Saturday, February 1, 2014

Fender Guitar Cake


Dunia gitar adalah dunia saya! Bila dapat buat kek ini mmg rasa seronok. Walaupun harga tak seberapa dibandingkan dengan begitu banyak masa dihabiskan membuat kek ini tapi saya enjoy. Kek gitar Fender ini dalam tema hitam dan putih . 2 hari membuat kek ini dengan penuh perasaan!
Tempahan dari Nurul Syuhada untuk adiknya barangkali. Ada juga orang panggil gitar ini gitar tong!













Wednesday, January 15, 2014

Melty Hersey

Dessert kegemaran ramai.
Diperbuat dari cheese yang enak, coklat hersey mersey.
Alhamdulillah sambutan sangat menggalakan.
Sehingga 31 Januari 2014 harga hanya Rm 4.50
Normal price rm 5.00
It really melt in your mouth



Sunday, December 22, 2013

Nikon on her Wedding


Tahniah Shaz dr Manjalara. Kek 2 tingkat dengan di atas kek dalam bentuk kamera.
Saya buat carrot cake untuk kamera, dan choc moist untuk
Kek dibawahnya. Kek dibawah dalam ukuran 12 inc.
Membuat kek 3D ini memerlukan kesabaran yg amat tinggi.
Jika nak dikira untung tidak la begitu untung dibandingkan masa yang diambil untuk menyiapkannya.
Tetapi untuk menguji keupayaan diri sendiri ok la










Wednesday, December 18, 2013

Victoria Sandwich


Minum petang sedapnya kalau dapat menikmati secawan Teh O panas dimakan bersama Kek Victoria Sandwich. Aroma butter terbaik dengan haruman lepa strawberry dan halusnya tekstur fresh cream memang membangkit selera.



Saturday, December 7, 2013

The Ultimate Driving Machine BMW

Membuat kek 3D bukanlah satu kerja yang mudah. Sangat remeh dan renyah.

Tambah-tambah lagi jika proses membentuk kek itu dibuat secara manual.
Kek 3D ini dibayar bukan kerana rasa akek atau kek itu sendiri.
Tapi bayaran adalah lebih kepada kreativiti.
Kalau nak kira untung tidaklah untung juga membuat kek ini. Masa yang dihabiskan terlalu banyak,
tetapi harga tidaklah terlalu tinggi.Membuat sebiji kek ini sahaja bersamaan dengan belasan kek birthday yang boleh disiapkan.
Cuma mungkin daris egi kepuasan serta peluang meluaskan kreativiti menyebabkan saya menerima tempahan sebegini.
Jom tengok Kek BMW Sport yang saya buat untuk Mama Natasya dari IPK SEk 9 Shah Alam.










Saturday, November 30, 2013

Sebagai Tanda Mata


Tak tau nak beri gift apa pada teman atau tetamu majlis anda?
Dapatkan gift boxes yang di isi pelbagai pilihan tart sebagai tanda mata anda.
Kotak yang cantik berhias serta rangkaian pilihan tart yang enak.
Tq Puan Khadijah Sulaiman owner of Ladies Club Fitness Centre atas tempahan set gifts ini.
Puan Khadijah yang juga instructor gym ini mengadakan kelas dari hari Isnin - Sabtu bertempat di
No 22b, Jln Tengku Ampuan Zabedah 9/k. Kelas Aerobic juga diadakan setiap hari.Bayaran hanya RM 80m sahaja sebulan.
Pusat gym ini hanya untuk kaum wanita sahaja.
Pertanyaan lanjut boleh hubungi Puan Khadijah 0192129045.
So apa lagi lepas makan kek boleh la bersenam pula di pusat gym ini.

Tuesday, November 19, 2013

Mc Queen 3D cake

Menghasilkan kek bersifat 3D sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah.
Bermula dengan membakar kek dalam saiz yang sesuai dan seterus
membentuk kek dalam bentuk kereta secara manual.
Tq Mama Naszrin iaitu Puan Yusandra dari Sek 9 Shah Alam atas tempahan mencabar ini.
Semoga pemilik kek berpuas hati