Friday, April 10, 2009

Sayang Anak, Kasih Bapa

Saya terharu bila org dari jauh sanggup datang kerumah sayadi Shah Alam untuk mendapatkan kek saya.Bila terima order2 begini saya rasa amat dihargai dan juga merasakan betapa perlunya menghargai customer.Supaya perjalanan jauh pergi dan balik untuk mendapatkan kek saya benar2 berbaloi...
Feeza dari Taman Pinggiran Batu Caves..meluahkan sayang pada anak dan kasih kepada bapa melalui kek. Kebetulan anaknya dan bapanya berkongsi hari lahir bersama.
Untuk ayah pilihan oreo cheese kek bersama frosting buttercream dipilih.Tema pilihan padang golf. Manakala untuk anak choc moist dengan gambar pilihan Ben 10...


Sedikit titik2 hitam ditas kek adalah serpihan oreo yang diadun sekali dalam bancuhan cheese

Tuesday, April 7, 2009

Bila Saudagar Cendawan Mengahwinkan Anak

Salam
Perkahwinan anak Saudagar Cendawan di Jalan Jambu Meru Klang.Dill Cakes ditugaskan untuk menyediakan dua set cupcakes, 1 kek hantaran dan kek perkahwinan 3 tingkat. dengan tema pink dan purple, gaya ringkas menjadi pilihan.Untuk yang berminat mendapatkan cendawan segar dan terbaik..boleh la ke Jalan Jambu Meru,Klang dan berjumpa dengan Saudagar Cendawan...!



Friday, April 3, 2009

Vote For NABIL:ABPBH 2008

Salam
Tempahan dari org jauh diutara..Minta saya hantarkan borang undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 terus ke Unit Hiburan Berita Harian.Wah..mcm mat DHL saya ni..:-).Beliau telah mengirim borang undian melalui pos laju ke rumah saya!Selain itu beliau juga minta saya buatkan 1 set cupcake untuk diberikan kepada unit Hiburan BH. Tema VOTE NABIL.....saya turut bergembira untuk sama-sama menjayakan misi beliau,sbb Nabil ni jugak artis peberet saya(tapi saya tak kuasa lak mengundi ABPBH ni).Sampai di NSTP saya terkejut kerana tiba-tiba ada org menyapa saya.."En Dill kan?Buat apa disini...?Rupanyanya customer yg pernah order brownies dari saya masih ingat saya...alhamdulillah..Dengan bantuan beliau perjalanan saya ke Unit Hiburan menjadi lebih mudah..Thanks Azlina(NSTP Bangsar).

Untuk Azura dari Kedah saya doakan Nabil akan menang. Saya juga doakan Azura akan menjadi pemenang bertuah dan akan menrima hadiah utama.Amin.Jom layan VOTE FOR NABIL...Lu Pikirlah Sendiri..

p/s: BACA BERITA HARIAN RUANGAN HIBURAN TARIKH 6 APRIL 2009.CERITA RINGKAS TTG CUPCAKE INI

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20090406080226/Article/index_html



Monday, March 30, 2009

Green Gold mengikat kasih teruna dara

Nina dari Bukit Jelutong menempah kek 3tiers(termasuk cupcake).Dengan tema hijau gold
kek ini nampak berseri2 dengan pilihan warna ini. Nina datang jauh malam mengambil kek kahwin ini dirumah saya.4 dara(atau mak dara ) pingitan datang dengan sebuah kereta...Rupanya salah seorang dari mereka adalah pelakon Maizurah Hamzah..Habis setiap inci rumah saya mereka buat lawatan! :-)
3tiers cake with cupcakes hijau gold

Cupcake dengan Gumpaste flower

Rombongan Cik Nina sempat berposing

Friday, March 27, 2009

Simple tapi bergaya

Kek yang simple! mmg itu adalah trademark bagi kek-kek saya. Saya menggemari kek yang simple tetapi bergaya. Kek yang terlalu sarat pada saya adakalanya menyakitkan mata . Terlalu banyak idea yang hendak dicurahkan keatas sebiji kek menyebabkan ianya akan merubah paras rupa kek menjadi messy.Tetapi disesetengah tgn pembuat kek yang lain, walaupun sarat tetapi cantik..wahhh saya mmg salute dengan pembuat kek begini..mmg terror la!

Kek dibawah ditempah oleh Linda yang melangsungkan perkahwinan di AU2 Keramat.Cantik dewan dengan dekorasi pink. 4tiers kek fondant ini antara pelengkap perkahwinan. Linda minta saya buatkan kek oren. Untuk Linda dan pasangan semoga berbahagia hingga akhir hayat.



Sunday, March 22, 2009

Putih...putih dan putih

Entry perkahwinan lagi!
Antara tema warna yang digemari pengantin ialah putih.
Mmg putih menarik,elegant dan santai...
Tak hairanla saya banyak menerima tempahan wedding cake dengan tema off white
Kek kahwin 3 tingkat ini ditempah oleh Azwana dari Taman Tun Dr Ismail.Kek choc moist dengan heart shape.Lihat di bawah pelamin Azwana..cantik berseri rekaan www.majlisku.com




Kek hantaran pertunangan ini dengan tema putih juga.Tempahan dari Salwa.
Nampak simple tapi penuh gaya!

Thursday, March 19, 2009

Green Purple pilihan hati

Majlis yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Ibukota Gombak diuruskan oleh www.majlisku.com. Dengan tema warna green purple saya agak merasa janggal dengan kombinasi itu...
tapi bila tiba sahaja didewan perkahwinan..wah warna itu sgt menarik dan nampak lain dari kebiasaan.....Untuk majlis ini Dill Cakes menyediakan kek 2 tingkat buttercream dengan mengambil tema green purple..
semoga pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat...Thanks Pn Hazelin(www.majlisku.com)

Meriahnya majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah ini, pengunjung blog ini saya hiburkan dengan lagu kahwin..enjoy yer!!!!!!