Thursday, September 27, 2012

My Gibson Les Paul Cake

Siap juga akhirnya Gibson Les Paul saya ni. Customer menyerahkan pada untuk membuat Fender, Gibson atau apa saja. Akhirnya saya memilih Gibson. Dalam tema pink dan purple untuk hari lahir anak kesayangan Puan Azurina. Huhhhh saya pun dah lama tak petik gitar ni. Asyik mengulit fondant ajer!!! Gitar -gitar yang ada pun makin berhabuk! Untuk Aizurin Happy Birthday






Dan ini lah 'mould yang saya guna" potong sendiri kertas keras mengikut shape gitar yang saya mahu.. saya tak guna mould gitar yang sedia ada sbb mahu shape Gibson yang sebenar

Sunday, September 16, 2012

35 kg lah

Apabila mendapat job yang sukar, tambah2 last minute punya order kadang-kadang saya berfikir banyak kali untuk menerima. Pertamanya masa mungkin tidak mencukupi. Keduanya mungkin bahan yang diperlukan tidak sempat untuk dicari. dan ketiganya sesuatu yang sukar tanpa ada pengalaman tidak mudah untuk membuatnya. Tapi panggilan telefon kurang 15 jam dari tarikh untuk menyiapkan kek ini membuatkan saya menerima tanpa berfikir panjang. Pertamanya inilah peluang yang ada untuk saya membuktikan saya mampu untuk membuat kek walau sebesar mana pun. Saya juga tanpa berfikir panjang menerima kerana pemanggil merayu saya menerima kerana baker yang sebelum ini menerima tempahan ini membatalkan tempahan sehari sebelum majlis ini kerana tidak bersedia dengan tempahan kek besar ini. Pertama yang dibuat ialah membakar kek. Kemudian kek ini memerlukan saya menggergaji plywood kerana board kek untuk size ini tidak dijual dimana-mana. (setahu saya). Selepas itu saya perlu membalut kek dengan kertas board itu(mujur ada stok dirumah). Sementara menunggu kek sejuk saya memutar fresh cream serta menyiapkan bahan2 untuk hiasan kek termasuk edible image. (mujurla saya ada printer untuk edible image ini.)

Tengah2 malam menggergaji plywood

Huhhh hampir tak muat masuk kereta. Seat belakang terpaksa dibaringkan. Kalau tak muat juga mujur saya ada van, Tak perlu risau

Kek dengan lambang bendera Malaysia, UKM dan serangkap pantun

Majlis berlangsung di Dewan Canselor DECTAR UKM Terimakasih kepada yang menempah. Alhamdulillah segalanya berjalan baik. Saay memecah rekod membuat kek besar (1 biji) dengan berat 35Kg( paling berat saya pernah buat sebelum ini 28 kg)