Ramadan telah sampai pertengahan. Cepat betul masa berlalu. Untuk yang beragama islam saya mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa.Untuk bloggers yg sibuk didapur menyiapkan tempahan biskut raya selamat meneruskan usaha anda..Ramai yg email/sms saya bertanya ttg cookies raya.Harap maaf Dill Cakes tidak membuat cookies hari raya. Saya hanya menerima tempahan almond brownies,fruitscake dan semua jenis kek untuk raya ni.bagi Bulan Ramadan juga tempahan seperti biasa.Ramai yang menyambut hari lahir sepanjang ramadan ini.Kek2 hari jadi turut menjadi salah satu menu berbuka puasa...:-)
Entry kali ini jom layan dua kek dengan edible photo yg sangat menarik
Kek dibawah ditempah oleh Ronita dari Bandar Puteri Puchong.Satu kejutan untuk husband beliau>Punya le kecil nya dunia ini..rupa2nya Ronita ni kawan wife saya di Sek men dulu.....Selamat bertemu kembali untuk keduanya!
Kek yg ini pula ditempah oleh halilah.Menariknya dengan edible ini ia mempunyai gambar anaknya dari usia sebulan hingga setahun.AGood idea jugak pemilik kek ini.Nampak sangat istimewa dan boleh lihat perubahan anak atas kek sahaja!
Dari customer di Bandar Tasik Selatan....cantik gambar sekeluarga..diserikan dengan himpunan strawberry..
No comments:
Post a Comment