Sunday, August 3, 2008

Belum lagi..

Salam
Terimakasih kepada semua pelanggan baru dan lama saya yang setia mengunjungi blog ini.Ramai yang bertanya samaada saya ada membuat kelas mengajar membuat kek.Jawapannya setakat ini belum lagi....Saya tak pandai dan rasanya ilmu belum cukup untuk mengajar org...Insyaallah maybe suatu hari nanti...Jom tgk antara kek terbaru saya
Kek tempahan Najib dari Kajang untuk majlis perkahwinman anak saudara sulungnya...Simple kek dengan rsa blueberry.Kek ini adalah untuk majlis makan2 sekeluarga.


Kek ini pula ditempah oleh Kammini Philips dan rakan-rakan dari KL untuk dihadiahkan kepada rakan mereka yang melangsungkan perkahwinan 'Latiff n Sabarina'.
Saya sesat hampir satu jam mencari Bangunan dimana berlangsungnya perkahwinan tersebut. Rupanya tak la susah sangat nak cari Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak Jalan Bukit Bintang.Kek ini actually dua tingkat. Saya tidak sempat mengambil gambar kek 2 tingkat kerana balik awal .Saya minta tolong saudara mara pengantin untuk pacakkan kek.Selepas menghantar kek ini saya berkejar ke Hotel Grand Bluewave Shah Alam kerana saya memasang PA System untuk majlis perkahwinan anak saudara penyanyi Syafinaz.

Ini pula gambar kek seberat 4kg order dari Eza Jaya Sdn Bhd. Majlis Harijadi anak toke Eza Jaya(syarikat catering)>majlis Hari Lahir yang sangat meriah dengan tema ultraman...!

No comments: