Monday, March 8, 2010

Bahagia menjadi ratu mu

Saya Ke rumah Salwani 2 kali. Pertamanya pergi sebelum upacara nikah...dan keduanya di hari persandingan...ceria wajahnya di hari bahagia...Beliau menempah 1 set cuppcake, sebiji kek hantaran dan 2tingkat kek n cupcake untuk menyerikan lagi majlis perkahwinannya....

Jarang org minta black forest sebagai kek perkahwinan,tetapi kali ini Salwani minta dibuatkan blackforest dengan aura wedding sebagai kek perkahwinannya...
Dan inilah hasilnya...

 







Friday, March 5, 2010

Oh Lelaki!

Nurul,Azlinda dan Aimee mempunyai niat yang sama....menempah kek untuk lelaki yang paling dicintai. Wah bertuahnya lelaki2 ini...Semuanya menerima kejutan hadiah harilahir dari suami/tunang yang disayangi...Dan saya ditugaskan untuk menyampaikan rasa cinta ria ini sehinga ke muka pintu rumah mahupun pejabat.

Kek ini dihiasi dengan gambar edible dari dill's edibleshop. Semoga berbahagia dengan org tersayang

Tempahan dari Nurul
 

Tempahan dari Azlinda



Tempahan dari aimee..gmbr agak blur.tq aimee sudi email gmbr ni.saya tak sempat nak snap

Monday, March 1, 2010

Welcome to Dill's Edible Shop

Selepas begitu lama saya mendapatkan edible image dari supplier diluar sana, akhirnya dengan bangganya saya telah mengeluarkan sendiri edible image untuk kegunaan sendiri mahupun untuk kegunaan baker lain.Banyak perkara yang saya pertimbangkan semula memulakan bisness ini. Antaranya kesibukan untuk menguruskan perniagaan kek, PA System dan Edible Image sekali gus.Tetapi selepas saya mencongak, mengira secara hisabnya belanja yang saya telah keluarkan hanya untuk membeli edible diluar, maka saya rasa jalan terbaik adalah dengan memiliki printer edible sendiri. Bukan sahaja mengenangkan beratus-ratus ringgit dihabiskan saban bulan untuk membeli edible image sahaja, tetapi juga berapa banyak masa saya terbuang untuk collect edible ini....

Hampir 8 tahun dalam bidang kek ini , alhamdulillah saya mempunyai ramai customer yang sentiasa menempah dari saya. Ini menyebabkan saya tak mampu menolak tempahan walaupun hanya dibuat sehari sebelum. Just imagine jika tempahannya adalah edible cake.....terkejar2 saya untuk collect edible dari supplier lain
 
Dan inilah baby sulung saya....edible pertama yang saya buat untuk customer saya. Nora Kaeyzael menempah cupcake dengan image Disney The Cars. Saya edit gambar ini dengan menambah wording seperti yang diminta oleh Nora. Nora merupakan pelanggan setia saya. Beliau pernah menempah kek dengan tema hidupan laut . Kek itu  sgt bermakna untuk saya...Lihat kek Nora Kaeyzael disini
 
Kepada yang berminat mendapatkan edible image dari saya boleh la layari Dill's Edible Shop . Jumpa lagi. Selamat Malam!


Saturday, February 27, 2010

Bahagia Untuk Membahagiakan

Asdiana merupakan customer lama saya. Kali ini beliau ingin memberi kejutan kepada yang tersayang dengan menghadiahkan Cupcake tema Chelsea.Asdiana minta saya membuat penghantaran ke Public Bank Bukit Tinggi Klang. Selain itu beliau juga minta saya menghantarkan sekeping kad untuk disertakan sekali dengan cupcake itu.

Happy bila ptgnya Asdiana mengirim sms ini:
Thanks. He said the cupcakes tu cantik n sedap:


Tidak itu maknanya bahagia bila kta dapat membahagiakan orang lain...?


Wednesday, February 24, 2010

Mc Fadzil

Shafinas jiran baru saya order Cupcake ini untuk makan-makan..sekali pandang macam aiskrim Mc Donald la pulak yer....Kalau masuk dalam peti sejuk dan dimakan mmg rasa mcm aiskrim....Cubalah....

 

 

Tuesday, February 23, 2010

Iklan sat: Fruits tart


 Kepada yang berminat untuk membuat tempahan fruits tart, boleh la tempah dari kawan saya. Kawan saya ni namanya Nizam, dulu Chef di beberapa buah hotel terkenal di ibu negara. Kalau berminat boleh la contact terus beliau.

Assorted Fruit RM1.00 per pcs ( minimum order 100 pcs)

-grapes
-Longan
-Lychees
-Peach
-Apple Filling
-Blueberry Filling

Special Fruit RM 2.00 per pcs
-Strawberry
-Dragon fruit
-Kiwi
-Durian (or any season fruit.. mangosteen, rambutan or as requested)

Packaging:
a. normal box
b. individual plastic container (6,8 or 10 pcs per pack)

Delivery:
-Free radius 10km or Seksyen U5-U6, Shah alam
-Klang Valley charges RM 20
Date of order advanced 3 days before.
Tel : Nizam 0193886576

Sunday, February 21, 2010

Anak perempuan mama sorang

Kak Sham dari Sek 19 Shah Alam sekali lagi menempah kek untuk hari lahir anak tunggal perempuan beliau Nadia yang merupakan student UITM Melaka . Kek pilihan ialah buttercake dalam bentuk heart shape dan dihiasi gambar manis Nadia.Menggunakan fresh cream untuk frosting.Tq daun keladi Kak Sham atas tempahan kali ini.