hantaran melalui pos laju : RM 13


Sila berikan:
Nama
Alamat
No telefon
Bayaran 50% deposit diperlukan

Untuk self pickup, boleh datang terus ke alamat berikut
32 Jalan Gunung Nuang U11/5
Sek U11 Taman Bukit Bandaraya Shah Alam
(near Taman Pertanian Bukit Cherakah, 4 km dari Concorde Hotel Shah Alam)


Untuk kek2 lain sila email untuk mendapatkan quotation harga.Last day delivery adalah pada pada 7 September 2010.
Dill Cakes tidak menerima sebarang tempahan bagi tempoh 8 September -16 September.
Tempahan dibuka semula pada 17 September 2010.

Tuesday, August 17, 2010

Kembara cinta ke utara

Design baru dari saya.
Jauh dibawa ke Ipoh
Saiz 12' dan 10 inc
Dengan tema peach n cream

Friday, August 13, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Kepada semua pengunjung blog ini , saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubharak. Semoga bulan mulia ini memberi lebih makna pada semua.
Selamat beramal dan beribadah pada semua.