Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran

Tinggal 3 hari sahaja untuk kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pejam celik rasa masa begitu cepat berlalu.

Dikesempatan ini saya Fadzil Salleh dari Dill Cakes ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan atau pengunjung blog saya. Saya juga memohon maaf jika ada terkasar bahasa selama berurusan dengan pelanggan.Juga ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pelanggan dan pengunjung yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam meneruskan perniagaan ini. Tanpa pelanggan baru dan lama siapalah saya di dalam dunia perniagaan siber ini. :-).

Jom jamu mata melihat antara kek yang ditempah disaat2 semua org sibuk berkemas untuk pulang ke kampung halaman.Saya baru menyiapkan kek ini. Tempahan dari Hawa Seksyen U10 Shah Alam untuk di bawa balik kampung. Kepada semua yang menempah kek choc,almond brownies,cupcake,buttercake untuk hari raya saya ucapkan berbanyak terima kasih. Maaf juga kepada mereka yang menempah yang tidak dapat saya penuhi kerana faktor masa yang tidak mengizinkan.

Dill Cakes bercuti dari 18 September hingga 23 September 2009. Selepas itu kami akan berada di Shah Alam semula. Tempahan dibuka semula pada 24 September 2009. Semua dijemput datang kerumah saya di No 32 Jalan Gunung Nuang U11/5 Taman Bukit Bandaraya Sek U11 Shah Alam (berdekatan Taman Pertanian Bukit Cherakah).Kepada yang memandu berhati-hati di jalan raya. Semoga semua bergembira di hari raya ini. Amin


2 comments:

fazilzura said...

En Fadzil ..

SELAMAT MENYAMBUT ALDILFITRI...

** sgt2 suke dgn design itu kek

fadzilsalleh said...

zura,selamat hari raya juga untuk u