Friday, March 26, 2010

April: Pesta Cupcakes+ Edible

Dill Cakes akan mengadakan promosi Cupcake+Edible sepanjang April 2010
Dapatkan set 25 biji cupcake + edible pada hanya harga RM 60. (Normal price RM75). Pilihan gambar apa sahaja .
Flavour : Choc Moist
Harga : RM 60 (Normal Price RM 75)
Kuantiti : 25 biji/set
Tempoh Promosi : 5 April hingga 30 April 2010

Any editing required will be charged additional RM4(contoh gambar snow white di bawah), Additional wordings no charge! berminat email saya di fadzilsalleh@yahoo.com. Untuk cupcake dengan gambar sendiri, sila email bersama gambar pilihan anda.

Untuk makluman Dill Cakes bercuti dari 24 March hingga 4 April 2010. Walaubagaimana pun dalam tempoh tersebut kami masih boleh dihubungi melalui email.

Sunday, March 21, 2010

Setahun sudah usianya

Happy Bday Aisy!
Majlis Bday Aisy meriah yang diadakan di Sek 2 Shah Alam.
Nenk Aisy minta dibuatkan kek dengan edible gmbr Aisy. Kek ini saiznya 24" x 12"
Berat hampir 7 kilo.
Semua org tak sanggup makan muka Aisy sbb Aisy comel sgt......!
Foto from Dill's Edible Shop

Wednesday, March 17, 2010

Perutusan Raja Sehari

Antara pilihan untuk diatur dalam senarai barangan hantaran ialah si comel kek cawan.
Jika anda berminat dengan kek cawan sebagai hantaran, pelbagai pilihan tersedia..
Ada pelanggan yang minta disediakan juga kotak hantaran..senangkan tak payah nak meredah Jalan Tar semata2 mencari kotak untuk diisi si comel ini. Dengan harga yang sangat berpatutan, kami bergembira melihat anda bersanding di singgahsana.
Terima kasih kepada Wan Amalina yang tidak jemu2 mendapatkan buah tangan dari saya.
Nak tahu harga si comel dan kotak berhias ini?
Kek Comel 16 biji: RM 75
Kotak berhias : Rm 35

Jika berminat hubungi saya fadzilsalleh@yahoo.com

** harga mungkin berbeza berdasarkan design dan material diguna.

Sunday, March 14, 2010

Selamat Pengantin Baru Erry

Si cantik manis Erry dari Sek 8 Shah Alam order kek hantaran ini sempena hari bahagianya. Dengan tema light pink n brown kek ini mewarnai saat2 manis Erry bergelar isteri.Thanks Erry. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat...

Monday, March 8, 2010

Bahagia menjadi ratu mu

Saya Ke rumah Salwani 2 kali. Pertamanya pergi sebelum upacara nikah...dan keduanya di hari persandingan...ceria wajahnya di hari bahagia...Beliau menempah 1 set cuppcake, sebiji kek hantaran dan 2tingkat kek n cupcake untuk menyerikan lagi majlis perkahwinannya....

Jarang org minta black forest sebagai kek perkahwinan,tetapi kali ini Salwani minta dibuatkan blackforest dengan aura wedding sebagai kek perkahwinannya...
Dan inilah hasilnya...

 







Friday, March 5, 2010

Oh Lelaki!

Nurul,Azlinda dan Aimee mempunyai niat yang sama....menempah kek untuk lelaki yang paling dicintai. Wah bertuahnya lelaki2 ini...Semuanya menerima kejutan hadiah harilahir dari suami/tunang yang disayangi...Dan saya ditugaskan untuk menyampaikan rasa cinta ria ini sehinga ke muka pintu rumah mahupun pejabat.

Kek ini dihiasi dengan gambar edible dari dill's edibleshop. Semoga berbahagia dengan org tersayang

Tempahan dari Nurul
 

Tempahan dari Azlinda



Tempahan dari aimee..gmbr agak blur.tq aimee sudi email gmbr ni.saya tak sempat nak snap

Monday, March 1, 2010

Welcome to Dill's Edible Shop

Selepas begitu lama saya mendapatkan edible image dari supplier diluar sana, akhirnya dengan bangganya saya telah mengeluarkan sendiri edible image untuk kegunaan sendiri mahupun untuk kegunaan baker lain.Banyak perkara yang saya pertimbangkan semula memulakan bisness ini. Antaranya kesibukan untuk menguruskan perniagaan kek, PA System dan Edible Image sekali gus.Tetapi selepas saya mencongak, mengira secara hisabnya belanja yang saya telah keluarkan hanya untuk membeli edible diluar, maka saya rasa jalan terbaik adalah dengan memiliki printer edible sendiri. Bukan sahaja mengenangkan beratus-ratus ringgit dihabiskan saban bulan untuk membeli edible image sahaja, tetapi juga berapa banyak masa saya terbuang untuk collect edible ini....

Hampir 8 tahun dalam bidang kek ini , alhamdulillah saya mempunyai ramai customer yang sentiasa menempah dari saya. Ini menyebabkan saya tak mampu menolak tempahan walaupun hanya dibuat sehari sebelum. Just imagine jika tempahannya adalah edible cake.....terkejar2 saya untuk collect edible dari supplier lain
 
Dan inilah baby sulung saya....edible pertama yang saya buat untuk customer saya. Nora Kaeyzael menempah cupcake dengan image Disney The Cars. Saya edit gambar ini dengan menambah wording seperti yang diminta oleh Nora. Nora merupakan pelanggan setia saya. Beliau pernah menempah kek dengan tema hidupan laut . Kek itu  sgt bermakna untuk saya...Lihat kek Nora Kaeyzael disini
 
Kepada yang berminat mendapatkan edible image dari saya boleh la layari Dill's Edible Shop . Jumpa lagi. Selamat Malam!