Sunday, April 6, 2008

Bila kek berkata-kata....

Salam
Kali ingin saya ingin berkongsi rasa dengan semua pengunjung blog/fotopages saya.Saya amat terkesan dengan kek di bawah. Ini adalah antara kek yg sangat simple yang pernah saya buat. Cheese Cake with blueberry.Dengan berat 2kg+ , kek ini sebenarnya menyimpan 1001 cerita,1001 rasa dan 1001 makna kerinduan.
Kek ini ditempah oleh seorang rakan yang telah berpisah dengan isterinya.Waktu beliau meminta saya untuk membuat kek bagi diberi pada seseorang, saya berperasaan seperti biasa....sebagaimana menerima tempahan dari pelanggan2 yang lain.Tetapi apabila diminta untuk menulis beberapa ayat di atas kek tersebut, saya bagai diberi satu suntikan semangat untuk membuat kek ini.
Kek ini diberi oleh seorang suami kepada bekas isteri dan anak2 yang jauh di mata.Walau cinta terlerai...namun rindu dan kasih tetap tersemat dikalbu.Rindu dan ingatan ini jelas digambarkan dari bait-bait kata yang diminta untuk ditulis di atas kek. Jika kek ini mampu merawat hati yang luka,mendekatkan jiwa yang jauh dimata,meninggalkan ingatan yang tiada hujungnya..maka saya pastinya gembira. Setidak-tidaknya kek ini menceritakan segala luahan si bapa ....penat membuat delivery ke saujana Utama langsung tidak terasa!

'Rindu Untuk Ibu dan Anak2...Kalian tetap dihati..tetap dirindui..'

4 comments:

Anonymous said...

ye fazdil.. sangat tersentuh hati dan tersentak rasa bile membaca blog entry you kali ni.... kerana apa ... ? saya sendiri pernah melalui saat2 gentir yang hampir2 sama seperti yang di lalui oleh rakan fadzil tu... semoga mereka dikurniakan sinar cahaya demi anak2 .. insyaAllah ...

menjawab solan fadzil temph hari, kek fondant tu pertama kali saya cuba membuatnya, saya cuba di atas kek saiz 8" saja... melihat kek2 fondant especially yang ada selimut tu... terpegun sungguh... selimut fondant tu seolah2 dah jadi trademark customers fadzil ya... ;-) syabas dan selamat maju jaya selalu ...

Anonymous said...

tq daliaa singah dapur maya saya

. Ramai cust saya suka dengan design selimut tu
so saya buat la....trademark tu maybe kot...tapi aklau nak cuba design tu apa salahnya..silakan....

adz said...

Bila kek bekata-kata..
hati si penerima jua
turut berkata2..cuma kata2 itu dpt diluahkan atau tidak sahaja..

Anonymous said...

kalau saya sebagai seorang wanita menerima kek seperti itu, tentu saya tak sampai hati untuk memakannya..