Tuesday, November 11, 2008

Melayan Karenah Si teruna(part2)

Order dari Aimi lagi!. Jika minggu lepas saya diminta oleh Aimi untuk menatarias (chehhhh mcam jurusolek artis pulak) kek anak teruna nya, minggu ini saya diberi kepercayaan lagi untuk membuat kek anak teruna yang lain pula... Masih mengekalkan konsep yang sama...kek 12', kek 8' dan cupcake...kali ini tema sama tapi tak serupa. Minat kedua adik beradik ni pada kartun yang serupa iaitu Ben 10. Tapi saya diingatkan oleh Aimi anaknya tak nak gambar yg sama dengan adiknya(baca sbg pose berbeza). Kalau si adik tak suka choc, abang pula suka choc. Untuk kek 8' saya buat kek choc dengan choc topping...gambar pilihan pula adalah bola rugbi...
Untuk Aimi..thanks a lot for the orders!



No comments: