Monday, March 1, 2010

Welcome to Dill's Edible Shop

Selepas begitu lama saya mendapatkan edible image dari supplier diluar sana, akhirnya dengan bangganya saya telah mengeluarkan sendiri edible image untuk kegunaan sendiri mahupun untuk kegunaan baker lain.Banyak perkara yang saya pertimbangkan semula memulakan bisness ini. Antaranya kesibukan untuk menguruskan perniagaan kek, PA System dan Edible Image sekali gus.Tetapi selepas saya mencongak, mengira secara hisabnya belanja yang saya telah keluarkan hanya untuk membeli edible diluar, maka saya rasa jalan terbaik adalah dengan memiliki printer edible sendiri. Bukan sahaja mengenangkan beratus-ratus ringgit dihabiskan saban bulan untuk membeli edible image sahaja, tetapi juga berapa banyak masa saya terbuang untuk collect edible ini....

Hampir 8 tahun dalam bidang kek ini , alhamdulillah saya mempunyai ramai customer yang sentiasa menempah dari saya. Ini menyebabkan saya tak mampu menolak tempahan walaupun hanya dibuat sehari sebelum. Just imagine jika tempahannya adalah edible cake.....terkejar2 saya untuk collect edible dari supplier lain
 
Dan inilah baby sulung saya....edible pertama yang saya buat untuk customer saya. Nora Kaeyzael menempah cupcake dengan image Disney The Cars. Saya edit gambar ini dengan menambah wording seperti yang diminta oleh Nora. Nora merupakan pelanggan setia saya. Beliau pernah menempah kek dengan tema hidupan laut . Kek itu  sgt bermakna untuk saya...Lihat kek Nora Kaeyzael disini
 
Kepada yang berminat mendapatkan edible image dari saya boleh la layari Dill's Edible Shop . Jumpa lagi. Selamat Malam!


3 comments:

fazilzura said...

TAHNIAH en dill

Nora said...

fadzil, congrats on dill's edible shop and thanks sebab sudi terima tempahan walaupun short notice...my nephew and his cousins suka cuppies car tu...

Anonymous said...

would u mind tell me where did u but edible printer coz i own a shop and my customer mostly wanted to have cakes or chocolate with edible print on top and is such expensive to order from other supplier....