Thursday, October 30, 2008

Cuppies naik the cars ke JB




Dah 10 syawal.
cepat masa berlalu!

Shereen dari Cheras menempah Cupcakes hantaran untuk sepupunya yang akan bertunang.
Cupcake hantaran dengan fondant serta gumpaste flower dan deretan nama pasangan.
Selain itu Sheren juga menempah kek birthday untuk anaknya dengan karektor kartun The Cars! Thanks Shereen atas compliment tempoh hari....

Cuppies dan kek ini di bawa jauh ke Bandar Tanjung Puteri di Selatan Tanah Air....

Tuesday, October 28, 2008

Sorry and thanks Kak Lin

Salam Semua...
Dah reda ke jalan2 open house?
Mesti ramai yang letih makan sepanjang syawal ni....

Cuppies di bawah ditempah oleh Kak Lin
Pensyarah fakulti Undang2 UITM....
sebenarnya saya rasa sgt bersalah dengan Kak Lin
2 minggu lepas beliau menempah fruits cake dari saya...
Ntah macamana saya terlupa beli mixfruits dari kedai...pagi2 esoknya kak lin nak datang ambil....What to do.....hanya ucapan maaf banyak kepada Kak Lin kerana tercicir order beliau

Anyway nampaknya Kak Lin tak serik dengan saya..alhamdulillah...Dua hari lepas beliau menempah cupcake dengan karektor Elmo...Saya mmg terus masukkan dalam planner bila terima sahaja order ni!!!!!!!!!!!!!!1tak mo pisang berbuah dua kali....
Dan kebetulan ada lebih cupcake dengan flavor fruitscake dari tempahan pertunangan..mmg rezeki kak Lin...saya beri percuma fruitscake tu utk Kak Lin...harap kak lin tak serik order dengan Dill Cakes lagi!

Thanks Kak Lin yang peramah!


Saturday, October 18, 2008

Open House bersama Thomas n Frens

Salam.
Syawal bulan makan? betul ke?rasa macam betul ajer.Tiap hari ada je org buat jamuan.Hujung minggu tak payah cakap la.....sampai ada yg terpaksa ditinggalkan dari senarai..Inilah penangan budaya baru rakyat malaysia..OPEN HOUSE!

Saya menerima tempahan kek dan cupcake dari toke mutiara services(www.mutiaraservices.com) syarikat catering yang beroperasi di Taman Tun Dr Ismail.
Spt yg telah saya war2kan sebelum ini,Bulan Syawal promosi 10%. Belian >rM 200
customer akan menerima hadiah sebiji kek blueberry bernilai RM40!

Tq kerana Puan Amylia atas order di atas. Puan Amylia telah menerima diskaun 10% atas semua belian dan hadiah sebiji kek blueberry.Jom tgk Thomas n Frens...