Tuesday, September 29, 2009

Ikatan bersatu


 Bila tempahan dibuat last minute adakalanya sukar untuk mencari atau menyediakan bahan yang sebaiknya dalam pembuatan kek. Tempahan dari Haryanti Datuk Khalid dari Kota Damansara Disebabkan masa yang begitu singkat saya tidak sempat menyediakan bunga dari sugarpaste.Saya suggest pada pengantin untuk menggunakan fresh flower. Tetapi customer rupanya alah kepada fresh flower. Artificial flower akhirnya menjadi pilihan. Kek 3 tingkat  square shape dengan pilihan warna hijau dan cream.
Kek ini adalah kek pernikahan beliau...:-)


Friday, September 25, 2009

Selamat Menjadi tunangan orang

Salam Aidilfitri.Selamat menjamu selera dengan aneka kuih raya,rendang,lemang,ketupat di atas meja. Mungkin masih ramai yang meneruskan cuti hingga hujung mingu ini. Bagi yang masih bercuti selamat bercuti dan yang telah memulakan tugas selamat bertugas. Dill Cakes telah beroperasi sejak hari selasa lalu untuk menyiapkan tempahan pelanggan sepanjang minggu ini.

Anatara yang menyambut hari bahagia di awal syawal ini ialah Riyana dari Desa Aman 2 Pantai Dalam Kuala Lumpur. Memilih 7 Syawal sebagai tarikh menjadi tunangan orang, Riyana menempah 1 set cupcakes hantaran dengan tema biru Chelsea . Selain itu beliau turut menempah kek hantaran fondant bagi pihak suami serta choc almond brownies sebagai doorgift kepada tetamu seramai 200 orang.

Untuk cupcakes ini,Riyana turut menempah kotak istimewa.'Safety Box' ini dihias cantik sesuai dengan tema majlis pertunangan beliau. Kepada Yana dan Firdaus semoga bahagia di alam pertunangan sementara  menanti December 2009 sebagai tarikh  keramat pengikat jiwa....


Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran

Tinggal 3 hari sahaja untuk kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pejam celik rasa masa begitu cepat berlalu.

Dikesempatan ini saya Fadzil Salleh dari Dill Cakes ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan atau pengunjung blog saya. Saya juga memohon maaf jika ada terkasar bahasa selama berurusan dengan pelanggan.Juga ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pelanggan dan pengunjung yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam meneruskan perniagaan ini. Tanpa pelanggan baru dan lama siapalah saya di dalam dunia perniagaan siber ini. :-).

Jom jamu mata melihat antara kek yang ditempah disaat2 semua org sibuk berkemas untuk pulang ke kampung halaman.Saya baru menyiapkan kek ini. Tempahan dari Hawa Seksyen U10 Shah Alam untuk di bawa balik kampung. Kepada semua yang menempah kek choc,almond brownies,cupcake,buttercake untuk hari raya saya ucapkan berbanyak terima kasih. Maaf juga kepada mereka yang menempah yang tidak dapat saya penuhi kerana faktor masa yang tidak mengizinkan.

Dill Cakes bercuti dari 18 September hingga 23 September 2009. Selepas itu kami akan berada di Shah Alam semula. Tempahan dibuka semula pada 24 September 2009. Semua dijemput datang kerumah saya di No 32 Jalan Gunung Nuang U11/5 Taman Bukit Bandaraya Sek U11 Shah Alam (berdekatan Taman Pertanian Bukit Cherakah).Kepada yang memandu berhati-hati di jalan raya. Semoga semua bergembira di hari raya ini. Amin


Tuesday, September 15, 2009

Mickey dan Aqil yang comel

Terimakasih kepada pengunjung blog saya yang rajin singgah disini. Mungkin semua sedang sibuk dengan persiapan raya. Untuk makluman semua tahun ini saya akan bercuti dari 18 Sep hingga 22 September.

Dibawah anatara tempahan kek ramadan ini.Alin dari Tmn Medan menempah kek choc moist dengan gambar anak dan mickey mouse.
Nampak comel aqil bergaya disisi mickey ni.


Saturday, September 12, 2009

Kek Kecil Penyeri Majlis

Kek kecil@kek cawan antara fenomena terkini. Sama ada diletakkan diatas meja hidangan pengantin, sebagai hantaran bukti kasih cinta, mewarnai bahagia di hari lahir,memujuk lara hari yang rajuk atau sekadar majlis santai2 sambil makan-makan.

Boleh ditempah dengan pelbagai gaya dan rupa.Koleksi dibawah sebahagian yang ditempah oleh pelanggan .



Tuesday, September 1, 2009

Hingga ke Hujung Nyawa

Tempahan kek kahwin dan kek perkahwinan sebelum puasa.Terima kasih kepada menempah kek ini. Untuk yang akan mendirikan perkahwinan atau melangsungkan pertunangan September hingga Disember tempahan boleh dibuat sekarang.Email saya di fadzilsalleh@yahoo.com untuk tempahan.

Kek perkahwinan 2 tingkat dengan tema maroon.Design pilihan customer


Tempahan dari Puspa Bukit Jelutong Shah Alam.warna biru putih jadi pilihan.


Dill Cakes mendoakan pengantin bahagia hidup bersama hingga ke hujung nyawa