Monday, December 31, 2012

Hands For Gaza

HANDS FOR GAZA; Mari bantu Palestine. Bermula hari ini setiap tempahan kek dari Dill Cakes , RM 5 akan disalurkan ke tabung kemanusiaan Palestine. Ini merupakan sumbangan anda. Mari kita mengambil bahagian dalam jihad ini.

Friday, December 28, 2012

HAppy Birthday Adam

Adam rakan anak saya. Happy Bday Adam. Lupa pulak kek apa ni yerr.. tapi saya hias dengan strawberry. Saiz 12 inc Again..Happy Birthday Adam




Tuesday, December 4, 2012

Our New Packaging

Alhamdulillah. Setapak demi setapak. Insyallah. Harap ia menjadi satu jenama yang dikenali dan disukai ramai.Amin

Thursday, November 15, 2012

Wedding Anak Ketua Polis Sabah

Kek Perkahwinan 5 tingkat untuk anak Ketua Polis Sabah. Majlis begitu meriah dan ceria di Putrajaya Convention Centre. Kek Chocalate dan vanilla dalam tema gold and white






Wednesday, October 31, 2012

Promosi Okt: Carrot cake off 15%

PROMOSI OKT 2012: Dapatkan carrot cake dengan cream cheese frosting. Size 10 Inc= 2kg++ . Diskaun 15% dari harga asal RM 80.00. Price after diskaun RM 68 sahaja. Promosi sah untuk Oktober sahaja. email fadzilsalleh@yahoo.com atau pm di facebook untuk tempahan.

Sunday, October 28, 2012

Si Angry Bird

kartun kegilaan kanak-kanak sekarang. Juga dalam dalam bentuk cake. Kek 3D ini dibuat memenuhi tempahan Eim. Juga dibuat dlaam keadaan kelam kabut menyiapkan tempahan kek-kek untuk Aidil Adha Jauh dibawa pulang ke Pahang. Saya buat dengan menggunkaan fondant supaya lebih selamat untuk dibawa. Tq Eim atas tempahan. Untuk yang ingin menempah kek sebegini email saya. :-)





Tuesday, October 23, 2012

Tag Heuver Cake

Tag Heuver in the House. Tempahan daru Azurina. Hadiah dari isteri dan anak-anak sempena birthday suaminya yang ke 40. Wah bestnya kalau setiap kali birthday dapat hadiah jam yang mahal- mahal kan. Menggunakan choc cake . Kek ini beratnya hampir 2kg. Sesuai juga digunakan untuk hantaran. Kalau berminat boleh email saya Tq Azuarina atas tempahan kek ini.





Thursday, October 18, 2012

Inspirasi Perkahwinan

Dapatkan Majalah Inspirasi Perkahwinan Keluaran November. Jumpa saya di sana dengan isu Mini Cakes. Tips mendapatkan mini cakes terbaik sebagai hantaran. Jumpa disana...

Wednesday, October 10, 2012

Pelangi Yang Ceria

Kek rainbow yang ceria. Sempena Hari lahir permata hati Azah dn Suhaimi Miza NurWafiyah 2 tahun. Tq Azah atas tempahan kek ini





Tuesday, October 2, 2012

Cupcake MU

Merah dan Menyala. Cupcake ini membawa jiwa kasih sayang. Surprised dari isteri untuk suami tercinta! Tq Siti Habsah atas tempahan CC MU ini




Thursday, September 27, 2012

My Gibson Les Paul Cake

Siap juga akhirnya Gibson Les Paul saya ni. Customer menyerahkan pada untuk membuat Fender, Gibson atau apa saja. Akhirnya saya memilih Gibson. Dalam tema pink dan purple untuk hari lahir anak kesayangan Puan Azurina. Huhhhh saya pun dah lama tak petik gitar ni. Asyik mengulit fondant ajer!!! Gitar -gitar yang ada pun makin berhabuk! Untuk Aizurin Happy Birthday






