Saya biasa membuat kek dalam saiz yang besar. Tetapi membuat kek yang ini membuatkan saya sedikit gementar plus teruja. Maklumlah kek untuk Pembesar No 1 negara. Konsep, pemilihan warna perlu diambil kira. Pihak penaja menyerahkan sepenuhnya kepada saya berkenaan design . Yang penting cantik dan SEDAP!
Akhirnya saya memilih design yang saya kira simple tetapi elegant. As usual imej 'semak2' bukanlah trademark kek saya.Dengan size 24 inc x 12 inc Kek Choc Blueberry ini saya warnakan dengan warna kuning air. Dihiasi dengan kuntuman bunga merah dan Edible Image dari Dill EdibleShop. Gabungan warna kuning air, merah dan biru ini saya kira sesuai untuk sebiji kek bagi sebuah majlis rasmi seperti ini.Gambar Perdana Menteri, Logo Penaja( POS Malaysia) dan bendera malaysia melatari Edibble Image ini. Terimakasih kepada adik saya Hanif kerana membuat design edible ini dengan cantik sekali.
Kek ini ditempah oleh POS Malysia melalui Felda D'Saji Catering sempena hari lahir Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Tun Razak ke 57 pada 23 Julai 2010. Majlis potong kek diadakan di Pejabat Perdana Menteri sempena perjumpaan POS Malaysia dengan PErdana Menteri.
Note: Saya gembira kek saya di potong oleh PM! :-). Gembira bila pihak penaja sangat bergembira dengan kek saya...Gembira kerana hasil kerja saya semakin dihargai dan diterima ramai...Tq pada semua yang membuat sokongan berterusan terhadap perniagaan saya ini...
Gambar ini diambil dari Berita Harian Online 23 Julai 2010
6 comments:
wah, ada tgk kat berita ari tu. tak sangka kek dibuat oleh blogger kek kegemaran saya :D pape pn tahniah
Tahniah! wah PM yg potong tu..pas ni mesti byk dpt order kan..
Milestone!!!
aritu tgk dlm buletin utama... tak sangka en. dill nyer kek :)
Tq All...alhamdulillah
Salam, tahniah.... mmmm bila la kek saya nak jadik cantek macam kek u buat....
Post a Comment