Monday, June 29, 2009

Sama dan Serupa

Wedding Cakes dibawah ni saya buatkan dalam gaya yang sama namun rona yang berbeza.
Kek fondant 3 tiers..diletak jambangan bunga besar di atasnya dan saya hiasi dengan bunga2 kecil yang simple sebagai penghias .Kebetulan yang menempah menyerahkan kepada saya design yang sesuai mengikut citarasa saya.Saja saya cuba membuatnya dalam gaya yang sama...Saya cuba bereksperimen dalam 3 warna yang diminta oleh customer..kuning, pink dan gold.. gaya mana paling menarik.....
Bila dibelek berkali2 gaya ini sesuai dalam warna apa sekali pun....!
Lihat lebih banyak kek perkahwinan disini

Kek ini ditempah oleh Norehan sempena perkahwinan adiknya. Beliau minta saya buat kek yang cantik kerana ini adalah hadiah beliau kepada adik tersayang. Harap2 kek ini menepati citarasa Norehan.


Amylia menempah kek itu untuk customer beliau.



Dr Fauziah Hanim (jiran saya) menempah kek ini untuk majlis perkahwinan anaknya di Dewan MBSA Shah Alam. Sebelum ini SDr Hanim turut menempah kek hantaran untuk anak yang sama.

Wednesday, June 24, 2009

Chef Hensem

Salam
gamabr kek dibawah adalah gambar chef Hakimin.
Chef muda ,hensem bergaya...terror memasak....
menjadikan playstation sebagai satu terapi meleraikan keletihan.....
kek ini hadiah dari isteri tersayang sempena hari lahir suami.
Untuk merasa masakan chef hensem ni boleh lah menempah tempahan di sini




Dengan tema rainbow.Hadiah untuk adik ipar tersayang..amboi sayang nya kakak ipar pada adik ipar.Hadiah isteri chef Hakimin kepada adik iparnya

Sunday, June 21, 2009

Jangan makan sicomel ini

2 cupcake ini ditempah oleh Roslinda dari Bukit Kemuning Shah Alam.Design juga dipilih oleh Roslinda sendiri dari koleksi galeri saya.Tak tau la ada ke yang sanggup mengunyah sicomel Fahim ni. Sangat la comel sampai rasa nak cubit2 pipinya.
Senyuman nampak sangat manja dan menawan.Harap2 takde la yg sangggup menggigit si Fahim ni.Kalau teringin cupcake keluarla gambarnya dulu..walaupun gambarnya boleh dimakan!.Mungkin agaknya Fahim ni minat transformer maka ibunya menempah satu set transformer juga!Thanks Linda atas tempahan ini.Your boy sgt cute la....

Cupcake dengan imej Fahim dalam rona biru



Transformer dalam rona merah

Friday, June 19, 2009

Cinta selamanya


Biasa kek kahwin org minta bertingkat.Tapi pasangan ini minta buatkan kek yang simple sahaja dihiasi dengan gambar mereka berdua. Dekorasi juga saya buatkan simple supaya tidak menyimpang jauh dari citarasa pengantin.Saya tertarik dengan gambar ini..nampak selamba tapi penuh dgn bunga2 kasih.Pasangan ini berkahwin jauh di Teluk Intan sana. Semoga bahagia ke akhir hayat

Monday, June 15, 2009

My Heart

Kek untuk Fazida
Design ini adalah pilihan pengantin sendiri..
Pengantin email saya this design.Sumber saya tidak sure dari mana...
Saya membuat sedikit perbezaan dengan meletakkan riben dikeliling kek...
4 biji kek heart shape dihiasi dengan rimbunan bunga...
purple color menjadi pilihan hati........
semoga pengantin bahagia hingga ke akhir hayat...

Wednesday, June 10, 2009

Santapan Raja Sehari

Musim cuti sek ramai yang melangsungkan perkahwinan.Dan kenduri perkahwinan pulak dengan pelbagai gaya.Ada unsur tradisional yang dipertahankan. Ada juga ciri2 moden yang diperkenalkan.
Antaranya cupcake sebagai hidangan desert di meja pengantin!. Dibawah antara sebahagian daripada cupcake yang ditempah dari saya untuk 11 majlis santapan santapan raja sehari.
Thanks Amylia





Friday, June 5, 2009

Merimbun Kasih

Kek perkahwinan 3 tingkat dengan rimbunan bunga diatas dan kelilingnya. Menggunakan kek choc ,agak sukar saya memastikan kek ini dapat menampung beban berat bunga-bungaan yang merimbun itu. Dengan tema kuning warna diraja ditambah hias dengan bunga ros ungu yang comel diharap kek ini menambah seri majlis perkahwinan adik bungsu Puan Rosmawati dari Hulu Langat....

Jemput jenguk galeri kek perkahwinan dan hantaran saya di http://weddingcottage.blogspot.com




Monday, June 1, 2009

Kecil tapi penuh erti

Kek cawan bersaiz kecil sahaja.Namun kecil-kecil sicili padi..biarpun kecil membuatkan majlis lebih berseri.....
Untuk yang ingin melihat koleksi kek hantaran dan perkahwinan kunjungi blog kek kahwin saya http://weddingcottage.blogspot.com

Tempahan dari Tetty Sek 18 Shah Alam.baby theme


CC ini dibawa jauh ke JB.Tempahan last minute dari Suhaidah.


Azah Pensyarah Unisel Shah Alam memesan CC dengan gambar comel anaknya Wajihah.