Monday, March 30, 2009

Green Gold mengikat kasih teruna dara

Nina dari Bukit Jelutong menempah kek 3tiers(termasuk cupcake).Dengan tema hijau gold
kek ini nampak berseri2 dengan pilihan warna ini. Nina datang jauh malam mengambil kek kahwin ini dirumah saya.4 dara(atau mak dara ) pingitan datang dengan sebuah kereta...Rupanya salah seorang dari mereka adalah pelakon Maizurah Hamzah..Habis setiap inci rumah saya mereka buat lawatan! :-)
3tiers cake with cupcakes hijau gold

Cupcake dengan Gumpaste flower

Rombongan Cik Nina sempat berposing

Friday, March 27, 2009

Simple tapi bergaya

Kek yang simple! mmg itu adalah trademark bagi kek-kek saya. Saya menggemari kek yang simple tetapi bergaya. Kek yang terlalu sarat pada saya adakalanya menyakitkan mata . Terlalu banyak idea yang hendak dicurahkan keatas sebiji kek menyebabkan ianya akan merubah paras rupa kek menjadi messy.Tetapi disesetengah tgn pembuat kek yang lain, walaupun sarat tetapi cantik..wahhh saya mmg salute dengan pembuat kek begini..mmg terror la!

Kek dibawah ditempah oleh Linda yang melangsungkan perkahwinan di AU2 Keramat.Cantik dewan dengan dekorasi pink. 4tiers kek fondant ini antara pelengkap perkahwinan. Linda minta saya buatkan kek oren. Untuk Linda dan pasangan semoga berbahagia hingga akhir hayat.



Sunday, March 22, 2009

Putih...putih dan putih

Entry perkahwinan lagi!
Antara tema warna yang digemari pengantin ialah putih.
Mmg putih menarik,elegant dan santai...
Tak hairanla saya banyak menerima tempahan wedding cake dengan tema off white
Kek kahwin 3 tingkat ini ditempah oleh Azwana dari Taman Tun Dr Ismail.Kek choc moist dengan heart shape.Lihat di bawah pelamin Azwana..cantik berseri rekaan www.majlisku.com




Kek hantaran pertunangan ini dengan tema putih juga.Tempahan dari Salwa.
Nampak simple tapi penuh gaya!

Thursday, March 19, 2009

Green Purple pilihan hati

Majlis yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Ibukota Gombak diuruskan oleh www.majlisku.com. Dengan tema warna green purple saya agak merasa janggal dengan kombinasi itu...
tapi bila tiba sahaja didewan perkahwinan..wah warna itu sgt menarik dan nampak lain dari kebiasaan.....Untuk majlis ini Dill Cakes menyediakan kek 2 tingkat buttercream dengan mengambil tema green purple..
semoga pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat...Thanks Pn Hazelin(www.majlisku.com)

Meriahnya majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah ini, pengunjung blog ini saya hiburkan dengan lagu kahwin..enjoy yer!!!!!!


Wednesday, March 18, 2009

KungFu Panda

Anak Elmi(Seksyen7 Shah Alam) ini baru 2tahun
tapi dah minat Coco Panda
Waaupun order last minute, Elmi minta sgt saya buatkan kek ini untuk bday anak kesayangannnya. Tak sampai hati saya menghampakan Elmi my regular customer...
Elmi thanks


Saturday, March 14, 2009

Pesona Hijau

Hijau menjadi plihan ramai pengantin.Selain warna yang lembut ia juga sesuai sebagai tema warna perkahwinan kerana selain ianya cantik dilihat didalam majlis ia juga begitu mempesonakan dalam rakaman lensa kamera.

Kek hantaran hijau ini ditempah oleh Salwa dari Subang Jaya.


Cupcake dengan tema hijau ini ditempah oleh Rozita dari Sek7 Shah Alam

Wednesday, March 11, 2009

Sayang Abah...

Bertuah Pakcik Redzuan..
Walaupun anak jauh dimata, tetapi kehangatan kasih anak sentiasa bersama
Kek ini ditempah oleh Hayati Redzuan dari Kelantan
untuk dihadiahkan kpada bapa tersayang. Dengan tema alat pertukangan(ayah Yati ni pandai membuat rumah), Yati minta saya buatkan sebiji kek untuk dihadiahkan sempena hari lahir ayah tersayang.Yati turut minta saya hantarkan kek ini ke Seksyen 18...
Tersenyum lebar ayah bila mendapat hadiah dari anak sulongnya ini...
alhamdulillah misi selesai.....

Monday, March 9, 2009

Yang terpuji

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua Muslimin Muslimat sekalian.
Untk sambutan Maulidur Rasul kali ini, Sheikh Mazrul dari Taman Cahaya Alam ,Shah Alam menempah sebiji kek oren sempena ulang tahun pertama anak beliau.Alhamdulillah hari lahir anak beliau sama dengan hari lahir rasulullah. Nama anaknya juga Muhammad. Sheikh minta saya buatkan kek berwarna putih dan tulisan jawi di atas kek dengan warna hijau. Dah inilah hasilnya. Kepada Muhammad uncle doakan semoga beroleh sejahtera dunia dan akhirat


Sunday, March 8, 2009

Menambat hati bakal mertua

Jue dari Subang menempah cheese kek dengan edible photo.
Rupa-rupanya photo ini adalah bakal mertua beliau...wahh pandai menambat hati mertua!


Cupcake ini ditempah oleh Azah dari Taman Ibu Kota KL


Cupcake yang ditempah oleh Ina dari saujana Utama sungai Buloh

Tuesday, March 3, 2009

Aura Jepun

Selepas kek ini siap tiba2 saya terasa spt menyiapkan kek untuk org Jepun!
Aura sakura terasa berlegar2 disekitar kek ini..:-)
Tempahan dari Bat Taman Tun Dr Ismail KL. Beliau hanya minta kek berbunga2.Saya sebenarnya ketiadaan idea tika menyiapkan kek ini!
Telerai rasa letih berjaga malam menyiapkan kek ini bila tersenyum lebar mak Bat menerima kek ini....


Sunday, March 1, 2009

Dari dapur maya ke dewan hotel





Salam
Tempahan dari sebuah hotel di Shah Alam .
450pcs orange cake, choc moist dan fruits cake.
Kepada yang bermina untuk membuat tempahan bagi sebarang majlis makan-makan atau kenduri boleh hubungi saya...:-)