Saturday, January 30, 2010

Bertuahnya Customer dia....

Kek perkahwinan 5 tingkat ini ditempah oleh Mutiara Catering untuk pelanggannnya , Bertuahnya pelanggannya dapat kek 5 tingkat. Purple putih menjadi pilihan.Saiz kek ini 14", 12' , 9" , 7 " dan 6".
Ke lima-lima tingkat ini adalah kek dan tidak ada dummy...

 

 

Monday, January 25, 2010

Cantik Manis Si Puteri

Barbie Doll again. Kek ini ditempah oleh Mdm Chuah dari Cheras. Pilihan warna pink. Kek ini adalah sebagai hadiah hari lahir anak saudaranya.Dengan gabungan skirt dua lapis pink dan putih, saya masukkan sedikit elemen baju perkahwinan dalam kek ini...Skirt putih dibiar meleret hingga ke lantai......Thanks Chuah atas tempahan ini....(saya teringin buat Barbie Doll dalam busana putih sepenuhnya.........really nampak gaya pengantin..:-) )


 

 

 

 


Friday, January 22, 2010

Buat Cik Suami

Hawa dari JAIS Selangor selalu order kek dari saya. Selepas dipujuk rayu oleh Hawa untuk buatkan juga kek nya(saya menolak pada awalnya kerana waktu tersebut saya nak bertolak ke Kg di Bt Pahat).Akhirnya awal2 pagi sebelum bertolak balik kg saya berjaya juga menyiapkan kek ini.Tq Hawa atas sokongan berterusan puan.Alhamdulillah.

Kali ini surprised bday untuk cik suami. Sebenarnya Cik suami Hawa ni berumur 40 tahun , tapi Hawa minta saya buatkan kek no 4 sahaja dengan tema warna hijau...
Untuk Hawa dan Cik suami semoga berbahagia dengan keluarga sehingga ke akhir hayat



Monday, January 18, 2010

Dambaan Hati

Setiap mempelai mendambakan majlsi yang penuh dengan keindahan.Maklumlah jika dizinkan Allah,ianya hanya berlaku sekali seumur hidup.Jika dulu kek perkahwinan hanya dalam majlis perkahwinan org 2 kaya, yg duitnya agak berlebihan .Tapi kini kek perkahwinan bagaikan pelengkap majlis perkahwinan. Mungkin dengan bajet yang kecil, maka kek yang ditempah bersesuaian dengan bajet yang ada. Jika bajetnya banyak maka kek dihajati pastinya yang terbaik di mata.

Kek ini ditempah oleh kawan Emma.Kek berbentuk heart shape 3 tkt dengan rona merah putih. Majlis dibuat ditepi kolam renang sebuah Kondominium di Bkit Antarabangsa...Pasti majlisnya meriah dan istimewa.




Friday, January 15, 2010

Cute Girl with Dora

Farah yang bekerja di SUK Shah Alam dan tinggal di Sek 6 menempah kek Dora ini sempena hari lahir anaknya. Dengan size 12' x 8' dan berat 2kg++. Kek choc moist dengan fresh cream.

Besoknya saya menerima sms Farah:
Salam en fadzil.tq kek coklat semlm..sedap:-). boleh sy order 2kg kek coklat lagi?dgn 1kg carrot cheese cake.family tak puas makan kek semalam



 

Tuesday, January 12, 2010

Kurang Manis Sudah Pasti

Ramai org bertanya..kek apa yang paling sedap dari Dill Cakes...
Wahh payah saya nak jawab soalan ni..tetapi untuk yg tak tau nak pilih kek apa..choc blueberry ni adalah antara kek yang disukai oleh pelanggan saya....
kek ini memnpunyai 3 layer blueberry didalamnya.Diatasnya saya letakkan lagi blueberry. Saya menggunakan freshcream sebagai frosting...Kurang manis sudah pasti.....

Tempahan di bawah dibuat oleh Puan Rozita Lecturer dari UITM.....Anak2 beliau sgt suka makan kek..Thanks Ita atas tempahan ini.

Sms dari Liza customer saya yang telah menempah 7 kali kek dari saya:
Thanks atas kek tempohari.Saya sangat suka kek Dill Cakes kerana keknya tidak terlalu manis...sgt sedap dimakan, Icingnya terasa seperti aiskrim.



 

Sunday, January 10, 2010

Aduhai Si Puteri

Order dari Shidah yang tinggal di Bangi.Anak shidah ni begitu obses dengan Barbie. Actually setiap tahun Shidah menempah kek Barbie Doll ini untuk anaknya. Tahun ini Shidah memberi kebebasan kepada saya untuk membuat design sendiri tanpa merujuk mana2 contoh. Senangkan!.Saya mencuba dengan menggunakan medium fondant untuk Barbie Doll ini. Walaupun berpuas hari dengan hasilnya ,namun saya rasa masih banyak yang boleh diperbaiki. Untuk Shidah thanks lot kepada sokongan yang berterusan.

Abaikan muka Barbie yang berbungkus plastik..hhaa.hhaa..Saya terlupa menanggalkan plastik mukanya semasa sesi Photoshoot.(yg memang saya letak di muka dan rambut Barbie untuk memastikan kebersihan sebelum sampai ke Cust)