Monday, January 26, 2009

Hampa

16 biji cupcake hantaran dengan hiasan gumpaste small flower. Dengan tema putih merah.saya agak kelam kabut menyiapkan tempahan ini kerana agak banyak wedding cake yang perlu disiapkan.Anyway alhamdulillah saya berjaya menyiapkan satu jam sebelum delivery dibuat.

Untuk yang berminat mendapatkan kotak eksklusif cpcake dibawah, bolehlah layari
http://mykotak2u.blogspot.com/ Pelbagai pilihan kotak yang cantik dan kemas boleh ditempah disini.Dengan harga yang berpatutan saya pasti ramai yang berminat dengan kotak yang ada di bog tersebut.






Mungkin ada bertanya kenapa tajuk entry saya hampa. Saya HAMPA sebab cupcake ini tidak diterima oleh individu yang mengorder cupcake ini disaat saya telah halfway perjalanan menghantar cupcake ini. Alasan saya tidak confirmkan menerima order ini Sedangkan bila saya check balik email saya memang telah confirm untuk mengambil tempahan ini. Saya juga HAMPA dengan diri saya sendiri kerana tidak mengambil deposit terlebih dahulu. Keletihan menyiapkan cupcake ini berganda bila cupcake ini tidak diterima!

Ikhtibar dari kes ini, saya perlu mengambil deposit atas tempahan yang diterima especially untuk jumlah besar , serta musim cuti.Pertimbangan mungkin boleh diberi kepada existing customer yang tidak memberi masalah kepada saya selama ini. Dan cupcake ini akhirnya saya hadiahkan kepada pasangan pengantin FAUZAN n AZURA yang melangsungkan perkahwinan di Alam Damai Cheras(datuk Fauzan tinggal disebelah rumah bapa mertua saya)
Mungkin telah tertulis rezeki cupcake ini adalah untuk Fauzan dan pasangan!

8 comments:

batrisyiadelights said...

begitulah lumrah kehidupan, sentiasa diduga untuk jadikan kita lebih tabah dan seterusnya berhati2..

Anonymous said...

betultu batrisyia

Feeza said...

Itu customer yang tak nampak.Mak saya pula terkena ngan customer yang slalu gak datang membeli kuih muihnya.Pagi oder berpuluh biji kuih,kata petang nak ambil.Sampai ke malam menunggu tak muncul2.Tuptup seminggu lepas tu datang membeli dengan muka selambanya.Bila mention bab tu...boleh kata "oh,ya ke saya oder?".Sabar je la.Tp mak saya pun jenis yang percaya kat orang,sbb tu tak mau ambil deposit...yelah regular customer.

mamahanees said...

Alahai kesiannya. Tak patut tul.

Anyway.....terima kasih bebayak atas kek barney and friends hari tu. Sedap. Hanees suka! Tak sangka lak dapat Narney and friends. Ingatkan Barney jer.

Linda Hussin said...

huhu... mmg dugaan. tp xpe, pengajaran utk kita kan supaya lebih berhati-hati.

Anonymous said...

feeza.org ni rambut sama hitam,hatilain2

mamahanees.suka dengar hanees suka kek saya

Linda: hidup ini penuh dugaan dan cabaran

Anonymous said...

Dill,

Memang tak patut customer buat macam tu pada awak.... ye lah, memang kena ambil deposit dulu or suruh aje bayar in FULL, baru process order ... saya pun pernah gak terkena dulu cam ni... lepas tu serik gak, so my concept sekarang, for those yang nak confirm order, mesti buat payment dulu....

Semoga terus maju ya Dill....

pstttt ... saya ada deal dengan rakan yang awak rekomen hari tu, tapi harga borong dia mahal sket la Dill... anyway, t.kasih rekomen saya pada kawan awak tu..

- Daalia -

salida said...

kesian you...I pun memang pernah kena macam tu dulu..in fact a few times...but lepas tu I mentak deposit to confirm orders. It's a lesson....