Apabila mendapat job yang sukar, tambah2 last minute punya order kadang-kadang saya berfikir banyak kali untuk menerima. Pertamanya masa mungkin tidak mencukupi. Keduanya mungkin bahan yang diperlukan tidak sempat untuk dicari. dan ketiganya sesuatu yang sukar tanpa ada pengalaman tidak mudah untuk membuatnya.
Tapi panggilan telefon kurang 15 jam dari tarikh untuk menyiapkan kek ini membuatkan saya menerima tanpa berfikir panjang. Pertamanya inilah peluang yang ada untuk saya membuktikan saya mampu untuk membuat kek walau sebesar mana pun. Saya juga tanpa berfikir panjang menerima kerana pemanggil merayu saya menerima kerana baker yang sebelum ini menerima tempahan ini membatalkan tempahan sehari sebelum majlis ini kerana tidak bersedia dengan tempahan kek besar ini.
Pertama yang dibuat ialah membakar kek. Kemudian kek ini memerlukan saya menggergaji plywood kerana board kek untuk size ini tidak dijual dimana-mana. (setahu saya). Selepas itu saya perlu membalut kek dengan kertas board itu(mujur ada stok dirumah). Sementara menunggu kek sejuk saya memutar fresh cream serta menyiapkan bahan2 untuk hiasan kek termasuk edible image. (mujurla saya ada printer untuk edible image ini.)
Tengah2 malam menggergaji plywood
Huhhh hampir tak muat masuk kereta. Seat belakang terpaksa dibaringkan. Kalau tak muat juga mujur saya ada van, Tak perlu risau
Kek dengan lambang bendera Malaysia, UKM dan serangkap pantun
Majlis berlangsung di Dewan Canselor DECTAR UKM
Terimakasih kepada yang menempah. Alhamdulillah segalanya berjalan baik.
Saay memecah rekod membuat kek besar (1 biji) dengan berat 35Kg( paling berat saya pernah buat sebelum ini 28 kg)
No comments:
Post a Comment