Dan ini lah 'mould yang saya guna" potong sendiri kertas keras mengikut shape gitar yang saya mahu.. saya tak guna mould gitar yang sedia ada sbb mahu shape Gibson yang sebenar

Sunday, September 16, 2012

35 kg lah

Apabila mendapat job yang sukar, tambah2 last minute punya order kadang-kadang saya berfikir banyak kali untuk menerima. Pertamanya masa mungkin tidak mencukupi. Keduanya mungkin bahan yang diperlukan tidak sempat untuk dicari. dan ketiganya sesuatu yang sukar tanpa ada pengalaman tidak mudah untuk membuatnya. Tapi panggilan telefon kurang 15 jam dari tarikh untuk menyiapkan kek ini membuatkan saya menerima tanpa berfikir panjang. Pertamanya inilah peluang yang ada untuk saya membuktikan saya mampu untuk membuat kek walau sebesar mana pun. Saya juga tanpa berfikir panjang menerima kerana pemanggil merayu saya menerima kerana baker yang sebelum ini menerima tempahan ini membatalkan tempahan sehari sebelum majlis ini kerana tidak bersedia dengan tempahan kek besar ini. Pertama yang dibuat ialah membakar kek. Kemudian kek ini memerlukan saya menggergaji plywood kerana board kek untuk size ini tidak dijual dimana-mana. (setahu saya). Selepas itu saya perlu membalut kek dengan kertas board itu(mujur ada stok dirumah). Sementara menunggu kek sejuk saya memutar fresh cream serta menyiapkan bahan2 untuk hiasan kek termasuk edible image. (mujurla saya ada printer untuk edible image ini.)

Tengah2 malam menggergaji plywood

Huhhh hampir tak muat masuk kereta. Seat belakang terpaksa dibaringkan. Kalau tak muat juga mujur saya ada van, Tak perlu risau

Kek dengan lambang bendera Malaysia, UKM dan serangkap pantun

Majlis berlangsung di Dewan Canselor DECTAR UKM Terimakasih kepada yang menempah. Alhamdulillah segalanya berjalan baik. Saay memecah rekod membuat kek besar (1 biji) dengan berat 35Kg( paling berat saya pernah buat sebelum ini 28 kg)

Monday, August 13, 2012

PROMOSI SYAWAL 2012


Dapatkan Promosi terkini kami.
Sepanjang Syawal ini kami memberi potongan sebanyak  10% atas belian
produk kami. Tambahan 5% lagi potongan untuk belian melebihi RM 200.
Jom raikan tetamu yang datang ke rumah dengan kek dari Dill's Cake.
Selamat membuat rumah terbuka!

Email /Msg/Tel  saya untuk tempahan
email:fadzilsalleh@yahoo.com
fb     : fadzilmdsalleh
tel     :0126335073 ,0126336793 ,0355232071


***** promosi ini tidak termasuk kek perkahwinan.

Sunday, August 12, 2012

My Pavlova


Betapa enaknya menikmati pavlova sebagai minum petang mahupun berbuak puasa.
Rasa manis2 masam astinya membuat selera tidak tertahan

Wednesday, August 8, 2012

Biru Cinta




Mood Romantik. Biru dan putih menghiasi mini cake untuk hantaran ini. Tq Shafinas jiran saya untuk tempahan in

Saturday, August 4, 2012

Jangan ketuk dram ini!





Kek dengan bentuk drum.Agak rumit juga membuat kek ini. Tapi syok membuatnya. Ramadan ni saya memang menghadkan tempahan. So sempatlah membuat kek ini. Kalau hari2 biasa adakalanya saya terpaksa menolak tempahan 3D disebabkan kesuntukan masa dengan wedding Cake.Tq Katrina dari Bukit Jelutong atas tempahan ini. Kek ini untuk suami beliau yang sangat meminati alat muzik drum