Wednesday, January 21, 2009

Bersatu mewarnai cinta

Entry saya kebelakangan ini banyak kepada kek hantran dan kek kahwin.Banyak order diterima untuk hari bahagia.Alhamdulillah. Ramai mengambil kesempatan dengan harga promosi menarik sepanjang Bulan Nov dan Dec 2008 yang ditawarkan oleh Dill Cakes . Maaf ada gambar tidak dapat saya siarkan kerana mungkin design yang agak sama. Untuk kek-kek hari lahir insyaallah akan saya masukkan dalam slot akan datang.

Cake dan cupcake sebenarnya sama ajer.
Yang berbeza cuma saiz.Trend sekarang ramai yang menggemari cupcake..namun kek itu sendiri begitu hampir ke jiwa bagi meraikan hari bahagia.Oleh itu ramai yang mahu keduanya bersatu menjadi kenangan indah untuk majlis yang indah. Dan idea itu diterjemahkan dengan menempah keduanyanya bersama...hanya dipisahkan oleh cake/cupcake stand sahaja...:-)Mudah hidup ini kan......
Dengan tema warna pink, Kak Ita dari D'Sore Cafe( Bangunan Belia dan Kebudayaan Sec 7 Shah Alam) menempah kek choc blueberry 12' dan 15 biji cupcake untuk pelanggan beliau.
Jangan tak percaya 2 tier cake+cupcake ini adalah untuk majlis pertunangan...!!
Ada acara potong kek dimajlis pertunangan...Apa salahnya..bertunang pun kan membahagiakan!!!

Gumpaste flower menghiasi setiap cupcake,bersama buttercream putih suci



2tier cake n cupcakes


Cake seberat 4 kg dengan saiz 12'.Kek perisa Choc Blueberry.Kek dihias ringkas dengan himpunan gumpaste flower mengelilingi cake

3 comments:

Haza said...

Cantiknyaaa kek ni nampak english style

fadzilsalleh said...

boleh la buat untuk sambut anniversary!

D.a.a.l.i.a. said...

cantik pink nya.. dan sedondon dengan cake... memang sweet